:: NETBOOK 1MALAYSIA

Netbook 1Malaysia merupakan projek penting di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) bagi membantu menggalakkan pemilikan jalur lebar dan seterusnya mencapai sasaran 75% kadar penembusan jalur lebar isi rumah pada hujung tahun 2015.  Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Pemberian Perkhidmatan Sejagat telah memperuntukkan Netbook 1Malaysia untuk diagihkan kepada murid sekolah menengah yang berkelayakan supaya mendapat akses Internet jalur lebar.

Pihak Sekolah diminta untuk mencalonkan murid-murid yang telah di senarai pendek  (Rujuk Lampiran 2 yang dibekalkan kepada sekolah) mengikut jumlah peruntukan sekolah yang dinyatakan.

Penerima netbook adalah diwajibkan untuk melanggan jalur lebar (broadband). Pihak sekolah dikehendaki menghantar data dalam bentuk MS Excel mengikut format yang diberikan ( Lampiran 3).Data tersebut hendaklah diemail kepada hem@jpnpp.edu.my pada atau sebelum 31 Januari 2012

:: APLIKASI SMM TAHUN 2012

Berikut adalah Aplikasi Sistem Maklumat Murid versi 4.5 (Pulau Pinang) untuk kegunaan Tahun 2012.  Aplikasi ini terdapat dalam 2 set menggunakan MS Access 2003 dan MS Access 2007/2010.
Setiap satunya pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bagi komputer yang telah mempunyai data asal (sedia ada)  dan tanpa data (install baru).

Aplikasi menggunakan Access 2003.
> Aplikasi SMM telah mempunyai data asal.
> Aplikasi SMM tanpa data (install baru) - akan "overwrite" data sedia ada.


Aplikasi menggunakan Access 2007/2010

> Aplikasi SMM telah mempunyai data asal.
> Aplikasi SMM tanpa data (install baru) - akan "overwrite" data sedia ada.

Sila pastikan anda memuatturun fail yang sepatutnya, untuk mengelakkan kegagalan aplikasi.  Sila "delete" fail SMMAPP di dalam folder C:\HEM terlebih dahulu sebelum menginstall aplikasi baru.