:: KURSUS PENGURUSAN PENOLONG KANAN HEM

Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah menganjurkan Kursua Pengurusan Hal Ehwal Murid kepada Penolong Kanan HEM. Kursus ini diadakan khas kepada Penolong Kanan HEM yang baru dilantik.
Kursus tersebut diadakan :
>> Tarikh : 14 - 17 Oktober 2008
>> Tempat : Hotel Langkasuka Langkawi
Para peserta diberi penekanan mengenai pengurusan HEM di sekolah : Pengurusan RMT, Kantin Sekolah, Program 3K, SBT, KWAPM, SPBT, Bimbingan dan Kaunseling, Sistem Maklumat Murid dan lain-lain yang berkaitan



:: PELANCARAN PENGURUSAN 3K & MAJLIS AIDIL FITRI

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang akan mengadakan Pelancaran Pengurusan 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan) Peringkat Negeri Pulau Pinang pada:
Tarikh : 13 Oktober 2008
Masa : 4.00 petang
Tempat : Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

Di samping itu juga Jabatan Pelajaran Pulau Pinang juga mengadakan Majlis Aidil Fitri untuk semua warga jabatan, wakil sekolah-sekolah Pulau Pinang, Ketua-ketua jabatan dan para jemputan khas.

:: KURSUS UNIT HAL EHWAL MURID

Berikut adalah Senarai Kursus yang dianjurkan oleh Unit HEM :

a. Kursus Pengurusan Disiplin
-->13 - 15 Oktober 2008 - Pulau Langkawi
b. Kursus SPBT
-->13 - 15 Oktober 2008 - Pulau Langkawi
c. Kursus Pemantapan Pengurusan Asrama Kepada Warden Asrama
-->14 - 17 Oktober 2008 - Pulau Langkawi
d. Kursus Pengurusan Kepada Penolong Kanan HEM Rendah
-->14 - 17 Oktober 2008 - Pulau Langkawi
e. Kursus Pengurusan RIMUP - Rendah
-->16 - 18 Oktober 2008 - Pulau Pangkor
f. Kursus Pengurusan Kepada Penolong Kanan HEM Asrama
-->20 - 23 Oktober 2008 - Pulau Langkawi
g. Kursus Pengurusan Kepada Penyelia Asrama
-->20 - 23 Oktober 2008 - Pulau Langkawi
h. Kursus Pengurusan Stress
-->20 - 23 Oktober 2008 - Alor Setar
i. Kursus Pengurusan RIMUP - Menengah
-->28 - 30 Oktober 2008 - Pulau Langkawi

:: PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 22hb. Ogos 2008 di SMK Guar Perahu, Kubang Semang, Pulau Pinang.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB. Dato' Razali bin Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadir adalah En. Sulaiman bin Wak, Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tn. Haji Ibrahim bin Mohamed, Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan Tn. Haji Tarmizi bin Kamaruddin, Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang.

Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 700 orang murid dan 1300 orang ibubapa dan guru-guru sekolah. Aktiviti program : Nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran Jalur Gemilang.


:: SEMINAR PIBG PERINGKAT NEGERI P PINANG 2008

Seminar PIBG peringkat Negeri Pulau Pinang 2008 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN) diadakan pada:
Tarikh : 22 Ogos 2008
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Guar Perahu, Kubang Semang, Pulau Pinang.

Objektif Seminar adalah :
1. Mengetahui peranan PIBG dalam menangani masalah disiplin murid.
2. Meningkatkan kualiti disiplin murid sekolah dan mengurangkan masalah disiplin di kalangan murid.

Di samping ceramah motivasi, terdapat juga penyampaikan bantuan basikal dan biasiswa ( Biasiswa Kecil Persekutuan ) kepada murid-murid yang berjaya di dalam permohonan tahun 2008.




:: SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 51

Pada tahun ini negara kita Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Tema Hari Kemerdekaan bagi tahun ini adalah Perpaduan Teras Kejayaan. Pihak sekolah digalakkan supaya menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-51 ini dalam Bulan Kemerdekaan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti berteraskan semangat patriotisme. Sambutan Hari Kemerdekaan ini adalah perlu bagi melahirkan murid-murid yang mempunyai rasa cinta kepada negara, sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan ulung terdahulu dan mempunyai jati diri yang jitu.

Sila muatturun perutusan dan pekeliling berkaitan:
>> Perutusan Menteri Pelajaran
>> Perutusan KPPM
>> Pekeliling Ikhtisas 14/2000

:: KUTIPAN DATA SMM / BMM JUN 2008

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuat kutipan data SMM dan BMM bagi bulan Jun 2008. Data tersebut adalah berasaskan kepada 30 Jun 2008.
Pihak sekolah perlu membuat semakan data SMM dan BMM, melengkapkan borang senarai semak (Lampiran A) serta mencetak lampiran pengesahan SMM (Muka surat 1 dan 2).
Pihak sekolah dikehendaki menghantar seorang guru (Penolong Kanan HEM atau Guru Data) untuk menghadiri siri semakan dan penghantaran data. Guru tersebut hendaklah membawa Komputer Riba yang telah diinstallasi dengan Aplikasi SMM/BMM berserta dengan disket data dan cetakan mengikut tarikh dan masa seperti di bawah.

TARIKH

DAERAH

MASA

JENIS SEKOLAH

TEMPAT

08/07/08

SELASA

PULAU

8.30 – 10.30

SJKC/SJKT

PPD Timur Laut

Jln Sultan Ahmad Shah

11.00 1.00

SK

2.30 4.30

SM

UTARA / TENGAH

8.30 – 10.30

SJKC/SJKT

PPD Utara/Tengah

Permatang Pasir

11.00 1.00

SK

2.30 4.30

SM

SELATAN

8.30 – 10.30

SK/ SJKC/SJKT

PPD Selatan

Sg. Jawi

11.00 1.00

SM

09/07/08

RABU

PULAU

8.30 – 12.30

SEKOLAH TERLIBAT

PPD Timur Laut

UTARA / TENGAH

8.30 – 12.30

PPD Utara/Tengah

SELATAN

8.30 – 12.30

PPD Selatan

:: APLIKASI MENUKAR NO KP/SB MURID

Aplikasi Sistem Maklumat Murid(SMM) dan Borang Maklumat Murid(BMM) adalah dua aplikasi yang digunakan untuk mengumpul data Maklumat Murid dan Keluarga. Aplikasi BMM telah digunapakai di seluruh negara mulai 2007. Apabila kedua-dua aplikasi ini digunakan, terdapat sedikit masalah jika pengguna ingin mengubah medan No. KP/SB murid. Sekiranya medan tersebut diubah di dalam SMM, semua maklumat murid berkenaan akan hilang di dalam BMM.

Untuk mengelak perkara tersebut terjadi, pihak Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah membangunkan aplikasi tambahan yang hanya digunakan untuk mengubah No. KP/SB murid. Sila muat turun aplikasi berkenaan di bahagian Muat Turun Fail atau klik pada link berikut untuk muatturun aplikasi berkenaan.
1. Aplikasi Menukar No. KP/SB

:: AWAS ! PERINGATAN PENTING.

Pihak sekolah diingatkan supaya tidak memberi maklumat murid (SMM/BMM atau SSDM) kepada pihak yang tidak dikenali. Data yang diperlukan oleh pihak PPD atau JPN akan disertakan bersama-sama surat rasmi ke sekolah.
Terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sedang meminta data daripada sekolah dengan panggilan telefon dan pihak sekolah dikehendaki menghantar email kepada email tertentu contohnya datahem2008@gmail.com Jangan layan panggilan seperti ini...
Awas! Data tersebut adalah sulit.

