Selaras dengan pemansuhan Bayaran Tambahan 2012 (Sek. Ren. RM24.50 dan Sek. Men. RM33.50), dimaklumkan bahawa peruntukan berkenaan telah mula dikreditkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah tuan/puan.
Sila semak dan maklumkan kepada JPN Pulau Pinang sekiranya berlaku kekurangan peruntukan di dalam borang yang boleh dimuat turun di sini. Enrolmen TIDAK termasuk Prasekolah dan Tingkatan 6.
Sila emel kembali borang berkenaan kepada penyeliakebajikan@gmail.com dan cetakan dihantar ke PPD masing-masing pada atau sebelum 24 Februari 2012.
Sila patuhi tarikh berkenaan bagi mengelakkan kesulitan yang mungkin timbul kepada sekolah-sekolah yang memerlukan peruntukan tambahan.
Fail untuk Muat turun:
> Pekeliling Ikhtisas
> Maklumat Tambahan
> Borang Akuan Terima Bayaran Tambahan (Updated)
Netbook 1Malaysia merupakan projek penting di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) bagi membantu menggalakkan pemilikan jalur lebar dan seterusnya mencapai sasaran 75% kadar penembusan jalur lebar isi rumah pada hujung tahun 2015. Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Pemberian Perkhidmatan Sejagat telah memperuntukkan Netbook 1Malaysia untuk diagihkan kepada murid sekolah menengah yang berkelayakan supaya mendapat akses Internet jalur lebar.
Pihak Sekolah diminta untuk mencalonkan murid-murid yang telah di senarai pendek (Rujuk Lampiran 2 yang dibekalkan kepada sekolah) mengikut jumlah peruntukan sekolah yang dinyatakan.
Penerima netbook adalah diwajibkan untuk melanggan jalur lebar (broadband). Pihak sekolah dikehendaki menghantar data dalam bentuk MS Excel mengikut format yang diberikan ( Lampiran 3).Data tersebut hendaklah diemail kepada hem@jpnpp.edu.my pada atau sebelum 31 Januari 2012
Berikut adalah Aplikasi Sistem Maklumat Murid versi 4.5 (Pulau Pinang) untuk kegunaan Tahun 2012. Aplikasi ini terdapat dalam 2 set menggunakan MS Access 2003 dan MS Access 2007/2010.
Setiap satunya pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bagi komputer yang telah mempunyai data asal (sedia ada) dan tanpa data (install baru).
Aplikasi menggunakan Access 2003.
> Aplikasi SMM telah mempunyai data asal.
> Aplikasi SMM tanpa data (install baru) - akan "overwrite" data sedia ada.
Aplikasi menggunakan Access 2007/2010
> Aplikasi SMM telah mempunyai data asal.
> Aplikasi SMM tanpa data (install baru) - akan "overwrite" data sedia ada.
Sila pastikan anda memuatturun fail yang sepatutnya, untuk mengelakkan kegagalan aplikasi. Sila "delete" fail SMMAPP di dalam folder C:\HEM terlebih dahulu sebelum menginstall aplikasi baru.
Kepada semua Guru Besar dan PK HEM sekolah rendah.
Sila pastikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2012 bermula pada hari PERTAMA persekolahan (04/01/2012). Ini termasuk murid-murid Tahun 1 - 2012. Had kelayakan terkini: PENDAPATAN RM430 atau PERKAPITA RM100.
Sila download Borang Permohonan RMT Tahun 2012
Sebarang masalah sila hubungi MOHD FADZLI BIN ISHAK, Penyelia Kanan Kebajikan Unit HEM di talian 012 5677912 / 04 6521038
Sekolah-sekolah perlu menggunakan contoh borang yang disediakan untuk laporan penerimaan dan penolakan Bantuan Awal Persekolahan bagi tahun 2012 sebanyak RM100.
< Muat turun Borang
SMM versi 4.5 percubaan boleh dimuatturun melalui link di bawah
< Aplikasi
< Powerpoint.
Satu mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid kepada Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Daerah Barat Daya dan Timur Laut:
Tarikh : 21 September 2011 (Rabu)
Masa : 8.00 - 5.00 petang.
Tempat : Bilik Gerakan, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
Daerah Seberang Perai
Tarikh : 22 September 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 - 5.00 petang.
Tempat : SMK Gemilang, Pulau Pinang.
Sehubungan itu, semua PK HEM sekolah menengah Pulau Pinang dijemput hadir ke taklimat tersebut mengikut daerah masing-masing.
Satu mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid kepada Penolong Kanan HEM Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Daerah Barat Daya dan Timur Laut:
Tarikh : 27 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 8.00 - 5.00 petang.
Tempat : SJK (C) Union, Pulau Pinang
Daerah Seberang Perai
Tarikh : 28 Julai 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 - 5.00 petang.
Tempat : SM (Sains) Kepala Batas, Pulau Pinang.
Sehubungan itu, semua PK HEM sekolah rendah Pulau Pinang dijemput hadir ke mesyuarat tersebut mengikut daerah masing-masing.
Pihak sekolah diminta untuk membuat semakan data untuk Permohonan Biasiswa Online.
Untuk maklumat lanjut >>>>
