Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai membuat pemilihan beserta penjanaan No Akaun Kelompok BSN kepada murid tawaran baru Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi tahun 2015. Pemilihan tawaran baru ini masih bergantung kepada pencapaian merit latar belakang, akademik dan kokurikulum murid .
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh mencetak surat tawaran mulai 31 Julai - 9 Ogos 2015 serta membuka akaun simpanan BSN dengan kadar segera. Cetakan surat tawaran hanya boleh dibuat apabila pihak sekolah telah menanda setuju terima secara online. Pihak sekolah juga perlu menyerahkan borang setuju terima bersama surat tawaran kepada murid-murid berkenaan.
Kegagalan pihak sekolah akur pada tarikh yang diberikan akan menyebabkan murid gagal menerima tawaran biasiswa.