Adalah dimaklumkan bahawa seperti biasa, pihak sekolah dikehendaki
mengemas kini maklumat murid penerima biasiswa (BKP, BKPU dan BKN) di
dalam Sistem Pengurusan Biasiswa untuk pembayaran bagi tahun 2013. Data
yang telah dikemas kini perlu dieksport dan dimuat naik / upload pada
atau sebelum 12 Februari 2013 (Selasa).
Data
boleh dihantar sama ada menggunakan versi 3 atau versi 4. Di samping
itu, pihak sekolah seharusnya telah mengedarkan borang permohonan
biasiswa berserta syarat-syarat kelayakan kepada pelajar yang ingin
memohon biasiswa bagi tahun 2013. Sila kutip semula borang permohonan
tersebut selewat-lewatnya pada 11 Mac 2013. Borang
tersebut perlu melalui proses tapisan dan saringan. Senarai pendek
permohonan hendaklah dikemukakan secara online yang akan dibuka pada 29 April – 5 Mei 2013 nanti
Penggunaan Aplikasi Sistem Pengurusan Biasiswa (SPB)Versi 4.0 terpaksa dibatalkan.
Pembatalan ini adalah disebabkan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengeluarkan versi atas talian / online tidak lama lagi (tahun 2013)
Walau bagaimanapun pengguna boleh menggunakannya untuk sementara waktu untuk memudahkan proses eksport dan beberapa kemudahan lain disediakan. Pengguna boleh mengeksport data sedia ada kemudian mengeksport kemudian mengeksport semula data tersebut ke dalam aplikasi sedia ada.
Aplikasi SPB versi 4
Pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat murid penerima biasiswa (BKP, BKPU, BS dan BKN) di dalam Sistem Pengurusan Biasiswa untuk pembayaran bagi tahun 2013. Pada tahun ini, pihak sekolah perlu mengemas kini data menggunakan Aplikasi Pengurusan Biasiswa versi terbaharu (versi 4) yang boleh dimuat turun melalui laman ini. Data yang telah dikemas kini perlu dieksport dan dimuat naik / upload melalui laman berkenaan pada atau sebelum 6 Februari 2013 (Rabu).
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Sila pastikan semua maklumat murid penerima bantuan biasiswa (BKP, BKPU, BS dan BKN) dimasukkan ke dalam sistem. Pada tahun ini penerima Biasiswa Sukan juga perlu dimasukkan ke dalam sistem bagi tujuan pemantauan. Cetak Maklumat Pengesahan Data melalui sistem untuk menyemak senarai murid serta menghantar cetakan tersebut setelah dibuat pengesahan oleh Pengetua Sekolah kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dengan kadar segera. Sekiranya pihak sekolah gagal memastikan kesahan data serta terdapat murid yang tiada di dalam sistem, ini akan menyebabkan keciciran pembayaran kepada murid berkenaan.
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Di samping itu, pihak sekolah juga seharusnya telah mengedarkan borang permohonan biasiswa berserta syarat-syarat kelayakan kepada pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi tahun 2013. Sila kutip semula borang permohonan tersebut selewat-lewatnya pada 11 Mac 2013. Borang tersebut perlu melalui proses tapisan dan saringan. Senarai pendek permohonan hendaklah dikemukakan secara online yang akan dibuka pada 29 April – 5 Mei 2013 nanti. Permohonan pada tahun ini akan berdasarkan data APDM tahun semasa.
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Muat turun aplikasi...
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang di dalam PMR 2012. Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa BNM.
Pihak jabatan ingin meminta kerjasama daripada pihak sekolah untuk mencalonkan dua orang (2) orang sahaja pelajar cemerlang bagi setiap sekolah berdasarkan kepada keputusan PMR 2012 untuk disenarai pendek bagi menjalani proses penilaian dan temuduga. Untuk makluman tuan/puan, kriteria-kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Pencapaian keputusan cemerlang dalam PMR 2012 sekurang-kurangnya 7A;
(c) Penglibatan aktif dlm aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara/negeri/daerah/sekolah
(d) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan; dan
(e) Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak
Pihak Bank Negara memerlukan senarai nama tersebut pada atau sebelum 17 Januari 2013. Oleh itu, pihak Jabatan akan mengemukakan sepuluh (10) pelajar terawal serta paling berkelayakan yang mengemukakan pencalonan. Sila download borang di bawah, lengkapkan kemudian email kepada amatsazali@yahoo.com dengan kadar segera. Borang cetakan yang telah ditandatangani boleh dihantar pada minggu yang berikutnya pada atau sebelum 24 Januari 2013 di Unit Hal Ehwal Murid, untuk perhatian Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa.
Download Borang.
Perhatian kepada semua Pengetua dan Guru Besar,
Sila muat turun fail-fail berikut:
1. Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 (Semua Sekolah Menengah & Rendah)
2. Surat Siaran RMT 2013 (Sekolah Rendah sahaja)
Kerjasama tuan adalah dipohon untuk mencetak Garis Panduan dan Surat Siaran berkenaan untuk simpanan.
Berikut adalah Aplikasi Sistem Maklumat Murid versi 4.5 (Pulau Pinang) untuk kegunaan Tahun 2013. Aplikasi ini terdapat dalam 2 set menggunakan MS Access 2003 dan MS Access 2007/2010.
Sila download mengikut keperluan aplikasi Microsoft Access anda.
>> Microsoft Access 2003
>> Microsoft Access 2007
Proses menginstall aplikasi akan menyebabkan kehilangan data. Oleh itu, sebelum anda menginstall aplikasi tersebut pastikan anda membuat backup data terlebih dahulu. (Salin/copy SMMDATA ke dalam pendrive atau mana-mana folder. Kemudian delete pada fail SMMAPP. Selepas itu baru install baru)
Pihak sekolah dikehendaki mengemaskini data Sistem Maklumat Murid dan menghantar data (berasaskan data pada 31 Januari 2013) pada atau sebelum 7 Februari 2013. Untuk maklumat lanjut sila email kepada : amatsazali@yahoo.com