:: KURSUS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH MENENGAH

Kursus Pengurusan Hal Ehwal Murid kepada Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah Tahun 2009 akan diadakan pada :

Tarikh : 9 - 12hb. November 2009
Tempat : Kondo Istana, Langkawi Kedah

Kursus tersebut akan diadakan kepada Penolong Kanan HEM yang baru dilantik pada tahun 2008 dan 2009. Mereka akan diberi pendedahan mengenai pengurusan Buku Teks, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Skim Bantuan Tuisyen (SBT), Bimbingan dan Kaunseling, Sistem Maklumat Murid dan lain-lain lagi.

Surat makluman telah dihantar kepada sekolah terlibat. Jika masih terdapat PK HEM yang tidak tersenarai dalam kursus tersebut boleh maklumkan kepada Unit HEM, JPN Pulau Pinang dengan kadar segera.

:: KURSUS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH RENDAH

Kursus Pengurusan Hal Ehwal Murid kepada Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah Tahun 2009 telah diadakan pada :

Tarikh : 28 - 31hb. Oktober 2009

Tempat : Hotel Langkasuka, Langkawi Kedah

Kursus tersebut telah dihadiri oleh Penolong Kanan HEM yang baru dilantik pada tahun 2008 dan 2009. Mereka diberi pendedahan mengenai pengurusan Buku Teks, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Skim Bantuan Tuisyen (SBT), Bimbingan dan Kaunseling, Sistem Maklumat Murid dan lain-lain lagi.



:: KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN ASRAMA KEPADA PENGETUA

Kursus Pemantapan Pengurusan Asrama kepada Pengetua Sekolah Berasrama tahun 2009 telah diadakan pada :

Tarikh : 25 - 28hb. Oktober 2009

Tempat : Hotel Aseania, Langkawi Kedah

Kursus tersebut telah dihadiri oleh semua Pengetua-pengetua Sekolah Asrama Harian, Teknik, Khas, Sains dan SABK.


:: AL-FATIHAH : HJ. ISHAK BIN HAMLI MENINGGAL DUNIA

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Ishak bin Hamli (Pegawai Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid, JPN) telah meninggal dunia pada 23hb. September 2009 bersamaan 4 Syawal 1430H.
Warga Jabatan Pelajaran mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Perasmian Bangunan Pendidikan ( SMK Permatang Pasir ), Penyampaian Bantuan Pelajar Miskin KPM, Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Program Pemuafakatan PIBG telah diadakan pada:
++Tarikh :21 Ogos 2009
++Jam : 2.30 petang
++Tempat: SMK Permatang Pasir, Seberang Perai Tengah

Antara Tetamu yang menghadiri majlis tersebut adalah YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin- Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Koh Tsu Koon - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.Bhg Hj. Zulkifly bin Mohd Wazir - Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM dan Y.Bhg En. Sulaiman bin Ahmad Presiden Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional.




:: PENULARAN H1N1

Penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang melanda negara pada masa ini adalah amat serius. Pihak sekolah disarankan mengambil langkah-langkah perlu terutama mengenai penekanan kepada penjagaan kebersihan diri murid, menggalakkan murid-murid lebih kerap membasuh tangan dan memakai topeng muka bila perlu.

Langkah pencegahan penularan wabak itu di sekolah juga akan diambil termasuk pemantauan suhu badan pelajar setiap hari sebelum kelas bermula melalui termometer yang akan dibekalkan kepada sekolah dan pelajar perlu dirujuk segera ke klinik sekiranya terdapat simptom H1N1.

Tindakan penutupan sekolah akibat penularan wabak Influenza A (H1N1) hanya akan diambil sebagai langkah terakhir berdasarkan garis panduan baru bagi penutupan sekolah akibat H1N1. Guru besar dan pengetua perlu mendapatkan pengesahan Jabatan Kesihatan sebelum menutup sekolah jika ada murid yang dijangkiti virus Influenza A (H1N1).

:: PERMOHONAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU)

Permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi tingkatan 6 rendah dibuka. Tarikh kemasukan data pada 17 - 24 Jun 2009 Selanjutnya...

:: PERMOHONAN BIASISWA SMT ONLINE

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik akan bermula pada 17hb. - 21hb. Mei 2009
selanjutnya

:: PERMOHONAN BIASISWA ONLINE

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan bermula pada 12hb. - 18hb. April 2009
selanjutnya

:: KUTIPAN DATA SMM & BMM JANUARI 09

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuat kutipan data SMM & BMM bagi bulan Januari 2009 berasaskan data pada 31 Januari 2009.
Pihak sekolah dikehendaki membuat kemaskini data murid serta memastikan tiada murid yang tercicir. Data yang telah dikemaskini perlu dihantar ke PPD masing-masing pada atau sebelum 10 Februari 2009 bersama-sama dengan cetakan lampiran pengesahan.

:: BORANG MAKLUMAT MURID

Pada setiap tahun, pihak sekolah dikehendaki mengemaskini data Maklumat Murid dalam BMM dan SMM. Borang Maklumat Murid perlu diedarkan kepada ibubapa untuk dikemaskini. Data (berasaskan 31 Januari 09) perlu dihantarkan ke PPD masing-masing pada minggu kedua Februari 2009.
Perlu diingatkan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan memaksa ibubapa untuk menyerahkan slip gaji jika mereka tidak mahu berbuat demikian. Bagi ibubapa yang tidak mahu menyerahkannya, anak-anak mereka tidak akan diberikan sebarang jenis bantuan daripada KPM.