:: SKIM BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam PMR 2013.

Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank.  Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang pelajar-pelajar di kawasan luar bandar di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah sebanyak RM2,000.00 sebulan.

Kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut.
a. Warganegara Malaysia
b. Pencapaian keputusan cemerlang semua A dalam PMR 2013
c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

Pihak tuan juga boleh memuat turun borang permohonan tersebut untuk diisi oleh ibu bapa/penjaga.  Setiap sekolah hanya boleh mencalonkan tidak lebih daripada 2 orang pelajar. Sila kembalikan borang tersebut dengan kadar segera kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (u.p. Amat Sazali bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Tajaan (Biasiswa)) pada atau sebelum 9hb. Januari 2014.

Jabatan pendidikan akan membuat senarai pendek untuk pencalonan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia 2014 kepada Bank Negara Malaysia.