:: PELAKSANAAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2016

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia(BKAP1M) kepada murid akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2016.  Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolah pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga murid.  Syarat kelayakan adalah murid/ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia.  Pendapatan kasar isi rumah sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah.  Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 20 Januari 2016.

Pihak sekolah dikehendaki untuk memuat turun Borang Akuan Penerimaan Bantuan Awal Persekolahan 2016 (Lampiran A) serta dikembalikan kepada pegawai HEM, Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing pada atau sebelum 14 Februari 2016.

Pihak sekolah juga boleh memuat turun surat siaran mengenai pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia dan Garis Panduan BKAP1M 2016.

Surat Siaran Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia
Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia
Lampiran A (Rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan BKAP1M)
Lampiran B (Borang Pengesahan Pendapatan)
Lampiran C (Akuan Penerimaan/Penolakan BKAP1M)

:: BIASISWA KECIL NEGERI 2016

Pihak tuan dipohon untuk menghantar data Biasiswa Kecil Negeri (BKN) dengan menggunakan borang senarai penerima bagi tujuan pembayaran tahun 2016. Borang tersebut boleh yang disediakan. Borang yang telah lengkap (softcopy) hendaklah dihantar melalui laman blog ini pada atau sebelum 5 Februari 2016 (Jumaat).

Sila pastikan semua murid penerima bantuan biasiswa BKN termasuk tawaran baru 2015 dimasukkan bagi mengelak keciciran bayaran oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang.

>> Borang BKN 2016

:: PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2016

Berikut dilampirkan maklumat pembentangan (slaid, kertas kerja, panduan dan lampiran) berkaitan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi tahun 2016 untuk rujukan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah-sekolah Pulau Pinang.
Semua bahan-bahan yang disenaraikan di bawah ini telah dibentangkan di setiap PPD bermula 19 hingga 27 Januari 2016

> Borang Persetujuan Perkhidmatan Kaunseling Terkini
> Borang2 Kaunseling
> Kajian Tindakan Amalan Terbaik Dan Inovasi
> Laporan BnK 15
> Pelaksanaan Sesi Kaunseling
> Pelaporan Data Dan Dokumentasi 2016
> Perancangan Strategik
> Sasaran Kerja Tahunan GBK
> Senarai Semak Proses Kerja PBK 2016
> Taklimat SKT
> Tumpuan Kerja PBK 2016

:: TEMPLATE KEHADIRAN MURID 2016

Jabatan Pendidikan Pulau Pinang akan membuat penambahbaikan terhadap pengiraan kehadiran murid sekolah bagi semua sekolah di negeri Pulau Pinang bagi sesi persekolahan 2016.  Penambahbaikan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan peratusan sebenar kehadiran berdasarkan jumlah murid hadir berbanding jumlah murid sebenar bagi setiap bulan.  Pengiraan kehadiran sedia ada adalah berlainan mengikut sekolah dan PPD serta mengikut kefahaman masing-masing..  Manakala kehadiran yang terdapat dalam APDM pula tidak tepat kerana masih terdapat sekolah yang tidak mengisi kehadiran seperti yang diperlukan.

Oleh yang demikian, pihak jabatan telah menyediakan "template" pengiraan kehadiran bagi mendapatkan standard pengiraan serta memudahkan pihak sekolah untuk membuat pengiraan sebenar.  Pihak tuan perlu mengisi kehadiran bagi setiap akhir bulan serta membuat cetakan lampiran pengesahan.  Lampiran pengesahan yang telah ditandatangani perlu dihantar ke PPD masing-masing sebelum 5hb. setiap bulan.

Bersama-sama ini dikepilkan "template" berkenaan untuk tindakan pihak tuan.

>>  Muat turun

:: SKIM BIASISWA ANAK PEKEBUN KECIL RISDA TAHUN 2016

Pengurusan RISDA menyediakan Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil RISDA.  Skim ini merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil dari keluarga berpendapatan rendah serta berpotensi dan berdaya maju dalam bidang akademik.

Anak-anak pekebun kecil yang berjaya akan diberikan elaun saku sebanyak RM500 setahun (secara one-off) serta berpeluang mengikuti program-program pembangunan yang dianjurkan oleh RISDA bagi meningkat tahap intelektual dan prestasi diri mereka.

Syarat kelayakan untuk skim biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada anak pekebun kecil yang masih bersekolah di Tingkatan Lima pada Tahun 2016.
  • Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 4C daripada 5 mata pelajaran teras semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan Empat.
  • Menyertai kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
  • Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada pihak lain.

>>  Muat turun Borang