:: PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 22hb. Ogos 2008 di SMK Guar Perahu, Kubang Semang, Pulau Pinang.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB. Dato' Razali bin Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadir adalah En. Sulaiman bin Wak, Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tn. Haji Ibrahim bin Mohamed, Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan Tn. Haji Tarmizi bin Kamaruddin, Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang.

Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 700 orang murid dan 1300 orang ibubapa dan guru-guru sekolah. Aktiviti program : Nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran Jalur Gemilang.


:: SEMINAR PIBG PERINGKAT NEGERI P PINANG 2008

Seminar PIBG peringkat Negeri Pulau Pinang 2008 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN) diadakan pada:
Tarikh : 22 Ogos 2008
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Guar Perahu, Kubang Semang, Pulau Pinang.

Objektif Seminar adalah :
1. Mengetahui peranan PIBG dalam menangani masalah disiplin murid.
2. Meningkatkan kualiti disiplin murid sekolah dan mengurangkan masalah disiplin di kalangan murid.

Di samping ceramah motivasi, terdapat juga penyampaikan bantuan basikal dan biasiswa ( Biasiswa Kecil Persekutuan ) kepada murid-murid yang berjaya di dalam permohonan tahun 2008.




:: SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 51

Pada tahun ini negara kita Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Tema Hari Kemerdekaan bagi tahun ini adalah Perpaduan Teras Kejayaan. Pihak sekolah digalakkan supaya menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-51 ini dalam Bulan Kemerdekaan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti berteraskan semangat patriotisme. Sambutan Hari Kemerdekaan ini adalah perlu bagi melahirkan murid-murid yang mempunyai rasa cinta kepada negara, sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan ulung terdahulu dan mempunyai jati diri yang jitu.

Sila muatturun perutusan dan pekeliling berkaitan:
>> Perutusan Menteri Pelajaran
>> Perutusan KPPM
>> Pekeliling Ikhtisas 14/2000