KPM telah selesai mengemaskini Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB). Lantaran itu KPM telah membuka talian APB supaya proses pengemaskinian murid tertanggung tahun 2016 dilakukan bermula pada 1 Februari hingga 29 Februari 2016.
Pihak sekolah dimohon untuk membuat pengemaskinian data murid tertanggung sekolah masing-masing. Murid-murid yang tidak diaktifkan semasa tempoh tersebut akan dianggap tidak bersekolah dan tiada bayaran akan dibuat ke atas murid berkenaan. Proses pengemaskinian tersebut boleh dilakukan pada laman sesawang https://apdm.moe.gov.my
Semua Guru Biasiswa juga perlu melengkapkan Kajian Soalselidik Pengurusan BKP/BKPU melalui pautan di laman sesawang yang sama sebelum/semasa mengemaskini data murid tertanggung tahun 2016.
:: PENGEMASKINIAN MURID TERTANGGUNG BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2016.
Posted by Hal Ehwal Murid at 9:54:00 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)