Pihak YaPEIM melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) berhasrat untuk meneruskan Skim SANTUN dalam usaha membantu meringankan beban anak-anak yatim/miskin lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang berpeluang menyambung pelajaran mereka ke institusi pengajian tinggi.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk menyenaraikan calon-calon untuk Anugerah SANTUN 2014 berdasarkan syarat dan keperluan yang ditetapkan.
Keperluan calon mengikut kategori – kategori bagi Skim SANTUN adalah seperti berikut :-
a) Pencalonan SANTUN Nasional (lepasan SPM bagi yg muslim sahaja)
- bilangan adalah seperti senarai dilampiran I
b) Pencalonan SANTUN 1 Malaysia (lepasan SPM )
- 1 orang peserta bagi setiap negeri
c) Pencalonan SANTUN Junior (lepasan PMR)
- 2 orang peserta bagi setiap negeri
Pemilihan peserta dibuat berdasarkan kriteria yang telah digariskan oleh Panel Amal Jariah YaPEIM adalah seperti berikut:
i) Calon mestilah warganegara Malaysia
ii) Kecemerlangan pencapaian akademik sekurang-kurangnya 8A dalam PMR (bagi SANTUN Junior) dan sekurang-kurangnya 8A dalam SPM (bagi SANTUN Nasionaldan SANTUN 1Malaysia) atau pun pelajar terbaik di parlimen berkenaan pada tahun 2013.
iii) Calon mestilah dari kalangan anakyatim (yatim kematian ibu @ bapa/yatim piatu) atau pun anak dari keluarga miskin (pendapatan isi rumah hendaklah diselaraskan dengan Unit Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU)
iv) Calon mestilah seorang pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi, aktif dalam bidang kokurikulum serta terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah, atau mukim atau negeri.
MUAT TURUN
>> Borang Santun Nasional
>> Borang Santun Junior
>> Borang Santun 1Malaysia