:: BAHAN TAKLIMAT SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Bahan taklimat SPK untuk PGB pada 30 Dis 2015, Lot 33, Pulau Pinang

>> Muat turun.

:: SEMAKAN AKAUN TAWARAN BAHARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN TAHUN 2015

Pembayaran tawaran baharu Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi negeri Pulau Pinang Tahun 2015 telah dikreditkan ke akaun murid oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pihak sekolah diminta untuk menyemak akaun murid dan seterusnya membuat tuntutan jika berlaku keciciran.  Sila kemukakan maklumat keciciran mengikut format berikut:

a)    No. Kad Pengenalan:
b)    Nama :
c)    No. BKP :
d)    No. Akaun :
e)    Tingkatan :
f)    Jumlah Keciciran :

Maklumat keciciran tersebut haruslah dihantar terus kepada Unit Hal Ehwal Murid dengan kadar segera pada atau sebelum 26 November 2015. Sila kepilkan bersama salinan semakan akaun daripada BSN. Pihak sekolah perlu bertindak segera supaya tidak berlaku keciciran kerana tiada pembayaran di bawah AP58a pada tahun hadapan.

:: PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2016

Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah bagi tahun 2016 akan diteruskan kepada semua Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan termasuk Sekolah Pendidikan Khas dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan setelah menerima surat arahan dan peruntukan daripada KPM.

Sehubungan dengan itu, pihak  sekolah diminta mengemaskini  senarai murid yang layak RMT bagi tahun 2016 mengikut kelayakan berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar 2012. Kelayakan adalah berdasarkan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM520.00 atau perkapita: RM130.00. Manakala murid OKU/Pendidikan Khas  tiada had kelayakan dan layak secara automatik.

Pihak sekolah perlu melengkapkan Lampiran B (BORANG RUMUSAN RMT 2016)  dan faks kembali ke Unit HEM, JPPP di talian  04-6521143 sebelum 30 November 2015. Pihak sekolah juga perlu memuat turun  Lampiran A (SENARAI NAMA MURID RMT)  dan emailkan kembali senarai lengkap berkenaan ke shadilahkebajikan2014@gmail.com pada atau sebelum 30 November 2015.  Sila gunakan  format MS Excel  yang dimuat turun sahaja dan  "save as" kod & nama sekolah tuan untuk memudahkan pengurusan.

Surat KPM bertarikh 22 Oktober 2015 : Rujukan KPMSP.800-4/3/2(14) adalah dirujuk.

Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan supaya pengambilan kad ATM bagi penerima BKP tawaran baru 2015 perlu dilakukan secara manual di cawangan BSN yang berhampiran memandangkan proses penghantaran kad ATM ke sekolah mengambil masa yang panjang dan kemungkinan kad ATM tidak sampai kepada murid jika murid telah berpindah sekolah.  Walau bagaimanapun, pihak sekolah boleh memohoh dan berbincang secara terus dengan cawangan BSN yang berkenaan untuk menghantar kad ATM ke sekolah tetapi tertakluk kepada budibicara cawangan BSN berkenaan.

Selain itu, Bahagian Kewangan juga telah bersetuju supaya semakan baki akaun murid dibuat oleh pihak sekolah dengan mengemukakan senarai nama murid penerima BKP kepada cawangan BSN yang berhampiran.  Format bagi semakan baki akaun murid boleh dimuatturun atau diperolehi dari sesawang Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) melalui APDM di alamat https://apdm.moe.gov.my/

>>  Surat Berkaitan.
>>  Borang Semakan Akaun. 

:: PENGURUSAN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 2015

Kepada semua Guru Bimbingan Sekolah Rendah

Berikut adalah borang dan bahan-bahan TERKINI untuk pengurusan PPSi Ujian Aptitud Am Tahun 3 bagi tahun 2015
1. Borang Jawapan Psikometrik
2. Template Data Ujian Aptitud Am Tahun 3
3. Penyata Keputusan PPsi 2015
4. Manual Pengguna
Semua Guru Bimbingan dikehendaki memuat turunkan borang/bahan tersebut untuk tindakan selanjutnya.  

:: TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TAHUN 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai membuat pemilihan beserta penjanaan No Akaun Kelompok BSN kepada murid tawaran baru Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi tahun 2015. Pemilihan tawaran baru ini masih bergantung kepada pencapaian merit latar belakang, akademik dan kokurikulum murid .

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh mencetak surat tawaran mulai 31 Julai - 9 Ogos 2015 serta membuka akaun simpanan BSN dengan kadar segera. Cetakan surat tawaran hanya boleh dibuat apabila pihak sekolah telah menanda setuju terima secara online.  Pihak sekolah juga perlu menyerahkan borang setuju terima bersama surat tawaran kepada murid-murid berkenaan. 

