SMM versi 4.5 percubaan boleh dimuatturun melalui link di bawah
< Aplikasi
< Powerpoint.
Satu mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid kepada Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Daerah Barat Daya dan Timur Laut:
Tarikh : 21 September 2011 (Rabu)
Masa : 8.00 - 5.00 petang.
Tempat : Bilik Gerakan, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
Daerah Seberang Perai
Tarikh : 22 September 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 - 5.00 petang.
Tempat : SMK Gemilang, Pulau Pinang.
Sehubungan itu, semua PK HEM sekolah menengah Pulau Pinang dijemput hadir ke taklimat tersebut mengikut daerah masing-masing.
Satu mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid kepada Penolong Kanan HEM Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Daerah Barat Daya dan Timur Laut:
Tarikh : 27 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 8.00 - 5.00 petang.
Tempat : SJK (C) Union, Pulau Pinang
Daerah Seberang Perai
Tarikh : 28 Julai 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 - 5.00 petang.
Tempat : SM (Sains) Kepala Batas, Pulau Pinang.
Sehubungan itu, semua PK HEM sekolah rendah Pulau Pinang dijemput hadir ke mesyuarat tersebut mengikut daerah masing-masing.
Pihak sekolah diminta untuk membuat semakan data untuk Permohonan Biasiswa Online.
Untuk maklumat lanjut >>>>
Tawaran Biasiswa Bank Negara Malaysia 2011 RM2,000.00 sebulan.
Untuk maklumat lanjut >>>>>>>>>>
Kutipan data Sistem Maklumat Murid berasaskan maklumat 31 Januari 2011 akan dikutip menggunakan versi “upgrade” SMM versi 4.5 (Pulau Pinang).
Pihak sekolah boleh memuat turun versi tersebut serta membuat semakan data, mencetak lampiran pengesahan SMM (Muka surat 1 dan 2) dan menghantar cetakan tersebut bersama-sama disket/CD data SMM ke Unit HEM PPD masing-masing pada atau sebelum 10 Februari 2011.
Sekolah telah membuat proses rayuan ke Tingkatan 1 sebelum sesi persekolahan 2011 bermula. Di dalam aplikasi rayuan tersebut terdapat kemudahan mengeksport data SMM versi 4
Data tersebut boleh digunakan untuk kemasukan murid-murid Tingkatan 1. Guru-guru tidak perlu lagi mengisi nama/maklumat murid berkaitan.
Walau bagaimanapun untuk penggunaan bersama SMM versi 4.5 ini , pihak sekolah perlu menukar nama fail yang dieksport tersebut ( DataD6T1) kepada DataHEM. Selain daripada itu, fail tersebut boleh diekstrak ke dalam folder HEM kemudian dijalankan proses gabung.
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan Sistem Maklumat Murid versi 4.5
Versi ini hanya untuk kegunaan negeri Pulau Pinang sahaja.
Tidak dapat pertambahan data dari versi 4.0 (masih mengekalkan data lama)
Ciri-ciri upgrade:
a. Log masuk menggunakan Pengguna dan Kata Laluan.
b. Kawalan keselamatan data. Tahap pengguna untuk menghapuskan data.
c. Paparan utama berserta maklumat aplikasi dan pengguna.
d. Kemudahan semakan data terutama bantuan yang diterima oleh murid.
e. Paparan cetakan untuk JPN/PPD.
f. Kemudahan import/eksport mengikut lokasi/folder pilihan.
g. Kemudahan tambahan
i. Senggara Akaun Pengguna
ii. Tukar Kata Laluan
iii.Tukar Pengguna
iv. Tukar Sumber Data
Terdapat 2 aplikasi :
a.Versi upgrade – Tidak memadam data sedia ada
b.Versi baru – Akan memadam data sedia ada
Komputer anda perlu berada di dalam status “administrator” untuk membolehkan anda menjalankan proses eksport dan import.
