:: SEMAKAN AKAUN TAWARAN BAHARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN TAHUN 2015

Pembayaran tawaran baharu Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi negeri Pulau Pinang Tahun 2015 telah dikreditkan ke akaun murid oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pihak sekolah diminta untuk menyemak akaun murid dan seterusnya membuat tuntutan jika berlaku keciciran.  Sila kemukakan maklumat keciciran mengikut format berikut:

a)    No. Kad Pengenalan:
b)    Nama :
c)    No. BKP :
d)    No. Akaun :
e)    Tingkatan :
f)    Jumlah Keciciran :

Maklumat keciciran tersebut haruslah dihantar terus kepada Unit Hal Ehwal Murid dengan kadar segera pada atau sebelum 26 November 2015. Sila kepilkan bersama salinan semakan akaun daripada BSN. Pihak sekolah perlu bertindak segera supaya tidak berlaku keciciran kerana tiada pembayaran di bawah AP58a pada tahun hadapan.

:: PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2016

Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah bagi tahun 2016 akan diteruskan kepada semua Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan termasuk Sekolah Pendidikan Khas dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan setelah menerima surat arahan dan peruntukan daripada KPM.

Sehubungan dengan itu, pihak  sekolah diminta mengemaskini  senarai murid yang layak RMT bagi tahun 2016 mengikut kelayakan berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar 2012. Kelayakan adalah berdasarkan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM520.00 atau perkapita: RM130.00. Manakala murid OKU/Pendidikan Khas  tiada had kelayakan dan layak secara automatik.

Pihak sekolah perlu melengkapkan Lampiran B (BORANG RUMUSAN RMT 2016)  dan faks kembali ke Unit HEM, JPPP di talian  04-6521143 sebelum 30 November 2015. Pihak sekolah juga perlu memuat turun  Lampiran A (SENARAI NAMA MURID RMT)  dan emailkan kembali senarai lengkap berkenaan ke shadilahkebajikan2014@gmail.com pada atau sebelum 30 November 2015.  Sila gunakan  format MS Excel  yang dimuat turun sahaja dan  "save as" kod & nama sekolah tuan untuk memudahkan pengurusan.