:: DATA RMT JANUARI 2014

Perhatian kepada semua Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah,

Sila muat turun fail Data RMT Januari 2014 dan semak perkara-perkara berikut:

1.         Sekolah tuan/puan memang tersenarai.
2.         Sekolah tuan/puan tidak tersenarai walaupun ada murid RMT.
3.         Sekolah tuan/puan tersenarai tetapi sebenarnya tiada murid RMT.
4.         Jumlah murid tidak tepat.
5.         Maklumat bank tidak tepat atau salah.
6.         Tiada Lampiran A (Senarai Murid RMT)

Tuan/Puan dipohon membuat semakan yang sewajarnya.
Sekiranya terdapat sebarang pembetulan, sila EMEL ke kebajikanhemjppp@gmail.com atau melalui SURAT ke Unit HEM, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. u/p: Penyelia Kanan Kebajikan dengan kadar segera. Ini bertujuan untuk rekod / rujukan pihak jabatan.
Mana-mana sekolah yang tidak memberi sebarang maklumbalas berkenaan data tersebut dianggap BENAR.

>> Muat turun fail

:: PEMBAYARAN BKP TAWARAN BARU 2013 (AKAUN BERKELOMPOK)

Pembayaran Tawaran Baru BKP Tahun 2013 bagi akaun berkelompok telah selesai dikreditkan oleh KPM ke akaun murid pada 8 Nov 2013. Pembayaran tersebut hanya melibatkan penerima BKP Tawaran Baru (akaun berkelompok) sahaja.  Pembayaran kepada penerima BKP Tawaran Baru (Bukan Akaun Kelompok) dan BKPU akan dikreditkan sedikit masa lagi.

:: BORANG L4PBK 2013

Berikut adalah maklumat dan panduan pengisian data L4 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah-sekolah Pulau Pinang bagi tahun 2013.
Surat arahan pengisian data dikeluarkan pada 30 Oktober 2013. Sila ikuti sepenuhnya surat tersebut.

Borang L4PBK 2013 sila klik di sini.

TARIKH-TARIKH PENTING

Tarikh terakhir data diambil kira              :   31 Oktober 2013
Tarikh muat naik Borang L4 oleh JPN     :   01 November 2013
Tarikh Pengumpulan Data oleh PPD        :   01 hingga 12 November 2013
Tarikh Penghantaran data PPD ke JPN    :   13 hingga 15 November 2013
Tarikh Perumusan Data oleh JPN            :   16 hingga 22 November 2013

:: RALAT HAD KELAYAKAN TERKINI RMT

KEPADA SEMUA PENOLONG KANAN HEM SEMUA SEKOLAH RENDAH.
Adalah dimaklumkan terdapat Ralat Had Kelayakan terkini RMT di dalam surat Memohon Data RMT 2014 yang telah diedarkan ke sekolah bertarikh 25 Oktober 2013 baru-baru ini. Rujukan ; JPNPP(HEM) 700-2/1 Jld: 2 (  48  ).

Had Kelayakan RMT yang dinyatakan di dalam surat berkenaan ialah “TIDAK MELEBIHI Pendapatan : RM520.00 dan Perkapita : RM130.00.”

Pernyataan yang sebenar ialah “TIDAK MELEBIHI Pendapatan : RM520.00 ATAU Perkapita : RM130.00.”

Sebarang kesulitan amat dikesali.


:: 'LAMPIRAN A' UNTUK SENARAI NAMA MURID RMT 2014

Kerjasama adalah dipohon daripada SEMUA Penolong Kanan HEM sekolah rendah, termasuk SABK dan Sekolah Pendidikan Khas untuk memuat turun borang 'LAMPIRAN A' (Senarai Nama Murid RMT) dan dilengkapkan.

Sila emel LAMPIRAN A yang telah lengkap ke kebajikanhemjppp@gmail.com pada atau sebelum 06 Disember 2013.

Salinan 'hardcopy' tidak perlu dihantar ke JPPP.

Sila SAVE AS fail berkenaan dengan KOD DAN NAMA SEKOLAH tuan/puan.

