:: GUIZHOU GOVERMENT SCHOLARSHIP FOR SOUTHEAST ASIA 2016

Kerajaan Guizou (Republic Rakyat China) ingin menawarkan Biasiswa kepada 55 orang pelajar dari Asia Tenggara yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Wilayah Guizhou bagi Tahun Akademik 2016.  Biasiswa ini dibiayai oleh Kerajaan Guizhou yang diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Guizhou.


Biasiswa ini terbahagi kepada 2 kategori :
>  Biasiswa Penuh (5 orang)
>  Biasiswa Separa (50 orang)

Tarikh tutup permohonan  25 Jun 2016 

Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan dokumen lengkap mengenai Biasiswa ini yang mengandungi maklumat berkaitan biasiswa, syarat kelayakan permohon, prosedur pemilihan, borang permohonan serta prosedur permohonan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh diemel kepada secretariat@seameo.org




:: SPBT 2016

Berikut disediakan borang contoh dan borang kosong SPBTG dalam bentuk excel bersaiz A4, Instrumen Pemantauan Kendiri Pengurusan Buku Teks dan borang pelupusan.
Diharap guru-guru dapat menjalankan Pengurusan SPBT dengan lebih mudah.
Borang maklumat guru perlu diemelkan kepada suraiza@jpnpp.edu.my


01 Borang G Pindaan (Kosong)
01 Borang G Pindaan (Contoh)
Instrumen Pemantauan Kendiri Pengurusan Buku Teks
Pelupusan
Maklumat Guru

:: PEMOHONAN BIASISWA KECIL NEGERI TAHUN 2016

Pada tahun ini permohonan bagi Biasiswa Kecil Negeri (BKN) akan dibuat melalui penghantaran data oleh pihak sekolah.  Permohonan boleh menggunakan borang pemohonan BKP sedia ada. Ini memandangkan permohonan BKP/BKPU telah ditangguh sementara waktu sehingga dimaklumkan oleh pihak KPM.

Data permohonan BKN (softcopy) perlu dihantar dengan menggunakan format lampiran khas yang boleh dimuat turun dan dihantar melalui dari laman blog ini pada atau sebelum 6 Mei 2016. Kegagalan pihak sekolah menghantar data akan menyebabkan tiada tawaran Biasiswa Kecil Negeri akan dibuat kepada murid-murid sekolah tuan.

>> Lampiran Permohonan BKN

:: PROGRAM BIASISWA RMHC

Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa kepada murid-murid yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1.  Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2016
2.  Pendapatan tidak melebihi RM1500
3.  Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4.  Aktif ko kurikulum & sukan
5.  Rekod disiplin yang baik.

Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2 orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun fail berkaitan. 

Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 19 April 2016 jam 12.00 tengahari.  Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.

:: PROGRAM PENERAJU TUNAS GELIGA TAJAAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

Surat Makluman berkaitan Program Peneraju Tunas Geliga KPM : KPMSP 600-10/22/6 Jld 13 (3) bertarikh 14hb. Mac 2016 adalah dirujuk.

Program Peneraju Tunas Geliga adalah program biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang mensasarkan murid-murid lepasan UPSR yang berpotensi daripada isi rumah berpendapatan rendah dan latar belakang yang mencabar. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalin kerjasama dengan Yayasan Peneraju sejak tahun 2015.  Penyaluran wang biasiswa adalah melalui Akaun Sumbangan Wang Awam (SUWA).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Bilangan 1/2016 yang dipengerusikan oleh Ybhg. Tan Sri KSU, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 11 Februari 2016 telah memutuskan supaya guru yang mengendalikan biasiswa di sekolah hendaklah menguruskan biasiswa oleh Yayasan Peneraju.  Guru Biasiswa perlu memantau penggunaan biasiswa tersebut dan mengemukakan laporan penyata kewangan tahunan selewatnya pada hujung bulan Oktober setiap tahun.  Contoh laporan boleh dimuat turun di laman sesawang yayasanpeneraju.com.my

Pihak sekolah juga dimohon untuk mengemukakan kepada KPM dan Jawatankuasa Kerja Kolaboratif Yayasan Peneraju tentang pelaporan pencapaian akademik murid penerima biasiswa.  Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat berkaitan :

