Surat Makluman berkaitan Program Peneraju Tunas Geliga KPM : KPMSP 600-10/22/6 Jld 13 (3) bertarikh 14hb. Mac 2016 adalah dirujuk.
Program Peneraju Tunas Geliga adalah program biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang mensasarkan murid-murid lepasan UPSR yang berpotensi daripada isi rumah berpendapatan rendah dan latar belakang yang mencabar. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalin kerjasama dengan Yayasan Peneraju sejak tahun 2015. Penyaluran wang biasiswa adalah melalui Akaun Sumbangan Wang Awam (SUWA).
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Bilangan 1/2016 yang dipengerusikan oleh Ybhg. Tan Sri KSU, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 11 Februari 2016 telah memutuskan supaya guru yang mengendalikan biasiswa di sekolah hendaklah menguruskan biasiswa oleh Yayasan Peneraju. Guru Biasiswa perlu memantau penggunaan biasiswa tersebut dan mengemukakan laporan penyata kewangan tahunan selewatnya pada hujung bulan Oktober setiap tahun. Contoh laporan boleh dimuat turun di laman sesawang yayasanpeneraju.com.my
Pihak sekolah juga dimohon untuk mengemukakan kepada KPM dan Jawatankuasa Kerja Kolaboratif Yayasan Peneraju tentang pelaporan pencapaian akademik murid penerima biasiswa. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat berkaitan :
> Surat Makluman Program Peneraju Tunas Geliga
Sebarang pertanyaan berhubung program Peneraju Tunas Geliga boleh hubungi Puan Masaida Zainudin di talian 03-27279000 atau emel masaida.zainudin@yayasanpeneraju.com.my atau Puan Anis Saleha Mohd Arshad di talian 03-80247723 atau emel anis@gsc.com.my