>>  Muatturun

:: PENGEMASKINIAN SETUJU TERIMA DAN "KEY-IN" NOMBOR AKAUN BSN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) tahun 2013 bagi murid-murid yang layak serta mencapai tahap minimum yang ditetapkan. 

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk memproses penerimaan BKP/BKPU Tahun 2013 :
  • Menyemak senarai berkenaan di dalam menu Senarai Berjaya. 
  •  Sekolah mencetak Surat Tawaran dan diserahkan kepada murid. 
  •  Murid membuka akaun di BSN dan menyerahkan nombor akaun kepada sekolah. (Semua murid BKPU perlu buka akaun secara tidak berkelompok) iaitu buka akaun secara manual di semua Cawangan BSN atau menggunakan akaun sedia ada.
  • Guru Biasiswa key-in nombor akaun murid (akaun tidak berkelompok) & menandai ruangan setuju terima/tolak di dalam sistem ke dalam sistem selewat-lewatnya:
                        BKP2 dan BKP3               :               15 September 2013
                        BKPUA dan BKPUS        :               22 September 2013
Kegagalan menandai pada ruangan tersebut akan menyebabkan murid dikira sebagai menolak tawaran yang diberikan

:: BORANG RUMUSAN PERMOHONAN KWAPM 2014

Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah,

Kerjasama tuan dipohon untuk memuat turun fail Borang Permohonan KWAPM Individu dan Borang Rumusan Permohonan (BRP) KWAPM DSA Tahun 2-6 bagi tahun 2014.
Had Kelayakan KWAPM 2014 ialah, berpendapatan kurang RM830.00 atau perkapita RM210.00.
Sila lengkapkan BRP 2014 dan hantar softcopy berkenaan ke PPD masing-masing pada atau sebelum 20 September 2013.
BRP berkenaan juga hendaklah dicetak A4 dan difotostat menjadi A3 untuk dihantar ke PPD sebagaimana tarikh di atas.
JANGAN hantar borang-borang berkenaan ke Unit HEM.

>>  Borang KWAPM Individu
>>  BRP KWAPM 2014

:: PINDAAN SPK BIL 1 2013 (RMT)

Semua Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan, KPM telah mengedarkan surat pindaan berkenaan SPK Bil. 1 2013.
Sehubungan itu, tuan diminta untuk memuat turun fail berkenaan bagi tujuan cetakan dan simpanan pihak sekolah.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Fadzli bin Ishak di talian 04-6521 038 atau 012-5677 912.

>>  Muat turun

:: PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN 1MALAYSIA

Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia dilaksanakan dengan kebenaran KPM pada 21 Mei 2013 (Ruj:KP(BPSH-SPDK)201/002/Jld.196(71).  Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membantu pelajar-pelajar Melayu yang miskin.  Objektif PBP1M adalah membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam aliran sains kepada pelajar-pelajar miskin yang mempunyai potensi akademik yang baik serta membantu pelajar yang miskin dan gagal mendapat pembiayaan pembelajaran yang mencukupi daripada mana-mana agensi kerajaan.

Syarat-syarat kelayakan minimum adalah:

a.    Pendapatan Ibu bapa tidak melebihi RM1500
b.    Mendapat kepujian dalam:
   • Bahasa Melayu
   • Matematik Moden
   • Sains atau Fizik atau Kimia atau Biologi
   • 2 subjek lain dan;
   • Lulus Bahasa Inggeris

Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mengenal pasti 2 orang murid Melayu (seorang lelaki dan seorang perempuan) lepasan SPM 2012 yang gagal menerima sebarang tawaran IPT serta berminat untuk memohon biasiswa tersebut.
Borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 9 September 2013.

