:: PENILAIAN KENDIRI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan proses Penarafan Standard Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling sekolah-sekolah Pulau Pinang bagi tahun 2017 selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan dikehendaki melaporkan dapatan penilaian kendiri perkhidmatan bimbingan kaunseling sekolah tuan menggunakan platform “Google Form” yang boleh diakses melalui pautan berikut mengikut PPD masing-masing:

          a.  > PPD Timur Laut.
          b.  > PPD Barat Daya
          c.  > PPD Seberang Perai Utara
          d.  > PPD Seberang Perai Tengah
          e.  > PPD Seberang Perai Selatan

Mohon kerjasama pihak tuan untuk melengkapkan laporan tersebut sebelum 17 Julai 2017. Salinan dapatan Instrumen Penilaian Kendiri Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada PPD masing-masing.