Kegagalan pihak sekolah akur pada tarikh yang diberikan akan menyebabkan murid gagal menerima tawaran biasiswa.

:: PERTANDINGAN REKA BENTUK KERETA ANJURAN PROTON

Sukacita dimaklumkan bahawa PROTON sedang menganjurkan pertandingan seperti di atas bermula 15 Jun hingga 01 September 2015 yang bertujuan untuk membuka peluang kepada para pelajar di seluruh Malaysia untuk sama-sama melahirkan idea inovatif dan kreatif dalam menghasilkan reka bentuk model kereta yang terkini dan sesuai dengan kehendak pengguna atau pelanggan semasa.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah sangat digalakkan untuk menyertai pertandingan tersebut.
Maklumat lanjut pertandingan boleh didapati di laman web PROTON iaitu http://www.proton.com
Sila hantar satu salinan Borang Penyertaan sebagai makluman kepada Unit HEM JPPP sekiranya sekolah tuan menyertai pertandingan ini.

>>  Muat turun syarat dan borang penyertaan

:: KUTIPAN DATA SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM) BULAN JUN 2015

Kutipan data Sistem Maklumat Murid berasaskan maklumat 30 Jun 2015 akan dikutip menggunakan versi sedia ada. Jika aplikasi SMM telah luput/ tamat tempoh sila muat turun yang terbaharu. Sila pastikan pihak tuan memuat turun aplikasi yang betul untuk mengelak sebarang masalah.

Pihak sekolah dipohon menggunakan sistem SMM versi 4.5 (Pulau Pinang) dan mengemaskini, membuat semakan data, mencetak lampiran pengesahan SMM (muka surat 1 dan 2) serta menghantar data mengikut daerah masing-masing melalui email seperti tertera di bawah:

PPD Timur Laut     smmppdtl@jpnpp.edu.my
PPD Barat Daya     smmppdbd@jpnpp.edu.my
PPD SP Utara         smmppdspu@jpnpp.edu.my
PPD SP Tengah smmppdspt@jpnpp.edu.my
PPD SP Selatan     smmppdsps@jpnpp.edu.my

Manakala cetakan hendaklah di hantar ke Unit HEM PPD masing-masing pada atau sebelum 10 Julai 2015.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat rujukan KPM (BPSH -PKICT) 100-11/2/1 Jilid 2 (14) bertarikh 4 Jun 2015 serta emel Ralat Dalam Modul Pengurusan Murid bertarikh 4 Jun 2015 adalah berkaitan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) perlu dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 yang lalu.

Oleh yang demikian, pihak sekolah dipohon untuk menyemak dan mengemaskini maklumat murid di dalam Modul Pengurusan Murid (MPM). Pihak jabatan telah menghantar emel kepada sekolah yang terlibat mengenai ralat-ralat data pada medan-medan tertentu. Medan-medan di dalam modul tersebut perlu diisi dengan lengkap dan tepat supaya maklumat tersebut boleh digunapakai oleh JPN dan KPM terutamanya  di dalam permohonan murid ke Tingkatan 1, Kelas Peralihan, Sekolah Kawalan (Sekolah Rancangan Khas, Kelas Rancangan Khas, Kelas Aliran Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) dan Sekolah Berasrama Penuh bagi tahun 2016 dengan menggunakan Sub Modul e-Daftar Menengah dan Sekolah Kawalan di dalam Modul Pengurusan Murid.

:: DATA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2015

Dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan sedang mengemaskini data bantuan persekolahan RMT bagi tahun 2015. Data ini akan digunakan dalam menyediakan jawapan Parlimen, penggubalan dasar dan juga keperluan agensi/ Kementerian yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta memuat turun BORANG DATA MURID PENERIMA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2015 dan email kembali ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing dengan kadar segera sebelum 25 Mei 2015. Sila gunakan format MS EXCEL yang dimuat turun sahaja dan Save As kod & nama sekolah tuan. Alamat email PPD  seperti yang tertera di bawah:

a) PPD Timur Laut (En. Fahmy) - miex8291@gmail.com
b) PPD Barat Daya (En. Zulhairy) - zairyamir87@gmail.com
c) PPD SP Utara         (En. Adura) - shahizanrazak@yahoo.com
d) PPD SP Tengah (En. Megat) - hemppdt@gmail.com
e) PPD SP Selatan      (En. Mat Saat) - omatsaad@yahoo.com

>> Muat Turun Borang

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Zon 3 bagi Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan dibuka pada 20 April hingga 26 April 2015.
Sehubungan dengan itu, Guru Biasiswa dipohon untuk diambil tindakan sewajarnya.  Data permohonan BKP/BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang:  http://apb.moe.gov.my   Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum). Kaedah pengisian markah peperiksaan adalah seperti tahun-tahun terdahulu.

:: SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR NASIONAL(SANTUN) TAHUN 2015

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah memperkenalkan Skim SANTUN bermula pada tahun 2006 dengan matlamat utama membantu meringankan bebanan anak-anak yatim/miskin lepasan SPM  serta berpeluang menyambung pelajaran mereka ke institusi pendidikan tinggi. Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia(BPSH, KPM) telah memberikan kebenaran kepada YaPEIM untuk bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendapatkan senarai calon bagi skim ini.

Oleh yang demikian, pihak sekolah dipohon untuk mencalonkan murid-murid dari/lepasan sekolah tuan yang layak dipertimbangkan mengikut skim SANTUN yang ditawarkan iaitu:

a.  SANTUN Junior  (Lepasan PT3 2014)
b.  SANTUN 1 Malaysia (Lepasan SPM 2014)
c.  SANTUN Nasional (Lepasan SPM 2014)

Sila rujuk kriteria pemilihan pencalonan bagi setiap skim sebelum membuat permohonan. Pencalonan hendaklah dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 24 April 2015

Muat Turun
>> Kriteria Pemilihan
>> SANTUN Junior
>> SANTUN 1 Malaysia
>> SANTUN Nasional

Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi murid-murid yang mencapai keputusan cemerlang dalam PT3 2014.

Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti murid-murid yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank.  Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang murid-murid di kawasan luar bandar di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.

Kriteria pencalonan murid-murid adalah seperti berikut.
     a. Warganegara Malaysia
     b. Pencapaian keputusan cemerlang sekurang-kurang 7A dalam PT3 2014
     c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
     d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
     e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

Sila muat turun borang berkaitan serta kembalikan borang yang telah lengkap bersama-sama dokumen berkaitan dengan kadar segera kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 26hb. Mac 2015.  Borang yang dihantar lewat daripada tarikh tidak akan dilayan. Jabatan pendidikan akan membuat senarai pendek untuk pencalonan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia 2015 kepada Bank Negara Malaysia.

>>  Borang Bank Negara 2015

:: BIASISWA RMHC 2015

Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa kepada murid-murid yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1.  Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2015
2.  Pendapatan tidak melebihi RM1500
3.  Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4.  Aktif ko kurikulum & sukan
5.  Rekod disiplin yang baik.

Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2 orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun fail berkaitan.  Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 27 Mac 2015 jam 12.00 tengahari.  Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.

>> Borang Permohonan
>> Lampiran Berkaitan

:: KWAPM 2015 SECARA ATAS TALIAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.

Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).

Pada tahun 2015 pihak sekolah dikehendaki mengemaskini maklumat penerima bantuan KWAPM secara atas talian.  Pengetua / Guru Besar tidak perlu didaftarkan ke dalam APB. Maklumat diambil terus daripada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) - Modul Pengurusan Guru (eOPERASI) .Manakala Guru KWAPM perlu didaftarkan ke dalam eOPERASI oleh Pengetua / Guru Besar.  Untuk mengekses aplikasi APB sila lawati http://sps.moe.gov.my/utama.php 
Menggunakan link  “Ke Pengurusan Bantuan” yang telah diwujudkan dalam Modul Pengurusan Murid


Peranan Guru KWAPM
> Kemaskini permohonan KWAPM melalui APB.
> Sahkan kewujudan murid eKASIH di sekolah melalui APB.
> Maklum kepada Pengetua/Guru Besar untuk semak dan  sahkan permohonan yang dikemaskini oleh Guru KWAPM.
> Semak dan cetak senarai murid yang diluluskan permohonan KWAPM/eKASIH/eDAMAK.



Peranan Guru Besar / Pengetua
> Pantau kemaskini permohonan yang dibuat oleh Guru KWAPM.
> Sokong/Peraku permohonan yang selesai dikemaskini oleh Guru KWAPM melalui APB.
> Semak dan kemaskini maklumat akaun bank sekolah di dalam APB


Muat Turun Manual Pengguna :
>> KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Guru KWAPM)

>> KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Pengetua dan Guru Besar)

:: TAKLIMAT PENGURUSAN BIASISWA SERTA PENGEMASKINIAN DATA APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)

Taklimat mengenai pengurusan biasiswa serta pengemaskinian data aplikasi APB akan diadakan seperti berikut:

a.  Sekolah-sekolah di PPD Barat Daya dan Timur Laut
    Tarikh :  10hb. Februari 2015 (Selasa)
    Masa   :  8.30 – 4.00 petang
    Tempat :  Dewan SMK Sg Ara, Jalan Dato’ Hj Ismail Hashim,
           11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

b.  Sekolah-sekolah di PPD Utara, Tengah dan Selatan
    Tarikh :  11hb. Februari 2015 (Rabu)
    Masa   :  8.30 – 4.00 petang
    Tempat :  Bilik Mesyuarat, PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Proses pengemaskinian data APB akan dibuat secara atas talian. Oleh yang demikian, guru biasiswa terlibat diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk menghadiri taklimat tersebut.