Sebarang pertanyaan mengenai program boleh dikemukakan kepada:

    Pihak Sekretariat
    Program Biasiswa Pendidikan 1 Malaysia (PBP1M)
    Tel :019-9152334 dan 012-9281085
    Fax: 04-9771948

Berikut adalah dokumen berkaitan:
>>  Borang Permohonan
>>  Jadual Pelaksanaan
>>  Slaid Program

:: MASALAH PEMBUKAAN AKAUN BSN

Terdapat sedikit masalah teknikal terhadap sesetengah penerima biasiswa (BKP) yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 1 yang ingin membuka akaun BSN.  Masalah teknikal ini disebabkan murid-murid tersebut mempunyai no KP yang dimulai dengan "00...."   Pihak BSN induk telah memaklumkan akan menyelesaikannya pada minggu hadapan awal bulan September.  Oleh yang demikian, guru-guru boleh menyuruh murid-murid yang menghadapi masalah membukanya semula pada minggu hadapan.  Guru-guru boleh mengemaskini maklumat akaun pada atau sebelum 12 September 2013. 

:: SURAT TAWARAN DAN PEMBUKAAN AKAUN BSN

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah meluluskan permohonan seramai 3,659 orang murid bagi Biasiswa Kecil  Persekutuan (BKP) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 3.1 juta bagi negeri Pulau Pinang.  Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mencetak surat tawaran BKP bagi pemohon-pemohon yang berjaya. 

Surat tawaran tersebut boleh dicetak terus dari laman sesawang:  http://apb.moe.gov. Tatacara proses tawaran juga boleh dimuat turun dari laman sesawang tersebut melalui ikon Demo Manual di sebelah kiri. Pelajar-pelajar yang berjaya dikehendaki membuka akaun BSN dengan kadar segera.  Pihak sekolah dikehendaki untuk mengemas kini no akaun di dalam sistem bagi pelajar-pelajar yang tidak dibekalkan dengan no akaun secara berkelompok.

:: FAIL-FAIL KWAPM

SEMUA PENOLONG KANAN HEM

Sila muat turun fail-fail berikut untuk rujukan dan tindakan sekolah yang telah menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) :

a) 'LAMPIRAN A' bagi kes-kes pemulangan lebihan bantuan KWAPM ke Bahagian Kewangan, KPM mengikut kategori yang dinyatakan. 'LAMPIRAN A' hendaklah disertakan bersama cek pemulangan ( KETUA AKAUNTAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ).

b) 'LAMPIRAN B' bagi tujuan pengesahan menerima bayaran berkenaan melalui EFT. Lampiran ini turut digunakan untuk pengesahan bagi bantuan Kecemasan KWAPM ( sila nyatakan di bahagian CATATAN ).

Muatturun:
>> Lampiran A (pdf)
>> Lampiran B (pdf)
>> Lampiran A & B (xlsx)

:: MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KWAPM

Majlis Penyerahan Bantuan KWAPM akan diadakan pada 30hb. Julai - 1 Ogos 2013 kepada murid-murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 serta murid-murid tercicir bantuan pada awal tahun tempohari.

Majlis diadakan mengikut tarikh dan daerah yang telah ditetapkan.

JADUAL MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KWAPM


BIL
TARIKH / MASA
TEMPAT
PPD
1
31/7/2013
12.00 t/hari
SK Machang Bubok II
PPD Tengah
2
30/7/2013
9.30 pagi
Dewan
SJKC Chung Hwa Confucian A
PPD Timur Laut
3
01/08/2013
2.30 ptg.
SMK Seri, Balik Pulau
PPD Barat Daya
4
01/08/2013
12.00 t/hari
ILP Kepala Batas
PPD Utara
5
01/08/2013
12.00 t/hari
SK Sungai Acheh
PPD Selatan
 

:: PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN BKPU 2013

Permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) telah dibuka pada 8 hingga 14 Julai 2013.  Walau bagaimanapun disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak sekolah, KPM telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh permohonan sehingga 16 Julai 2013.  Diharap dengan pelanjutan tempoh ini akan membolehkan pihak sekolah menyiapkan proses permohonan dengan sempurna.

:: PEMOHONAN BKPU SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2013

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuka pada 8 hingga 14 Julai 2013.

Data permohonan BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).  Oleh yang demikian pihak sekolah dikehendaki untuk menyemak semula pelajar-pelajar yang layak memohon di dalam APDM.

Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang:
http://apb.moe.gov.my

Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum).  Kegagalan pihak sekolah mengemas kini data akan menyebabkan keciciran permohonan pelajar

:: PELAKSANAAN E-PROFIL KERJAYA BAGI SETIAP MURID TINGKATAN 1 TAHUN 2013

Semua sekolah dikehendaki melaksanakan Sistem e-Profil Kerjaya Murid(SePKM) bagi murid tingkatan 1 mulai Jun 2013. Surat BPSH, KPM dengan Ruj. Kami : KP(BPSH-SPKD) 601/01 Jld. 8(13) bertarikh 06 Jun 2013 hendaklah dirujuk.

Maklumat lanjut sila hubungi Encik Mohd Zakaria bin Zain(Penolong Pengarah Bimbingan Kaunseling) di talian 012-573 3600.

Sila muat turun Surat Arahan KPM dan Manual Pengguna SePKM disini

:: PEMBERITAHUAN PENGOPERASIAN SISTEM/APLIKASI DI SEKOLAH

PEMBERITAHUAN Pengoperasian EMIS dan Lain-lain Sistem/Aplikasi di Sekolah
Inisiatif Pengintergrasian Data Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah bermatlamat untuk menghasilkan satu sumber data pendidikan. Inisiatif ini merupakan salah satu daripada 25 inisiatif utama yang dilaksanakan dalam Gelombang 1 (2013-2015).
Pengintegrasian data pendidikan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu platform kutipan data pendidikan di peringkat sekolah melalui penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). SPS ini akan menjadi satu gerbang kemasukan data utama (single entry point) di peringkat sekolah dalam membekalkan data dan maklumat pendidikan bagi tujuan perancangan dan pengoperasian pendidikan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Adalah ditegaskan di sini bahawa SEMUA sistem dan aplikasi yang sedang guna pakai di sekolah pada masa sekarang akan terus beroperasi secara selari dengan peluasan SPS. Pemberhentian pengoperasian sistem dan aplikasi seperti EMIS, APDM, SMM dan lain-lain sistem hanya akan ditamatkan secara berperingkat-peringkat apabila SPS telah sempurna dan stabil.

>> muat turun fail pemberitahuan

:: SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (SIMS)

Adalah dimaklumkan bahawa mulai tahun 2013, pihak KPM dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memperkenalkan Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) bagi semua pelajar yang menggunakan bas atau van  sekolah yang berdaftar dengan SPAD.
Sehubungan itu, kerjasama pihak sekolah adalah dipohon untuk memuat turun fail-fail berikut untuk disebarkan kepada semua ibu bapa / penjaga.
Terima kasih.

>>  Format Powerpoint
>>  Format PDF

:: PENCALONAN PROGRAM BIASISWA RMHC 2013

Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1.  Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2013
2.  Pendapatan tidak melebihi RM1500
3.  Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4.  Aktif ko kurikulum & sukan
5.  Rekod disiplin yang baik.

Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun fail berkaitan.  Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 12 Jun 2013 jam 12.00 tengahari.  Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.

Muatturun Borang

:: PEMBAYARAN BIASISWA KECIL NEGERI (BKN)

Jabatan Pelajaran Negeri telah menerima cek bagi pembayaran Biasiswa Kecil Negeri (BKN) bagi tahun 2013.  Sehubungan dengan itu pihak sekolah diminta untuk mengambil cek berkaitan di Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dengan kadar segera.  Cek tersebut boleh diambil mulai 14 Mei 2013 sehingga 23 Mei 2013. 

:: SURAT SIARAN SUMBANGAN TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)


Kerjasama Y. Bhg. Dato’ / Datin / tuan / puan dipohon untuk menghebahkan surat siaran berkaitan sumbangan Tabung KWAPM melalui Skim Potongan Gaji Sukarela Kakitangan Awam kepada semua warga pendidikan di sekolah tuan/puan.  Bersama-sama ini kepilkan surat siaran berkaitan serta borang kebenaran potongan gaji bulanan untuk sumbangan kepada KWAPM.


Pembayaran Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi negeri Pulau Pinang telah dikreditkan ke akaun pelajar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 13 Mac 2013.

