:: SKIM BIASISWA BANK NEGARA 2013

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang di dalam PMR 2012. Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa BNM.
Pihak jabatan ingin meminta kerjasama daripada pihak sekolah untuk mencalonkan dua orang (2) orang sahaja pelajar cemerlang bagi setiap sekolah berdasarkan kepada keputusan PMR 2012 untuk disenarai pendek bagi menjalani proses penilaian dan temuduga. Untuk makluman tuan/puan, kriteria-kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut :

       (a)   Warganegara Malaysia;
       (b)   Pencapaian keputusan cemerlang dalam PMR 2012 sekurang-kurangnya 7A;
       (c)   Penglibatan aktif dlm aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara/negeri/daerah/sekolah
       (d)   Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan; dan
       (e)   Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak

Pihak Bank Negara memerlukan senarai nama tersebut pada atau sebelum 17 Januari 2013.  Oleh itu, pihak Jabatan akan mengemukakan sepuluh (10) pelajar terawal serta paling berkelayakan yang mengemukakan pencalonan.  Sila download borang di bawah, lengkapkan kemudian email kepada amatsazali@yahoo.com dengan kadar segera.  Borang cetakan yang telah ditandatangani boleh dihantar pada minggu yang berikutnya pada atau sebelum 24 Januari 2013 di Unit Hal Ehwal Murid, untuk perhatian Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa.

Download Borang.