Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi murid-murid yang mencapai keputusan cemerlang dalam PT3 2014.

Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti murid-murid yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank.  Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang murid-murid di kawasan luar bandar di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.

Kriteria pencalonan murid-murid adalah seperti berikut.
     a. Warganegara Malaysia
     b. Pencapaian keputusan cemerlang sekurang-kurang 7A dalam PT3 2014
     c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
     d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
     e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

Sila muat turun borang berkaitan serta kembalikan borang yang telah lengkap bersama-sama dokumen berkaitan dengan kadar segera kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 26hb. Mac 2015.  Borang yang dihantar lewat daripada tarikh tidak akan dilayan. Jabatan pendidikan akan membuat senarai pendek untuk pencalonan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia 2015 kepada Bank Negara Malaysia.

>>  Borang Bank Negara 2015