Pihak sekolah diminta untuk mengemaskini / menyemak akaun pelajar dan seterusnya membuat tuntutan jika berlaku keciciran kepada Unit Hal Ehwal Murid dengan kadar segera.  Sila hantar tuntutan keciciran pada atau sebelum 30 April 2013

:: TAWARAN BIASISWA KECIL YAYASAN TELEKOM MALAYSIA

Seperti tahun-tahun lalu, Yayasan Telekom Malaysia ( Yayasan TM) sekali lagi membuka permohonan biasiswa kecil kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2013 yan memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.  Permohonan boleh dibuat secara "online: di laman web http://tm.com.my/ytm  Tarikh tutup permohonan tersebut adalah 28 Februari 2012.

:: PERMOHONAN KWAPM DSA 2013

Perhatian kepada semua Penolong Kanan HEM

Permohonan KWAPM DSA bagi Tahun 1 serta yang TERCICIR (2-6) & Tingkatan 1 bagi tahun 2013 adalah dipelawa kepada semua sekolah rendah dan menengah yang mempunyai pelajar yang layak (Pendapatan RM760 ATAU Perkapita RM190).
Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk MEMUAT TURUN fail mengikut kategori sekolah tuan/puan (SM / SR) dan lengkapkan BRP Format Baru dan Borang Selengkap yang disertakan.
>  Borang Sekolah Rendah
>  Borang Sekolah Menengah
Sila hantar bahan-bahan berikut ke PPD tuan/puan PADA atau SEBELUM 22 Februari 2013:-
a)  Cetakan BRP Format Baru saiz A3
b)  Softcopy BRP & Borang Selengkap

(Untuk perhatian Pegawai HEM PPD tuan/puan)

 Terima kasih.

:: KUTIPAN DATA BIASISWA JANUARI 2013

Adalah dimaklumkan bahawa seperti biasa, pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat murid penerima biasiswa (BKP, BKPU dan BKN)  di dalam Sistem Pengurusan Biasiswa untuk pembayaran bagi tahun 2013. Data yang telah dikemas kini perlu dieksport  dan dimuat naik / upload  pada atau sebelum 12 Februari 2013 (Selasa)

Data boleh dihantar sama ada menggunakan versi 3 atau versi 4.  Di samping itu,  pihak sekolah seharusnya telah mengedarkan borang permohonan biasiswa berserta syarat-syarat kelayakan kepada pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi tahun 2013. Sila kutip semula borang permohonan tersebut selewat-lewatnya pada 11 Mac 2013.  Borang tersebut perlu melalui proses tapisan dan saringan.  Senarai pendek permohonan hendaklah dikemukakan secara online yang akan dibuka pada 29 April – 5 Mei 2013 nanti

:: PEMBATALAN SPB VERSI 4.0

Penggunaan Aplikasi Sistem Pengurusan Biasiswa (SPB)Versi 4.0 terpaksa dibatalkan.
Pembatalan ini adalah disebabkan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengeluarkan versi atas talian / online tidak lama lagi (tahun 2013)
Walau bagaimanapun pengguna boleh menggunakannya untuk sementara waktu untuk memudahkan proses eksport dan beberapa kemudahan lain disediakan.  Pengguna boleh mengeksport data sedia ada kemudian mengeksport kemudian mengeksport semula data tersebut ke dalam aplikasi sedia ada.

