:: KWAPM 2015 SECARA ATAS TALIAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.

Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).

Pada tahun 2015 pihak sekolah dikehendaki mengemaskini maklumat penerima bantuan KWAPM secara atas talian.  Pengetua / Guru Besar tidak perlu didaftarkan ke dalam APB. Maklumat diambil terus daripada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) - Modul Pengurusan Guru (eOPERASI) .Manakala Guru KWAPM perlu didaftarkan ke dalam eOPERASI oleh Pengetua / Guru Besar.  Untuk mengekses aplikasi APB sila lawati http://sps.moe.gov.my/utama.php 
Menggunakan link  “Ke Pengurusan Bantuan” yang telah diwujudkan dalam Modul Pengurusan Murid


Peranan Guru KWAPM
> Kemaskini permohonan KWAPM melalui APB.
> Sahkan kewujudan murid eKASIH di sekolah melalui APB.
> Maklum kepada Pengetua/Guru Besar untuk semak dan  sahkan permohonan yang dikemaskini oleh Guru KWAPM.
> Semak dan cetak senarai murid yang diluluskan permohonan KWAPM/eKASIH/eDAMAK.



Peranan Guru Besar / Pengetua
> Pantau kemaskini permohonan yang dibuat oleh Guru KWAPM.
> Sokong/Peraku permohonan yang selesai dikemaskini oleh Guru KWAPM melalui APB.
> Semak dan kemaskini maklumat akaun bank sekolah di dalam APB


Muat Turun Manual Pengguna :
>> KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Guru KWAPM)

>> KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Pengetua dan Guru Besar)

:: TAKLIMAT PENGURUSAN BIASISWA SERTA PENGEMASKINIAN DATA APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)

Taklimat mengenai pengurusan biasiswa serta pengemaskinian data aplikasi APB akan diadakan seperti berikut:

a.  Sekolah-sekolah di PPD Barat Daya dan Timur Laut
    Tarikh :  10hb. Februari 2015 (Selasa)
    Masa   :  8.30 – 4.00 petang
    Tempat :  Dewan SMK Sg Ara, Jalan Dato’ Hj Ismail Hashim,
           11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

b.  Sekolah-sekolah di PPD Utara, Tengah dan Selatan
    Tarikh :  11hb. Februari 2015 (Rabu)
    Masa   :  8.30 – 4.00 petang
    Tempat :  Bilik Mesyuarat, PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Proses pengemaskinian data APB akan dibuat secara atas talian. Oleh yang demikian, guru biasiswa terlibat diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk menghadiri taklimat tersebut.