> Surat Makluman Program Peneraju Tunas Geliga

Sebarang pertanyaan berhubung program Peneraju Tunas Geliga boleh hubungi Puan Masaida Zainudin di talian 03-27279000 atau emel masaida.zainudin@yayasanpeneraju.com.my atau Puan Anis Saleha Mohd Arshad di talian 03-80247723 atau emel anis@gsc.com.my 

:: SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR NASIONAL(SANTUN) TAHUN 2016

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah memperkenalkan Skim SANTUN bermula pada tahun 2006 dengan matlamat utama membantu meringankan bebanan anak-anak yatim/miskin lepasan SPM  serta berpeluang menyambung pelajaran mereka ke institusi pendidikan tinggi. Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia(BPSH, KPM) telah memberikan kebenaran kepada YaPEIM untuk bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendapatkan senarai calon bagi skim ini.

Oleh yang demikian, pihak sekolah dipohon untuk mencalonkan murid-murid dari/lepasan sekolah tuan yang layak dipertimbangkan mengikut skim SANTUN yang ditawarkan iaitu:

a.  SANTUN Junior  (Lepasan PT3 2015)
b.  SANTUN 1 Malaysia (Lepasan SPM 2015)
c.  SANTUN Nasional (Lepasan SPM 2015)

Sila rujuk kriteria pemilihan pencalonan bagi setiap skim sebelum membuat permohonan. Pencalonan hendaklah dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 22 April 2016

Muat Turun
>> Kriteria Pemilihan
>> SANTUN Junior
>> SANTUN 1 Malaysia
>> SANTUN Nasional

:: PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) TAHUN 2016

Dimaklumkan bahawa Pentaksiran Psikometrik (PPsi) bagi tahun 2016 adalah melibatkan Tahun Tiga, Tahun Enam, Tingkatan Satu, Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di semua sekolah menengah dan rendah di bawah KPM.

Bersama-sama ini dilampirkan surat KPM, Surat JPPP dan lampiran-lampiran maklumat yang berkenaan bagi pelaksanaan setiap Tahun dan Tingkatan.

LAMPIRAN A : Jadual Pelaksanaan PPsi Tahun 2016
LAMPIRAN B : Jadual Pelaksanaan PPsi Tahun 3
LAMPIRAN C : Jadual Pelaksanaan PPsi Tahun 6
LAMPIRAN D : Jadual Pelaksanaan PPsi Tingkatan 1
LAMPIRAN E : Jadual Pelaksanaan PPsi Tingkatan 3
LAMPIRAN F : Jadual Pelaksanaan PPsi Tingkatan 4
LAMPIRAN G : Jadual Pelaksanaan PPsi Tingkatan 5
LAMPIRAN 1 : RINGKASAN JADUAL PELAKSANAAN PPsi

Maklumat lanjut sila hubungi Encik Mohd Zakaria bin Zain (012-573 3600) atau Encik Mohd Azhar bin Mohd Arus (017-478 8457)

>>  Surat Makluman Pelaksanaan
>>  Lampiran A - G
>>  Lampiran 1

KPM telah selesai mengemaskini Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).  Lantaran itu KPM telah membuka talian APB supaya proses pengemaskinian murid tertanggung tahun 2016 dilakukan bermula pada 1 Februari hingga 29 Februari 2016.

Pihak sekolah dimohon untuk membuat pengemaskinian data murid tertanggung sekolah masing-masing.  Murid-murid yang tidak diaktifkan semasa tempoh tersebut akan dianggap tidak bersekolah dan tiada bayaran akan dibuat ke atas murid berkenaan.  Proses pengemaskinian tersebut boleh dilakukan pada laman sesawang https://apdm.moe.gov.my

Semua Guru Biasiswa juga perlu melengkapkan Kajian Soalselidik Pengurusan BKP/BKPU melalui pautan di laman sesawang yang sama sebelum/semasa mengemaskini data murid tertanggung tahun 2016.

:: PELAKSANAAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2016

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia(BKAP1M) kepada murid akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2016.  Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolah pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga murid.  Syarat kelayakan adalah murid/ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia.  Pendapatan kasar isi rumah sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah.  Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 20 Januari 2016.

