:: PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2015

Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah bagi tahun 2015 akan diteruskan kepada Semua Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan termasuk Sekolah Pendidikan Khas dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan bermula pada hari pertama persekolahan.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta mengemaskini senarai murid yang layak RMT bagi tahun 2015 mengikut kelayakan terkini Paras Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar 2012 adalah tidak melebihi pendapatan: RM520.00 atau perkapita: RM130.00. Manakala murid OKU/Pendidikan Khas tiada had kelayakan kerana layak secara automatik.

Bersama-sama ini dilampirkan LAMPIRAN B (BORANG RUMUSAN RMT 2015) untuk dilengkapkan oleh pihak sekolah dan faks kembali ke Unit HEM, JPPP di talian 04-6521143 sebelum 15 Disember 2014, manakala pihak sekolah perlu memuat turun LAMPIRAN A (SENARAI NAMA MURID RMT) emailkan kembali senarai lengkap berkenaan ke shadilahkebajikan2014@gmail.com pada atau sebelum 15 Disember 2014. Sila gunakan format MS EXCEL yang dimuat turun sahaja dan Save As kod & nama sekolah tuan.

>>  Borang Permohonan RMT 2015

:: PENGEMASKINIAN MAKLUMAT MURID ORANG ASLI DI DALAM APDM

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menjalankan proses naik taraf sistem eDAMAK dan kesan daripada itu, data Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) tidak dapat diperolehi dengan tepat. JAKOA menyarankan agar permohonan KWAPM bagi tahun 2015 berdasarkan kepada data sedia ada di sekolah dan data tersebut perlu dikemukakan kepada JAKOA terlebih dahulu untuk pegesahan Status Orang Asli dan status kemiskinan KIR Orang Asli.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dipohon untuk mengemaskini data APDM dengan kadar segera kerana data tersebut akan dimuat turun oleh JAKOA untuk pengesahan dan akan digunapakai untuk proses pembayaran KWAPM tahun 2015. Pengemaskinian data APDM boleh dilakukan di laman sesawang http://apdm.moe.gov.my/.