:: PENGEMASKINIAN MAKLUMAT MURID DALAM MODUL PENGURUSAN MURID DI DALAM APLIKASI SPS 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat rujukan KPM (BPSH -PKICT) 100-11/2/1 Jilid 2 (14) bertarikh 4 Jun 2015 serta emel Ralat Dalam Modul Pengurusan Murid bertarikh 4 Jun 2015 adalah berkaitan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) perlu dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 yang lalu.

Oleh yang demikian, pihak sekolah dipohon untuk menyemak dan mengemaskini maklumat murid di dalam Modul Pengurusan Murid (MPM). Pihak jabatan telah menghantar emel kepada sekolah yang terlibat mengenai ralat-ralat data pada medan-medan tertentu. Medan-medan di dalam modul tersebut perlu diisi dengan lengkap dan tepat supaya maklumat tersebut boleh digunapakai oleh JPN dan KPM terutamanya  di dalam permohonan murid ke Tingkatan 1, Kelas Peralihan, Sekolah Kawalan (Sekolah Rancangan Khas, Kelas Rancangan Khas, Kelas Aliran Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) dan Sekolah Berasrama Penuh bagi tahun 2016 dengan menggunakan Sub Modul e-Daftar Menengah dan Sekolah Kawalan di dalam Modul Pengurusan Murid.