Pembayaran tawaran baharu Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi negeri Pulau Pinang Tahun 2015 telah dikreditkan ke akaun murid oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pihak sekolah diminta untuk menyemak akaun murid dan seterusnya membuat tuntutan jika berlaku keciciran. Sila kemukakan maklumat keciciran mengikut format berikut:
a) No. Kad Pengenalan:
b) Nama :
c) No. BKP :
d) No. Akaun :
e) Tingkatan :
f) Jumlah Keciciran :
Maklumat keciciran tersebut haruslah dihantar terus kepada Unit Hal Ehwal Murid dengan kadar segera pada atau sebelum 26 November 2015. Sila kepilkan bersama salinan semakan akaun daripada BSN. Pihak sekolah perlu bertindak segera supaya tidak berlaku keciciran kerana tiada pembayaran di bawah AP58a pada tahun hadapan.