Unit HEM, JPPP dengan kerjasama International Medical Universiti akan menganjurkan program di atas seperti berikut:

   Tarikh  :  27 Januari 2015 (Selasa)
   Masa    :  8.00 pagi - 1.30 petang
   Tempat :  Hotel Eastin, Pulau Pinang

Sehubungan dengan itu, seorang guru Kaunseling sekolah tuan dipohon untuk hadir menyertai program tersebut. Makan, minum dan pengangkutan disediakan.

Tempat menunggu bas:

   PPD Utara   :  7.30 pagi ( guru PPDU)
   PPD Selatan  :  7.30 pagi ( guru PPDS)
   Masjid Sbg Jaya :  8.00 pagi ( guru PPDT/PPDS)


Muatturun Surat Berkaitan

:: PENGURUSAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2015

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuka pada 20 – 26 April 2015.  Pihak sekolah dipohon untuk mengedarkan borang permohonan kepada murid-murid yang layak.  Sila gunakan borang permohonan BKP sedia ada atau boleh dimuat turun Di samping itu, pihak sekolah juga perlu membuat pengemaskinian data APDM kerana data tersebut akan menjadi asas permohonan BKP dan BKPU.

Manakala bagi murid-murid tertanggung (penerima sedia ada), pembayaran akan dibuat bulan Mac 2015.  Oleh yang demikian, pihak tuan dipohon untuk membuat pengemaskinian data melalui Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) di alamat http://apb.moe.gov.my/  Pengemaskinian murid tertanggung boleh dilakukan pada 27 Januari hingga 28 Februari 2015.


Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuka pada 20 – 26 April 2015.  Pihak sekolah dipohon untuk mengedarkan borang permohonan kepada murid-murid yang layak.  Sila gunakan borang permohonan BKP sedia ada atau boleh dimuat turun Di samping itu, pihak sekolah juga perlu membuat pengemaskinian data APDM kerana data tersebut akan menjadi asas permohonan BKP dan BKPU.

Manakala bagi murid-murid tertanggung (penerima sedia ada), pembayaran akan dibuat bulan Mac 2015.  Oleh yang demikian, pihak tuan dipohon untuk membuat pengemaskinian data melalui Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) di alamat http://apb.moe.gov.my/  Pengemaskinian murid tertanggung boleh dilakukan pada 27 Januari hingga 28 Februari 2015.


:: KUTIPAN DATA BIASISWA KECIL NEGERI ( BKN) BAGI TAHUN 2015

Adalah dimaklumkan bahawa seperti biasa pihak sekolah diminta untuk menghantar data Biasiswa Kecil Negeri (BKN) dengan menggunakan borang senarai penerima bagi tujuan pembayaran tahun 2015. Borang yang telah lengkap (softcopy) hendaklah dihantar melalui : http://uploadbiahemjpnpp.blogspot.com/ pada atau sebelum 6 Februari 2015 (Jumaat).

Sila pastikan semua murid penerima bantuan biasiswa BKN termasuk tawaran baru 2014 dimasukkan bagi mengelak keciciran bayaran oleh Setiuasaha Kerajaan Negeri (SUK).

Muat turun Borang

:: PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2015

Berdasarkan kepada pembentangan Bajet Negara 2015, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100.00 seorang kepada semua murid yang layak dan akan mula diagihkan kepada mereka dengan kadar segera. Pihak sekolah diminta membuat semakan dengan bank masing-masing (akaun kerajaan). Sekiranya wang peruntukan telah dimasukkan, pihak tuan/puan diminta membuat bayaran mulai minggu ini mengikut tatacara kewangan semasa.

Sila gunakan  LAMPIRAN A yang dikepilkan bersama-sama surat siaran yang dihantar ke sekolah masing-masing.  Lampiran tersebut hendaklah dikembalikan kepada Pegawai HEM, Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing pada atau sebelum 20 Januari 2015.


>  Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 1 Malaysia

:: BORANG PERMOHONAN SKIM BIASISWA SUKAN 2015 KPM

Borang permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) tahun 2015 KPM.  Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacita dimaklum bahawa permohonan SBS 2015 dibuka mulai 5 Januari 2015 sehingga 30 Mac 2015.

Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan,  Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum 30 Mac 2015.

Syarat Kelayakan Skim Biasiswa Sukan 2015

  • Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK);
  • Berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan ATAU Sedang belajar di Kolej Vokasional di Tahun 1 dan 2 sahaja ATAU Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan.
  • Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM dan Liga Sukan KPM; dan
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Tarikh Tutup Permohonan :  30 Mac 2015

Muat Turun Borang