Pihak sekolah dikehendaki untuk memuat turun Borang Akuan Penerimaan Bantuan Awal Persekolahan 2016 (Lampiran A) serta dikembalikan kepada pegawai HEM, Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing pada atau sebelum 14 Februari 2016.

Pihak sekolah juga boleh memuat turun surat siaran mengenai pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia dan Garis Panduan BKAP1M 2016.

Surat Siaran Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia
Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia
Lampiran A (Rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan BKAP1M)
Lampiran B (Borang Pengesahan Pendapatan)
Lampiran C (Akuan Penerimaan/Penolakan BKAP1M)

:: BIASISWA KECIL NEGERI 2016

Pihak tuan dipohon untuk menghantar data Biasiswa Kecil Negeri (BKN) dengan menggunakan borang senarai penerima bagi tujuan pembayaran tahun 2016. Borang tersebut boleh yang disediakan. Borang yang telah lengkap (softcopy) hendaklah dihantar melalui laman blog ini pada atau sebelum 5 Februari 2016 (Jumaat).

Sila pastikan semua murid penerima bantuan biasiswa BKN termasuk tawaran baru 2015 dimasukkan bagi mengelak keciciran bayaran oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang.

>> Borang BKN 2016

:: PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2016

Berikut dilampirkan maklumat pembentangan (slaid, kertas kerja, panduan dan lampiran) berkaitan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi tahun 2016 untuk rujukan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah-sekolah Pulau Pinang.
Semua bahan-bahan yang disenaraikan di bawah ini telah dibentangkan di setiap PPD bermula 19 hingga 27 Januari 2016

> Borang Persetujuan Perkhidmatan Kaunseling Terkini
> Borang2 Kaunseling
> Kajian Tindakan Amalan Terbaik Dan Inovasi
> Laporan BnK 15
> Pelaksanaan Sesi Kaunseling
> Pelaporan Data Dan Dokumentasi 2016
> Perancangan Strategik
> Sasaran Kerja Tahunan GBK
> Senarai Semak Proses Kerja PBK 2016
> Taklimat SKT
> Tumpuan Kerja PBK 2016

:: TEMPLATE KEHADIRAN MURID 2016

Jabatan Pendidikan Pulau Pinang akan membuat penambahbaikan terhadap pengiraan kehadiran murid sekolah bagi semua sekolah di negeri Pulau Pinang bagi sesi persekolahan 2016.  Penambahbaikan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan peratusan sebenar kehadiran berdasarkan jumlah murid hadir berbanding jumlah murid sebenar bagi setiap bulan.  Pengiraan kehadiran sedia ada adalah berlainan mengikut sekolah dan PPD serta mengikut kefahaman masing-masing..  Manakala kehadiran yang terdapat dalam APDM pula tidak tepat kerana masih terdapat sekolah yang tidak mengisi kehadiran seperti yang diperlukan.

Oleh yang demikian, pihak jabatan telah menyediakan "template" pengiraan kehadiran bagi mendapatkan standard pengiraan serta memudahkan pihak sekolah untuk membuat pengiraan sebenar.  Pihak tuan perlu mengisi kehadiran bagi setiap akhir bulan serta membuat cetakan lampiran pengesahan.  Lampiran pengesahan yang telah ditandatangani perlu dihantar ke PPD masing-masing sebelum 5hb. setiap bulan.

Bersama-sama ini dikepilkan "template" berkenaan untuk tindakan pihak tuan.

>>  Muat turun

:: SKIM BIASISWA ANAK PEKEBUN KECIL RISDA TAHUN 2016

Pengurusan RISDA menyediakan Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil RISDA.  Skim ini merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil dari keluarga berpendapatan rendah serta berpotensi dan berdaya maju dalam bidang akademik.

Anak-anak pekebun kecil yang berjaya akan diberikan elaun saku sebanyak RM500 setahun (secara one-off) serta berpeluang mengikuti program-program pembangunan yang dianjurkan oleh RISDA bagi meningkat tahap intelektual dan prestasi diri mereka.

Syarat kelayakan untuk skim biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada anak pekebun kecil yang masih bersekolah di Tingkatan Lima pada Tahun 2016.
  • Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 4C daripada 5 mata pelajaran teras semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan Empat.
  • Menyertai kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
  • Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada pihak lain.

>>  Muat turun Borang