:: BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA 2011

Tawaran Biasiswa Bank Negara Malaysia 2011 RM2,000.00 sebulan.
Untuk maklumat lanjut >>>>>>>>>>

:: KUTIPAN DATA SMM 2011

Kutipan data Sistem Maklumat Murid berasaskan maklumat 31 Januari 2011 akan dikutip menggunakan versi “upgrade” SMM versi 4.5 (Pulau Pinang).

Pihak sekolah boleh memuat turun versi tersebut serta membuat semakan data, mencetak lampiran pengesahan SMM (Muka surat 1 dan 2) dan menghantar cetakan tersebut bersama-sama disket/CD data SMM ke Unit HEM PPD masing-masing pada atau sebelum 10 Februari 2011.

:: DATA RAYUAN TINGKATAN 1

Sekolah telah membuat proses rayuan ke Tingkatan 1 sebelum sesi persekolahan 2011 bermula. Di dalam aplikasi rayuan tersebut terdapat kemudahan mengeksport data SMM versi 4
Data tersebut boleh digunakan untuk kemasukan murid-murid Tingkatan 1. Guru-guru tidak perlu lagi mengisi nama/maklumat murid berkaitan.

Walau bagaimanapun untuk penggunaan bersama SMM versi 4.5 ini , pihak sekolah perlu menukar nama fail yang dieksport tersebut ( DataD6T1) kepada DataHEM. Selain daripada itu, fail tersebut boleh diekstrak ke dalam folder HEM kemudian dijalankan proses gabung.

:: SISTEM MAKLUMAT MURID VERSI 4.5

Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan Sistem Maklumat Murid versi 4.5
Versi ini hanya untuk kegunaan negeri Pulau Pinang sahaja.

Tidak dapat pertambahan data dari versi 4.0 (masih mengekalkan data lama)
Ciri-ciri upgrade:
a. Log masuk menggunakan Pengguna dan Kata Laluan.
b. Kawalan keselamatan data. Tahap pengguna untuk menghapuskan data.
c. Paparan utama berserta maklumat aplikasi dan pengguna.
d. Kemudahan semakan data terutama bantuan yang diterima oleh murid.
e. Paparan cetakan untuk JPN/PPD.
f. Kemudahan import/eksport mengikut lokasi/folder pilihan.
g. Kemudahan tambahan
i. Senggara Akaun Pengguna
ii. Tukar Kata Laluan
iii.Tukar Pengguna
iv. Tukar Sumber Data

Terdapat 2 aplikasi :
a.Versi upgrade – Tidak memadam data sedia ada
b.Versi baru – Akan memadam data sedia ada

Komputer anda perlu berada di dalam status “administrator” untuk membolehkan anda menjalankan proses eksport dan import.

Untuk pengguna yang menggunakan access 2007 ke atas sila dapatkan panduan pengguna yang dibekalkan di dalam CD SMM versi 4.0

:: BIASISWA TELEKOM MALAYSIA 2011

Untuk maklumat lanjut >>>>>>>>>>