Sila muat turun fail-fail berkaitan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2013 seperti yang berikut:
1. Borang Permohonan RMT 2013 (Individu)
2. Lampiran A (Sila lengkapkan dan emel kembali kepada penyeliakebajikan@gmail.com pada atau sebelum 14 Disember 2012).
3. Lampiran B (Sila lengkapkan dan fax ke Unit HEM 04-6521143 pada atau sebelum 07 Disember 2012)
Maklumat tambahan:
1. Mulai tahun 2013, Had Kelayakan RMT ialah Pendapatan: RM460.00 atau perkapita RM110.00 (PGK Miskin Tegar terkini)
2. Murid-murid Pendidikan Khas yang layak dan berada di Sekolah Pendidikan Khas juga boleh memohon.
3. Murid-murid RMT yang berpindah sekolah selepas hari pertama persekolahan, peruntukan akan diturunkan di sekolah asal. Sekolah asal perlu memaklumkan kepada sekolah baharu tentang murid RMT tersebut di dalam Borang Pertukaran Murid.
4. Murid Ganti RMT TIDAK BOLEH menggantikan Murid RMT yang telah berpindah sekolah. Murid Ganti RMT hanya untuk Murid RMT yang TIDAK HADIR pada hari yang berkenaan sahaja. Jika layak RMT, sila senaraikan beliau di dalam Pelarasan RMT kemudian.
Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Penyelia Kanan Kebajikan HEM di talian 04-652 1038 /1021 atau 012-567 7912
:: TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2012
Posted by Hal Ehwal Murid at 12:29:00 AMPada tahun ini, KPM telah meluluskan permohonan sebanyak 4202 orang
murid bagi negeri Pulau Pinang untuk tawaran baru bagi tahun 2012.
Kelulusan permohonan pada tahun ini juga bergantung kepada markah minima
65%.
Jabatan Pelajaran Negeri telah mengeluarkan surat tawaran kepada semua........
<< Bacaan seterusnya
Pemantauan Pengurusuan BKP dan BKPU akan diadakan di sekolah terpilih
bagi memastikan semua prosedur penguruan BKP dan BKPU dilaksanakan
dengan teratur dan mematuhi semua peraturan kewangan yang sedang berkuat
kuasa.
Semasa pemantauan dijalankan, setiap proses
dalam pengurusan biasiswa akan disemak dan perlaporan akan dibuat agar
pihak sekolah dapat mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan.
Perkara-perkara yang akan dipantau termasuklah:
a. Penyemakan fail-fail pengurusan BKP/BKPU
b. Semakan terhadap borang permohonan biasiswa dan dokumen yang berkaitan
Pihak sekolah boleh memuatturun instrumen pemantauan (Lampiran T) yang berkaitan.
:: BATAL : Bengkel Pengurusan Biasiswa kepada Guru Biasiswa Baru
Posted by Hal Ehwal Murid at 3:50:00 PMBengkel Pengurusan Biasiswa kepada Guru Biasiswa Baru yang dijangka akan diadakan pada 4 - 6 September 2012 dibatalkan kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. Bengkel ini mungkin akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
:: SEMAKKAN DATA PERMOHONAN BIASISWA (BKPU) ONLINE BAGI TINGKATAN 6 RENDAH
Posted by Hal Ehwal Murid at 11:08:00 PMPihak sekolah boleh membuat semakan data bagi permohonan online bermula 30 Julai hingga....
<< Bacaan seterusnya
:: PERINGATAN : MEMASUKAN DATA PENERIMAAN BUKU TEKS CETAKAN SEMULA KEGUNAAN TAHUN 2013 KE DALAM eMATEKS
Posted by Hal Ehwal Murid at 3:20:00 PMDimaklumkan bahawa Sub Unit SPBT sedang memantau pembekalan buku cetak semula (BCS) kegunaan 2013 oleh penerbit. Laporan status pembekalan adalah berdasarkan maklumat daripada EMATEKS. Oleh itu Sub Unit SPBT amat berharap agar pihak sekolah mengisi maklumat penerimaan buku teks dalam eMATEKS sebaik sahaja buku sampai di sekolah. Peratus sekolah yang telah memasukkan maklumat penerimaan dalam aplikasi eMATEKS masih rendah. Sehubungan itu kerjasama pihak tuan/puan dipohon untuk memasukkan maklumat penerimaan bekalan buku teks dari penerbit/pengedar dalam aplikasi eMATEKS dengan kadar segera.
Segala kerjasama dan tindakan pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai.
>> Aplikasi eMATEKS
HJ RUBIKA BIN GHAZALI
Penyelia Kanan SPBT
Unit Hal Ehwal Murid
JPN Pulau Pinang
Mesyuarat Pengurusan Biasiswa Peringkat Negeri Tahun 2012 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Daerah Tarikh Masa Tempat
Pulau 28/06/2012 8.30 - 4.30 ptg SMK Air Itam, 11500 Air Itam, Pulau Pinang
Seberang Perai 29/06/2012 8.30 - 4.30 ptg PPD Selatan, Pulau Pinang
Permohonan online Zon 3 yang dijangkakan pada 7 - 13 Mei 2012 telah ditunda pada tarikh....
<< Bacaan seterusnya.
