Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah memperkenalkan Skim SANTUN bermula pada tahun 2006 dengan matlamat utama membantu meringankan bebanan anak-anak yatim/miskin lepasan SPM serta berpeluang menyambung pelajaran mereka ke institusi pendidikan tinggi. Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia(BPSH, KPM) telah memberikan kebenaran kepada YaPEIM untuk bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendapatkan senarai calon bagi skim ini.
Oleh yang demikian, pihak sekolah dipohon untuk mencalonkan murid-murid dari/lepasan sekolah tuan yang layak dipertimbangkan mengikut skim SANTUN yang ditawarkan iaitu:
a. SANTUN Junior (Lepasan PT3 2014)
b. SANTUN 1 Malaysia (Lepasan SPM 2014)
c. SANTUN Nasional (Lepasan SPM 2014)
Sila rujuk kriteria pemilihan pencalonan bagi setiap skim sebelum membuat permohonan. Pencalonan hendaklah dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 24 April 2015
Muat Turun
>> Kriteria Pemilihan
>> SANTUN Junior
>> SANTUN 1 Malaysia
>> SANTUN Nasional
:: SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR NASIONAL(SANTUN) TAHUN 2015
Posted by Hal Ehwal Murid at 9:53:00 AM:: PENCALONAN MURID-MURID CEMERLANG PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014 UNTUK SKIM BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA 2015
Posted by Hal Ehwal Murid at 3:14:00 PMAdalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi murid-murid yang mencapai keputusan cemerlang dalam PT3 2014.
Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti murid-murid yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank. Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang murid-murid di kawasan luar bandar di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.
Kriteria pencalonan murid-murid adalah seperti berikut.
a. Warganegara Malaysia
b. Pencapaian keputusan cemerlang sekurang-kurang 7A dalam PT3 2014
c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.
Sila muat turun borang berkaitan serta kembalikan borang yang telah lengkap bersama-sama dokumen berkaitan dengan kadar segera kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 26hb. Mac 2015. Borang yang dihantar lewat daripada tarikh tidak akan dilayan. Jabatan pendidikan akan membuat senarai pendek untuk pencalonan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia 2015 kepada Bank Negara Malaysia.
>> Borang Bank Negara 2015
Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa kepada murid-murid yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1. Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2015
2. Pendapatan tidak melebihi RM1500
3. Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4. Aktif ko kurikulum & sukan
5. Rekod disiplin yang baik.
Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2 orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun fail berkaitan. Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 27 Mac 2015 jam 12.00 tengahari. Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.
>> Borang Permohonan
>> Lampiran Berkaitan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.
Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).
Pada tahun 2015 pihak sekolah dikehendaki mengemaskini maklumat penerima bantuan KWAPM secara atas talian. Pengetua / Guru Besar tidak perlu didaftarkan ke dalam APB. Maklumat diambil terus daripada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) - Modul Pengurusan Guru (eOPERASI) .Manakala Guru KWAPM perlu didaftarkan ke dalam eOPERASI oleh Pengetua / Guru Besar. Untuk mengekses aplikasi APB sila lawati http://sps.moe.gov.my/utama.php
Menggunakan link “Ke Pengurusan Bantuan” yang telah diwujudkan dalam Modul Pengurusan Murid
Peranan Guru KWAPM
> Kemaskini permohonan KWAPM melalui APB.
> Sahkan kewujudan murid eKASIH di sekolah melalui APB.
> Maklum kepada Pengetua/Guru Besar untuk semak dan sahkan permohonan yang dikemaskini oleh Guru KWAPM.
> Semak dan cetak senarai murid yang diluluskan permohonan KWAPM/eKASIH/eDAMAK.
Peranan Guru Besar / Pengetua
> Pantau kemaskini permohonan yang dibuat oleh Guru KWAPM.
> Sokong/Peraku permohonan yang selesai dikemaskini oleh Guru KWAPM melalui APB.
> Semak dan kemaskini maklumat akaun bank sekolah di dalam APB
Muat Turun Manual Pengguna :
>> KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Guru KWAPM)
>> KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Pengetua dan Guru Besar)
:: TAKLIMAT PENGURUSAN BIASISWA SERTA PENGEMASKINIAN DATA APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)
Posted by Hal Ehwal Murid at 11:18:00 AMTaklimat mengenai pengurusan biasiswa serta pengemaskinian data aplikasi APB akan diadakan seperti berikut:
a. Sekolah-sekolah di PPD Barat Daya dan Timur Laut
Tarikh : 10hb. Februari 2015 (Selasa)
Masa : 8.30 – 4.00 petang
Tempat : Dewan SMK Sg Ara, Jalan Dato’ Hj Ismail Hashim,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
b. Sekolah-sekolah di PPD Utara, Tengah dan Selatan
Tarikh : 11hb. Februari 2015 (Rabu)
Masa : 8.30 – 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Proses pengemaskinian data APB akan dibuat secara atas talian. Oleh yang demikian, guru biasiswa terlibat diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk menghadiri taklimat tersebut.
:: PROGRAM PENINGKATAN PROFESSIONALISME BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH : FORUM GENERASI STRAWBERI
Posted by Hal Ehwal Murid at 4:12:00 PMUnit HEM, JPPP dengan kerjasama International Medical Universiti akan menganjurkan program di atas seperti berikut:
Tarikh : 27 Januari 2015 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 1.30 petang
Tempat : Hotel Eastin, Pulau Pinang
Sehubungan dengan itu, seorang guru Kaunseling sekolah tuan dipohon untuk hadir menyertai program tersebut. Makan, minum dan pengangkutan disediakan.
Tempat menunggu bas:
PPD Utara : 7.30 pagi ( guru PPDU)
PPD Selatan : 7.30 pagi ( guru PPDS)
Masjid Sbg Jaya : 8.00 pagi ( guru PPDT/PPDS)
Muatturun Surat Berkaitan
:: PENGURUSAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2015
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:57:00 AM:: PENGURUSAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2015
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:56:00 AM:: KUTIPAN DATA BIASISWA KECIL NEGERI ( BKN) BAGI TAHUN 2015
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:13:00 AMAdalah dimaklumkan bahawa seperti biasa pihak sekolah diminta untuk menghantar data Biasiswa Kecil Negeri (BKN) dengan menggunakan borang senarai penerima bagi tujuan pembayaran tahun 2015. Borang yang telah lengkap (softcopy) hendaklah dihantar melalui : http://uploadbiahemjpnpp.blogspot.com/ pada atau sebelum 6 Februari 2015 (Jumaat).
Sila pastikan semua murid penerima bantuan biasiswa BKN termasuk tawaran baru 2014 dimasukkan bagi mengelak keciciran bayaran oleh Setiuasaha Kerajaan Negeri (SUK).
Muat turun Borang
:: PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2015
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:23:00 AMBerdasarkan kepada pembentangan Bajet Negara 2015, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100.00 seorang kepada semua murid yang layak dan akan mula diagihkan kepada mereka dengan kadar segera. Pihak sekolah diminta membuat semakan dengan bank masing-masing (akaun kerajaan). Sekiranya wang peruntukan telah dimasukkan, pihak tuan/puan diminta membuat bayaran mulai minggu ini mengikut tatacara kewangan semasa.
Sila gunakan LAMPIRAN A yang dikepilkan bersama-sama surat siaran yang dihantar ke sekolah masing-masing. Lampiran tersebut hendaklah dikembalikan kepada Pegawai HEM, Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing pada atau sebelum 20 Januari 2015.