:: MESYUARAT PEMBINAAN FAIL MEJA PENOLONG KANAN HEM SEKOLAH MENENGAH


Mesyuarat Pembinaan Fail Meja Penolong Kanan HEM Peringkat Negeri Pulau Pinang juga diadakan di Pulau Pangkor, Perak pada 27 - 30 April 2008. Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada Jawatankuasa HEM ketiga-tiga daerah Pulau Pinang. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyiapkan Fail Meja Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah untuk seluruh negeri Pulau Pinang.

:: KURSUS PENGURUSAN HEM KEPADA PENOLONG KANAN HEM SEKOLAH RENDAH


Kursus tersebut telah diadakan di Pulau Pangkor, Perak dari 27 – 30 April 2008. Seramai 80 buah sekolah telah terpilih untuk menyertai kursus tersebut. Peserta dipilih di kalangan Penolong Kanan HEM yang baru dan yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Selama 4 hari 3 malam kursus, peserta-peserta didedahkan dengan hal-hal pengurusan hal ehwal murid.

:: JAWATAN KUASA BANTUAN MURID SEKOLAH (JKBMS)

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2006 : Garis Panduan Pelaksanaan Borang Maklumat Murid Bagi Tujuan Agihan Bantuan Kepada Murid Warganegara Malaysia di Sekolah Kerajaan dan di Sekolah Bantuan Kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan penubuhan Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah (JKBMS) di semua sekolah bermula Januari 2007. Bersekali dengan pelaksanaan Borang Maklumat Murid (BMM), jawatankuasa-jawatankuasa bantuan yang berasingan di peringkat sekolah hendaklah disatukan sebagai Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah.

Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar. Setiausaha adalah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Manakala keahlian adalah terdiri daripada kalangan guru, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah (PIBG) dari kalangan ibu bapa dan pihak lain seperti yang ditetapkan oleh surat pekeliling yang berkuatkuasa mengenai bantuan yang termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pihak sekolah diminta untuk menghantar senarai nama jawatankuasa (JKBMS) 2008 berserta minit mesyuarat kali pertama ke Unit HEM, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang pada atau sebelum 18 April 2008

:: SISTEM MAKLUMAT MURID

Data Sistem Maklumat Murid dan Borang Maklumat Murid berakhir pada 31 Januari 2008 hendaklah dihantar kepada PPD masing-masing pada atau sebelum 15 Februari 2008. Data hendaklah dihantar kepada pegawai di Unit HEM, PPD. Terdapat sekolah yang masih belum menghantar data berkenaan seperti yang telah dikehendaki. Data tersebut akan digabung oleh PPD sebelum dihantar ke JPN dan seterusnya ke Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kegagalan pihak sekolah untuk menghantar data yang tepat dan mempunyai kesahan akan menyebabkan berlakunya kesilapan analisis di peringkat jabatan dan kementerian. Ini akan menyebabkan impak ke atas perancangan pendidikan. Selain daripada itu akan berlaku keciciran terhadap bantuan yang akan diberikan kepada pelajar yang layak. Bantuan-bantuan tersebut termasuklah RMT/PSS, SBT, KWAPM, Biasiswa dan lain-lain lagi.

:: ORGANISASI HEM

Unit Hal Ehwal Murid berada di bawah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

Ketua Sektor :
Tn. Haji Osman bin Husain.

Ketua Unit HEM :
En. Abdul Rahman b. Zakaria.

Pegawai / Penyelia :
Abd. Nasir Salleh - Penolong Pengarah(Asrama)
Amat Sazali Abu Hassan - Penyelia Biasiswa
Ishak b. Hamli - Pegawai Bimbingan dan Kaunseling
Yhaya b. Hussin - Penyelia Kesihatan
Ramlee b. Abu Bakar - Penyelia Kebajikan
Bakri b. Ahmad - Penyelia Disiplin
Rubika b. Ghazali - Penyelia Buku Teks
Azhar b. Abdullah - Pegawai Buku Teks