Untuk pengguna yang menggunakan access 2007 ke atas sila dapatkan panduan pengguna yang dibekalkan di dalam CD SMM versi 4.0
Untuk maklumat lanjut >>>>>>>>>>
Netbook 1Malaysia merupakan projek penting di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) bagi mencapai sasaran penebusan jalur lebar pada kadar 50 peratus menjelang akhir 2010. Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Pemberian Perkhidmatan Sejagat telah memperuntukkan Netbook 1Malaysia untuk diagihkan kepada murid sekolah menengah yang berkelayakan supaya mendapat akses Internet jalur lebar.
Pemberian netbook Negeri Pulau Pinang dijangkakan selewat-lewatnya bulan Oktober 2010.
1. Pemberian Netbook adalah berdasarkan mukim/kawasan-kawasan yang telah diwartakan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.
2. Terdiri daripada 11 Mukim di Pulau Pinang.
3. Peruntukan netbook adalah sebanyak 11,377 buah.
4. Mukim/Kawasan terlibat:
Mukim Kawasan Daerah
Mukim 11 (Telok Kumbar) BD
Mukim 7 (Kerian) SPS
Mukim 11 (Nibong Tebal) SPS
Mukim 9 (Permatang Keling/ Permatang Tok Mahat) SPS
Mukim 20 (Kubang Hulu/ Penanti) SPT
Mukim 11 (Merbau Kudong/ Lahar Yooi) SPU
Mukim 8 (Ara Rendang/ Permatang Hj Hassan) SPU
Mukim 9 (Bagan Lebai Tahir) SPU
Mukim 12 (Tasik Gelugor) SPU
Mukim 3 (Paya Keladi/ Pinang Tunggal) SPU
Mukim 7 (Teluk Air Tawar) SPU
5. Syarat-syarat kelayakan murid.
• Pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM3000.( Tiga Ribu Ringgit Malaysia Sahaja)
• Pelajar Sekolah Menengah sahaja. Bersih dari masalah disiplin dan baik akademik.
• Hanya satu netbook untuk satu rumah.
• Masih tiada pemilikan komputer dan jalur lebar di rumah.
• Tinggal di dalam mukim yang telah ditetapkan.
SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT
PEA1211 SMK TELOK KUMBAR
PEA3033 SMK RAJA TUN UDA
PEA3035 SMK BATU MAUNG
PEA3037 SMK TELOK KUMBAR II
PEB3038 SMK SUNGAI ARA
PFT3001 SMA MAAHAD AL MASHOOR AL ISLAMI
PEA4001 SMK SUNGAI ACHEH
PEA4003 SMK SERI NIBONG
PEA4005 SMK JAWI
PEA4007 SMK SAUJANA INDAH
PEB4038 SMK METHODIST (M)
PEE4037 SMK TUNKU ABDUL RAHMAN
PKA4001 SMT NIBONG TEBAL
PRA4001 SMKA NIBONG TEBAL
PEA0003 SMK GUAR PERAHU
PEA0009 SMK MENGKUANG
PEA0018 SMK GUAR PERAHU INDAH
PEE0041 SMK PENANTI
PFT0001 SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 2
PEA0016 SMK PERMATANG PASIR
PFT0003 SM ISLAM AL-MASRIYAH
PEA2051 SMK PERMATANG TOK JAYA
PEA2052 SMK DATUK HAJI AHMAD SAID
PEA2053 SMK DATUK ONN
PEA2054 SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI
PEA2057 SMK TELOK AIR TAWAR
PEA2058 SMK PAYA KELADI
PEA2084 SMK POKOK SENA
PEA2085 SMK KAMPONG SELAMAT
PEA2086 SMK BERTAM INDAH
PEA2087 SMK KEPALA BATAS
PEA2089 SMK DESA MURNI
PEA2090 SMK GEMILANG
PEB2062 SMK ST MARK (M)
PEE2056 SMK BAKTI
PFT2001 SMA DAERATUL MA'ARIFIL WATANIAH 1
PFT2004 MADRASAH KHAIRIAH ISLAMIAH
PKE2057 SMV BUTTERWORTH
