Pengurusan RISDA menyediakan Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil RISDA.
Skim ini merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil dari
keluarga berpendapatan rendah serta berpotensi dan berdaya maju dalam
bidang akademik.
Anak-anak pekebun kecil yang berjaya akan diberikan elaun saku sebanyak RM500 setahun
(secara one-off) serta berpeluang mengikuti program-program pembangunan
yang dianjurkan oleh RISDA bagi meningkat tahap intelektual dan
prestasi diri mereka.
Syarat kelayakan untuk skim biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada anak pekebun kecil yang masih bersekolah di Tingkatan Lima pada Tahun 2016.
- Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 4C daripada 5 mata pelajaran teras semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan Empat.
- Menyertai kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
- Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan.
- Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada pihak lain.
>> Muat turun Borang