Jabatan Pendidikan Pulau Pinang akan membuat penambahbaikan terhadap pengiraan kehadiran murid sekolah bagi semua sekolah di negeri Pulau Pinang bagi sesi persekolahan 2016. Penambahbaikan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan peratusan sebenar kehadiran berdasarkan jumlah murid hadir berbanding jumlah murid sebenar bagi setiap bulan. Pengiraan kehadiran sedia ada adalah berlainan mengikut sekolah dan PPD serta mengikut kefahaman masing-masing.. Manakala kehadiran yang terdapat dalam APDM pula tidak tepat kerana masih terdapat sekolah yang tidak mengisi kehadiran seperti yang diperlukan.
Oleh yang demikian, pihak jabatan telah menyediakan "template" pengiraan kehadiran bagi mendapatkan standard pengiraan serta memudahkan pihak sekolah untuk membuat pengiraan sebenar. Pihak tuan perlu mengisi kehadiran bagi setiap akhir bulan serta membuat cetakan lampiran pengesahan. Lampiran pengesahan yang telah ditandatangani perlu dihantar ke PPD masing-masing sebelum 5hb. setiap bulan.
Bersama-sama ini dikepilkan "template" berkenaan untuk tindakan pihak tuan.
>> Muat turun