Dimaklumkan bahawa  Sub Unit  SPBT  sedang memantau pembekalan buku cetak semula (BCS) kegunaan 2013 oleh penerbit. Laporan status pembekalan adalah berdasarkan maklumat daripada EMATEKS. Oleh itu Sub Unit SPBT amat berharap agar pihak sekolah mengisi maklumat penerimaan buku teks dalam eMATEKS  sebaik sahaja buku sampai di sekolah. Peratus sekolah yang telah memasukkan maklumat penerimaan dalam aplikasi eMATEKS masih rendah.  Sehubungan itu kerjasama pihak tuan/puan dipohon untuk memasukkan maklumat penerimaan bekalan buku teks dari penerbit/pengedar dalam aplikasi eMATEKS  dengan kadar segera.

Segala kerjasama dan tindakan pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai.

>> Aplikasi eMATEKS

HJ RUBIKA BIN GHAZALI
Penyelia Kanan SPBT
Unit Hal Ehwal Murid
JPN Pulau Pinang

:: INSTRUMEN PEMANTAUAN SPBT

>> Download Instrumen Pemantauan SPBT

:: MESYUARAT PENGURUSAN BIASISWA 2012

Mesyuarat Pengurusan Biasiswa Peringkat Negeri Tahun 2012 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Daerah               Tarikh           Masa                  Tempat
Pulau                 28/06/2012    8.30 - 4.30 ptg    SMK Air Itam, 11500 Air Itam, Pulau Pinang
Seberang Perai    29/06/2012    8.30 - 4.30 ptg    PPD Selatan, Pulau Pinang

:: KWAPM 2012/2013

Perhatian kepada semua Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah,
Sila muat turun borang-borang berikut dan lengkapkan. Rujuk surat siaran yang telah diedarkan oleh JPN ke sekolah tuan/puan untuk tindakan selanjutnya. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 2012 (KWAPM) juga dilampirkan untuk rujukan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai HEM di PPD tuan/puan atau Penyelia Kanan Kebajikan di talian 04-652 1038 / 012-567 7912.

:: PENUNDAAN TARIKH PERMOHONAN ONLINE

Permohonan online Zon 3 yang dijangkakan pada 7 - 13 Mei 2012 telah ditunda pada tarikh....
<<  Bacaan seterusnya.

:: SENARAI NAMA MURID RMT 2012 UNTUK TUJUAN PELARASAN

Pihak sekolah perlu memuat turun borang....

<< Bacaan seterusnya...

:: SKIM BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam PMR2011.Bank

>>  Bacaan seterusnya

:: MAKLUMAN TAWARAN BIASISWA ASEAN BUSINESS ADVISORY COUNCIL (ASEAN-BAC) 2012

Tawaran biasiswa bernilai USD 27,500 kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran (Ijazah Sarjana Muda) di Tan Tao University (universiti swasta) di Vietnam bagi sesi pengajian 2012 dan 2013.  Universiti ini menawarkan 8 major.....
<< Bacaan seterusnya

:: PEMBAYARAN BKP/BKPU TERTANGGUNG 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi negeri Pulau Pinang telah dikreditkan ke akaun pelajar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 8 Mac 2012.
<< Bacaan seterusnya

:: BORANG AKUAN PENERIMAAN BAYARAN TAMBAHAN 2012

Selaras dengan pemansuhan Bayaran Tambahan 2012 (Sek. Ren. RM24.50 dan Sek. Men. RM33.50), dimaklumkan bahawa peruntukan berkenaan telah mula dikreditkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah tuan/puan.
Sila semak dan maklumkan kepada JPN Pulau Pinang sekiranya berlaku kekurangan peruntukan di dalam borang yang boleh dimuat turun di sini. Enrolmen TIDAK termasuk Prasekolah dan Tingkatan 6.

Sila emel kembali borang berkenaan kepada penyeliakebajikan@gmail.com dan cetakan dihantar ke PPD masing-masing pada atau sebelum 24 Februari 2012.

Sila patuhi tarikh berkenaan bagi mengelakkan kesulitan yang mungkin timbul kepada sekolah-sekolah yang memerlukan peruntukan tambahan.

Fail untuk Muat turun:
> Pekeliling Ikhtisas
> Maklumat Tambahan
> Borang Akuan Terima Bayaran Tambahan (Updated)