Aplikasi SPB versi 4

:: APLIKASI SPB VERSI 4 & KUTIPAN DATA TAHUN 2013

Pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat murid penerima biasiswa (BKP, BKPU, BS dan BKN)  di dalam Sistem Pengurusan Biasiswa untuk pembayaran bagi tahun 2013.  Pada tahun ini, pihak sekolah perlu mengemas kini data menggunakan Aplikasi Pengurusan Biasiswa versi terbaharu (versi 4) yang boleh dimuat turun melalui laman ini.  Data yang telah dikemas kini perlu dieksport  dan dimuat naik / upload melalui laman berkenaan pada atau sebelum 6 Februari 2013 (Rabu).
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Sila pastikan semua maklumat murid penerima bantuan biasiswa (BKP, BKPU, BS dan BKN)  dimasukkan ke dalam sistem.  Pada tahun ini penerima Biasiswa Sukan juga perlu dimasukkan ke dalam sistem bagi tujuan pemantauan.  Cetak Maklumat Pengesahan Data melalui sistem  untuk menyemak senarai murid serta menghantar cetakan tersebut setelah dibuat pengesahan oleh Pengetua Sekolah kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dengan kadar segera.  Sekiranya pihak sekolah gagal memastikan kesahan data serta terdapat murid yang tiada di dalam sistem, ini akan menyebabkan keciciran pembayaran kepada murid berkenaan.
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Di samping itu,  pihak sekolah juga seharusnya telah mengedarkan borang permohonan biasiswa berserta syarat-syarat kelayakan kepada pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi tahun 2013. Sila kutip semula borang permohonan tersebut selewat-lewatnya pada 11 Mac 2013.  Borang tersebut perlu melalui proses tapisan dan saringan.  Senarai pendek permohonan hendaklah dikemukakan secara online yang akan dibuka pada 29 April – 5 Mei 2013 nanti.  Permohonan pada tahun ini akan berdasarkan data APDM tahun semasa.
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Muat turun aplikasi...

:: SKIM BIASISWA BANK NEGARA 2013

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang di dalam PMR 2012. Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa BNM.
Pihak jabatan ingin meminta kerjasama daripada pihak sekolah untuk mencalonkan dua orang (2) orang sahaja pelajar cemerlang bagi setiap sekolah berdasarkan kepada keputusan PMR 2012 untuk disenarai pendek bagi menjalani proses penilaian dan temuduga. Untuk makluman tuan/puan, kriteria-kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut :

       (a)   Warganegara Malaysia;
       (b)   Pencapaian keputusan cemerlang dalam PMR 2012 sekurang-kurangnya 7A;
       (c)   Penglibatan aktif dlm aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara/negeri/daerah/sekolah
       (d)   Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan; dan
       (e)   Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak

Pihak Bank Negara memerlukan senarai nama tersebut pada atau sebelum 17 Januari 2013.  Oleh itu, pihak Jabatan akan mengemukakan sepuluh (10) pelajar terawal serta paling berkelayakan yang mengemukakan pencalonan.  Sila download borang di bawah, lengkapkan kemudian email kepada amatsazali@yahoo.com dengan kadar segera.  Borang cetakan yang telah ditandatangani boleh dihantar pada minggu yang berikutnya pada atau sebelum 24 Januari 2013 di Unit Hal Ehwal Murid, untuk perhatian Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa.

Download Borang.

:: BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN & RMT 2013

Perhatian kepada semua Pengetua dan Guru Besar,

Sila muat turun fail-fail berikut:

1. Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 (Semua Sekolah Menengah & Rendah)
2. Surat Siaran RMT 2013 (Sekolah Rendah sahaja)

Kerjasama tuan adalah dipohon untuk mencetak Garis Panduan dan Surat Siaran berkenaan untuk simpanan.

:: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT MURID

Berikut adalah Aplikasi Sistem Maklumat Murid versi 4.5 (Pulau Pinang) untuk kegunaan Tahun 2013.  Aplikasi ini terdapat dalam 2 set menggunakan MS Access 2003 dan MS Access 2007/2010.
Sila download mengikut keperluan aplikasi Microsoft Access anda.
>> Microsoft Access 2003
>> Microsoft Access 2007

Proses menginstall aplikasi akan menyebabkan kehilangan data.  Oleh itu, sebelum anda menginstall aplikasi tersebut pastikan anda membuat backup data terlebih dahulu. (Salin/copy SMMDATA ke dalam pendrive atau mana-mana folder.  Kemudian delete pada fail SMMAPP.  Selepas itu baru install baru)

Pihak sekolah dikehendaki mengemaskini data Sistem Maklumat Murid dan menghantar data (berasaskan data pada 31 Januari 2013) pada atau sebelum 7 Februari 2013.  Untuk maklumat lanjut sila email kepada : amatsazali@yahoo.com