:: SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR NASIONAL(SANTUN) TAHUN 2015

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah memperkenalkan Skim SANTUN bermula pada tahun 2006 dengan matlamat utama membantu meringankan bebanan anak-anak yatim/miskin lepasan SPM  serta berpeluang menyambung pelajaran mereka ke institusi pendidikan tinggi. Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia(BPSH, KPM) telah memberikan kebenaran kepada YaPEIM untuk bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendapatkan senarai calon bagi skim ini.

Oleh yang demikian, pihak sekolah dipohon untuk mencalonkan murid-murid dari/lepasan sekolah tuan yang layak dipertimbangkan mengikut skim SANTUN yang ditawarkan iaitu:

a.  SANTUN Junior  (Lepasan PT3 2014)
b.  SANTUN 1 Malaysia (Lepasan SPM 2014)
c.  SANTUN Nasional (Lepasan SPM 2014)

Sila rujuk kriteria pemilihan pencalonan bagi setiap skim sebelum membuat permohonan. Pencalonan hendaklah dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 24 April 2015

Muat Turun
>> Kriteria Pemilihan
>> SANTUN Junior
>> SANTUN 1 Malaysia
>> SANTUN Nasional

Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi murid-murid yang mencapai keputusan cemerlang dalam PT3 2014.

Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti murid-murid yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank.  Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang murid-murid di kawasan luar bandar di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.

Kriteria pencalonan murid-murid adalah seperti berikut.
     a. Warganegara Malaysia
     b. Pencapaian keputusan cemerlang sekurang-kurang 7A dalam PT3 2014
     c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
     d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
     e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

Sila muat turun borang berkaitan serta kembalikan borang yang telah lengkap bersama-sama dokumen berkaitan dengan kadar segera kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 26hb. Mac 2015.  Borang yang dihantar lewat daripada tarikh tidak akan dilayan. Jabatan pendidikan akan membuat senarai pendek untuk pencalonan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia 2015 kepada Bank Negara Malaysia.

>>  Borang Bank Negara 2015

:: BIASISWA RMHC 2015

Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa kepada murid-murid yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1.  Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2015
2.  Pendapatan tidak melebihi RM1500
3.  Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4.  Aktif ko kurikulum & sukan
5.  Rekod disiplin yang baik.

Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2 orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun fail berkaitan.  Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 27 Mac 2015 jam 12.00 tengahari.  Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.

>> Borang Permohonan
>> Lampiran Berkaitan