:: PENULARAN H1N1

Penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang melanda negara pada masa ini adalah amat serius. Pihak sekolah disarankan mengambil langkah-langkah perlu terutama mengenai penekanan kepada penjagaan kebersihan diri murid, menggalakkan murid-murid lebih kerap membasuh tangan dan memakai topeng muka bila perlu.

Langkah pencegahan penularan wabak itu di sekolah juga akan diambil termasuk pemantauan suhu badan pelajar setiap hari sebelum kelas bermula melalui termometer yang akan dibekalkan kepada sekolah dan pelajar perlu dirujuk segera ke klinik sekiranya terdapat simptom H1N1.

Tindakan penutupan sekolah akibat penularan wabak Influenza A (H1N1) hanya akan diambil sebagai langkah terakhir berdasarkan garis panduan baru bagi penutupan sekolah akibat H1N1. Guru besar dan pengetua perlu mendapatkan pengesahan Jabatan Kesihatan sebelum menutup sekolah jika ada murid yang dijangkiti virus Influenza A (H1N1).