Semua gbk hendaklah memuat turunkan tapak pelaporan ini utk digunakan bagi pelaporan perkhidmatan bimbingan & kaunseling (LPBK) serta Instrumen Penilaian 2018.
Sila rujuk proses kerja yang diberikan melalui surat JPNPP. Pautan tapak pelaporan adalah spt berikut.
>> Tapak Pelaporan Perkhidmatan BnK
>> Instrumen Penilaian Bilik
>> Instrumen Penilaian Kendiri (Rendah)
>> Instrumen Penilaian Kendiri (Menengah)
:: PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING (LPBK) 2018
Posted by Hal Ehwal Murid at 9:07:00 AMProgram Pemantapan Pengurusan Asrama bersama Warden dan Kaunselor Asrama pada 25 September 2018.
Pihak sekolah yang telah hadir program berkenaan, boleh dapatkan bahan interaktif (Kebitaraan, SisKA)
Muatturun
> KEBITARAAN
> SISKA
:: PELAPORAN PENILAIAN KENDIRI PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Posted by Hal Ehwal Murid at 4:07:00 PM
1. Jumlah Sesi Kaunseling Individu berakhir pada 30 Ogos 2018 sepatutnya 110 sesi
Cara pengiraan untuk mendapatkan peratus pelaksanaan [ Jumlah sesi individu/ 110 x 100]
2. Jumlah Sesi Kaunseling Kelompok berakhir pada 30 Ogos 2018 sepatutnya 32 sesi /minggu.
Cara pengiraan untuk mendapatkan peratus pelaksanaan [ Jumlah sesi kelompok / 32 x 100]
:: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH TAHUN 2018
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:02:00 AMPentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yan akan dilaksanakan di semua sekolah. Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semulajadi murid, personaliti, bakat dan kecenderungan murid disamping mengenal tret yang boleh diperkembangkan secara tidak langsung melalui aktivit pembelajaran di sekolah.
Pelaksanaan PPsi pada tahun 2018 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun Tiga dan Tahun Enam di sekolah rendah dan semua murid Tingkatan Satu, Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di sekolah menengah. Jadual pelaksanaan adalah seperti lampiran berikut :
1. Lampiran A : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 2018
2. Lampiran B : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 3
3. Lampiran C : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 6
4. Lampiran D : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 1
5. Lampiran E : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 3
6. Lampiran F : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 4
7. Lampiran G : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 5
8. Lampiran H : Rumusan Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik 2018
Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah mentadbir PPsi Tahun 2018 berdasarkan jadual yang dilampirkan bersama surat arahan berkaitan.
>> Muatturun
:: PENILAIAN KENDIRI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG 2017
Posted by Hal Ehwal Murid at 3:23:00 PMSukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan proses Penarafan Standard
Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling sekolah-sekolah Pulau Pinang bagi tahun 2017
selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pihak tuan dikehendaki melaporkan dapatan penilaian kendiri perkhidmatan
bimbingan kaunseling sekolah tuan menggunakan platform “Google Form” yang boleh diakses melalui pautan berikut mengikut PPD masing-masing:
a. > PPD Timur Laut.
b. > PPD Barat Daya
c. > PPD Seberang Perai Utara
d. > PPD Seberang Perai Tengah
e. > PPD Seberang Perai Selatan
Mohon kerjasama pihak tuan untuk melengkapkan laporan tersebut sebelum 17 Julai 2017. Salinan dapatan Instrumen Penilaian Kendiri Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada PPD masing-masing.
Kerajaan Guizou (Republic Rakyat China) ingin menawarkan Biasiswa kepada 55 orang pelajar dari Asia Tenggara yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Wilayah Guizhou bagi Tahun Akademik 2016. Biasiswa ini dibiayai oleh Kerajaan Guizhou yang diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Guizhou.
Berikut disediakan borang contoh dan borang kosong SPBTG dalam bentuk excel bersaiz A4, Instrumen Pemantauan Kendiri Pengurusan Buku Teks dan borang pelupusan.
Diharap guru-guru dapat menjalankan Pengurusan SPBT dengan lebih mudah.
Borang maklumat guru perlu diemelkan kepada suraiza@jpnpp.edu.my
01 Borang G Pindaan (Kosong)
01 Borang G Pindaan (Contoh)
Instrumen Pemantauan Kendiri Pengurusan Buku Teks
Pelupusan
Maklumat Guru
Pada tahun ini permohonan bagi Biasiswa Kecil Negeri (BKN) akan dibuat melalui penghantaran data oleh pihak sekolah. Permohonan boleh menggunakan borang pemohonan BKP sedia ada. Ini memandangkan permohonan BKP/BKPU telah ditangguh sementara waktu sehingga dimaklumkan oleh pihak KPM.
Data permohonan BKN (softcopy) perlu dihantar dengan menggunakan format lampiran khas yang boleh dimuat turun dan dihantar melalui dari laman blog ini pada atau sebelum 6 Mei 2016. Kegagalan pihak sekolah menghantar data akan menyebabkan tiada tawaran Biasiswa Kecil Negeri akan dibuat kepada murid-murid sekolah tuan.
>> Lampiran Permohonan BKN