:: JAWATAN KUASA BANTUAN MURID SEKOLAH (JKBMS)

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2006 : Garis Panduan Pelaksanaan Borang Maklumat Murid Bagi Tujuan Agihan Bantuan Kepada Murid Warganegara Malaysia di Sekolah Kerajaan dan di Sekolah Bantuan Kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan penubuhan Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah (JKBMS) di semua sekolah bermula Januari 2007. Bersekali dengan pelaksanaan Borang Maklumat Murid (BMM), jawatankuasa-jawatankuasa bantuan yang berasingan di peringkat sekolah hendaklah disatukan sebagai Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah.

Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar. Setiausaha adalah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Manakala keahlian adalah terdiri daripada kalangan guru, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah (PIBG) dari kalangan ibu bapa dan pihak lain seperti yang ditetapkan oleh surat pekeliling yang berkuatkuasa mengenai bantuan yang termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pihak sekolah diminta untuk menghantar senarai nama jawatankuasa (JKBMS) 2008 berserta minit mesyuarat kali pertama ke Unit HEM, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang pada atau sebelum 18 April 2008