Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1. Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2013
2. Pendapatan tidak melebihi RM1500
3. Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4. Aktif ko kurikulum & sukan
5. Rekod disiplin yang baik.
Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun fail berkaitan. Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah
Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau
Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 12 Jun 2013 jam 12.00 tengahari. Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.
Muatturun Borang
Jabatan Pelajaran Negeri telah menerima cek bagi pembayaran Biasiswa Kecil Negeri (BKN) bagi tahun 2013. Sehubungan dengan itu pihak sekolah diminta untuk mengambil cek berkaitan di Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dengan kadar segera. Cek tersebut boleh diambil mulai 14 Mei 2013 sehingga 23 Mei 2013.
:: SURAT SIARAN SUMBANGAN TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)
Posted by Hal Ehwal Murid at 9:17:00 AM
Kerjasama Y. Bhg. Dato’ / Datin
/ tuan / puan dipohon untuk menghebahkan surat siaran berkaitan sumbangan
Tabung KWAPM melalui Skim Potongan Gaji Sukarela Kakitangan Awam kepada semua
warga pendidikan di sekolah tuan/puan.
Bersama-sama ini kepilkan surat siaran berkaitan serta borang kebenaran
potongan gaji bulanan untuk sumbangan kepada KWAPM.
:: PEMBAYARAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TERTANGGUNG 2013
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:07:00 PMPembayaran Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi negeri Pulau Pinang telah dikreditkan ke akaun pelajar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 13 Mac 2013.
Pihak sekolah diminta untuk mengemaskini / menyemak akaun pelajar dan seterusnya membuat tuntutan jika berlaku keciciran kepada Unit Hal Ehwal Murid dengan kadar segera. Sila hantar tuntutan keciciran pada atau sebelum 30 April 2013
Seperti tahun-tahun lalu, Yayasan Telekom Malaysia ( Yayasan TM) sekali lagi membuka permohonan biasiswa kecil kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2013 yan memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat secara "online: di laman web http://tm.com.my/ytm Tarikh tutup permohonan tersebut adalah 28 Februari 2012.
Perhatian kepada semua Penolong Kanan HEM
Permohonan KWAPM DSA
bagi Tahun 1 serta yang TERCICIR (2-6) & Tingkatan 1 bagi tahun 2013
adalah dipelawa kepada semua sekolah rendah dan menengah yang mempunyai
pelajar yang layak (Pendapatan RM760 ATAU Perkapita RM190).
Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk MEMUAT TURUN fail mengikut
kategori sekolah tuan/puan (SM / SR) dan lengkapkan BRP Format Baru dan
Borang Selengkap yang disertakan.
> Borang Sekolah Rendah
> Borang Sekolah Menengah
Sila hantar bahan-bahan berikut ke PPD tuan/puan PADA atau SEBELUM 22 Februari 2013:-
a) Cetakan BRP Format Baru saiz A3
b) Softcopy BRP & Borang Selengkap
(Untuk perhatian Pegawai HEM PPD tuan/puan)
Terima kasih.
Adalah dimaklumkan bahawa seperti biasa, pihak sekolah dikehendaki
mengemas kini maklumat murid penerima biasiswa (BKP, BKPU dan BKN) di
dalam Sistem Pengurusan Biasiswa untuk pembayaran bagi tahun 2013. Data
yang telah dikemas kini perlu dieksport dan dimuat naik / upload pada
atau sebelum 12 Februari 2013 (Selasa).
Data
boleh dihantar sama ada menggunakan versi 3 atau versi 4. Di samping
itu, pihak sekolah seharusnya telah mengedarkan borang permohonan
biasiswa berserta syarat-syarat kelayakan kepada pelajar yang ingin
memohon biasiswa bagi tahun 2013. Sila kutip semula borang permohonan
tersebut selewat-lewatnya pada 11 Mac 2013. Borang
tersebut perlu melalui proses tapisan dan saringan. Senarai pendek
permohonan hendaklah dikemukakan secara online yang akan dibuka pada 29 April – 5 Mei 2013 nanti
Penggunaan Aplikasi Sistem Pengurusan Biasiswa (SPB)Versi 4.0 terpaksa dibatalkan.
Pembatalan ini adalah disebabkan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengeluarkan versi atas talian / online tidak lama lagi (tahun 2013)
Walau bagaimanapun pengguna boleh menggunakannya untuk sementara waktu untuk memudahkan proses eksport dan beberapa kemudahan lain disediakan. Pengguna boleh mengeksport data sedia ada kemudian mengeksport kemudian mengeksport semula data tersebut ke dalam aplikasi sedia ada.
Aplikasi SPB versi 4
Pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat murid penerima biasiswa (BKP, BKPU, BS dan BKN) di dalam Sistem Pengurusan Biasiswa untuk pembayaran bagi tahun 2013. Pada tahun ini, pihak sekolah perlu mengemas kini data menggunakan Aplikasi Pengurusan Biasiswa versi terbaharu (versi 4) yang boleh dimuat turun melalui laman ini. Data yang telah dikemas kini perlu dieksport dan dimuat naik / upload melalui laman berkenaan pada atau sebelum 6 Februari 2013 (Rabu).
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Sila pastikan semua maklumat murid penerima bantuan biasiswa (BKP, BKPU, BS dan BKN) dimasukkan ke dalam sistem. Pada tahun ini penerima Biasiswa Sukan juga perlu dimasukkan ke dalam sistem bagi tujuan pemantauan. Cetak Maklumat Pengesahan Data melalui sistem untuk menyemak senarai murid serta menghantar cetakan tersebut setelah dibuat pengesahan oleh Pengetua Sekolah kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dengan kadar segera. Sekiranya pihak sekolah gagal memastikan kesahan data serta terdapat murid yang tiada di dalam sistem, ini akan menyebabkan keciciran pembayaran kepada murid berkenaan.
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Di samping itu, pihak sekolah juga seharusnya telah mengedarkan borang permohonan biasiswa berserta syarat-syarat kelayakan kepada pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi tahun 2013. Sila kutip semula borang permohonan tersebut selewat-lewatnya pada 11 Mac 2013. Borang tersebut perlu melalui proses tapisan dan saringan. Senarai pendek permohonan hendaklah dikemukakan secara online yang akan dibuka pada 29 April – 5 Mei 2013 nanti. Permohonan pada tahun ini akan berdasarkan data APDM tahun semasa.
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Muat turun aplikasi...
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang di dalam PMR 2012. Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa BNM.
Pihak jabatan ingin meminta kerjasama daripada pihak sekolah untuk mencalonkan dua orang (2) orang sahaja pelajar cemerlang bagi setiap sekolah berdasarkan kepada keputusan PMR 2012 untuk disenarai pendek bagi menjalani proses penilaian dan temuduga. Untuk makluman tuan/puan, kriteria-kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Pencapaian keputusan cemerlang dalam PMR 2012 sekurang-kurangnya 7A;
(c) Penglibatan aktif dlm aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara/negeri/daerah/sekolah
(d) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan; dan
(e) Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak
Pihak Bank Negara memerlukan senarai nama tersebut pada atau sebelum 17 Januari 2013. Oleh itu, pihak Jabatan akan mengemukakan sepuluh (10) pelajar terawal serta paling berkelayakan yang mengemukakan pencalonan. Sila download borang di bawah, lengkapkan kemudian email kepada amatsazali@yahoo.com dengan kadar segera. Borang cetakan yang telah ditandatangani boleh dihantar pada minggu yang berikutnya pada atau sebelum 24 Januari 2013 di Unit Hal Ehwal Murid, untuk perhatian Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa.
Download Borang.
