:: NETBOOK 1MALAYSIA

Netbook 1Malaysia merupakan projek penting di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) bagi membantu menggalakkan pemilikan jalur lebar dan seterusnya mencapai sasaran 75% kadar penembusan jalur lebar isi rumah pada hujung tahun 2015.  Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Pemberian Perkhidmatan Sejagat telah memperuntukkan Netbook 1Malaysia untuk diagihkan kepada murid sekolah menengah yang berkelayakan supaya mendapat akses Internet jalur lebar.

Pihak Sekolah diminta untuk mencalonkan murid-murid yang telah di senarai pendek  (Rujuk Lampiran 2 yang dibekalkan kepada sekolah) mengikut jumlah peruntukan sekolah yang dinyatakan.

Penerima netbook adalah diwajibkan untuk melanggan jalur lebar (broadband). Pihak sekolah dikehendaki menghantar data dalam bentuk MS Excel mengikut format yang diberikan ( Lampiran 3).Data tersebut hendaklah diemail kepada hem@jpnpp.edu.my pada atau sebelum 31 Januari 2012