Pembayaran Tawaran Baru BKP Tahun 2013 bagi akaun berkelompok telah selesai dikreditkan oleh KPM ke akaun murid pada 8 Nov 2013. Pembayaran tersebut hanya melibatkan penerima BKP Tawaran Baru (akaun berkelompok) sahaja. Pembayaran kepada penerima BKP Tawaran Baru (Bukan Akaun Kelompok) dan BKPU akan dikreditkan sedikit masa lagi.
Berikut adalah maklumat dan panduan pengisian data L4 Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling sekolah-sekolah Pulau Pinang bagi tahun 2013.
Surat arahan pengisian data dikeluarkan pada 30 Oktober 2013. Sila ikuti sepenuhnya surat tersebut.
Borang L4PBK 2013 sila klik di sini.
TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh terakhir data diambil kira : 31 Oktober 2013
Tarikh muat naik Borang L4 oleh JPN : 01 November 2013
Tarikh Pengumpulan Data oleh PPD : 01 hingga 12 November 2013
Tarikh Penghantaran data PPD ke JPN : 13 hingga 15 November 2013
Tarikh Perumusan Data oleh JPN : 16 hingga 22 November 2013
KEPADA SEMUA PENOLONG KANAN HEM SEMUA SEKOLAH RENDAH.
Adalah dimaklumkan terdapat Ralat Had Kelayakan terkini RMT di dalam surat Memohon Data RMT 2014 yang telah diedarkan ke sekolah bertarikh 25 Oktober 2013 baru-baru ini. Rujukan ; JPNPP(HEM) 700-2/1 Jld: 2 ( 48 ).
Had Kelayakan RMT yang dinyatakan di dalam surat berkenaan ialah “TIDAK MELEBIHI Pendapatan : RM520.00 dan Perkapita : RM130.00.”
Pernyataan yang sebenar ialah “TIDAK MELEBIHI Pendapatan : RM520.00 ATAU Perkapita : RM130.00.”
Sebarang kesulitan amat dikesali.
Kerjasama adalah dipohon daripada SEMUA Penolong Kanan HEM sekolah rendah, termasuk SABK dan Sekolah Pendidikan Khas untuk memuat turun borang 'LAMPIRAN A' (Senarai Nama Murid RMT) dan dilengkapkan.
Sila emel LAMPIRAN A yang telah lengkap ke kebajikanhemjppp@gmail.com pada atau sebelum 06 Disember 2013.
Salinan 'hardcopy' tidak perlu dihantar ke JPPP.
Sila SAVE AS fail berkenaan dengan KOD DAN NAMA SEKOLAH tuan/puan.
>> Muatturun
:: PENGEMASKINIAN SETUJU TERIMA DAN "KEY-IN" NOMBOR AKAUN BSN
Posted by Hal Ehwal Murid at 2:07:00 PMKementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan
permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan
Universiti (BKPU) tahun 2013 bagi murid-murid yang layak serta mencapai tahap
minimum yang ditetapkan.
- Menyemak senarai berkenaan di dalam menu Senarai Berjaya.
- Sekolah mencetak Surat Tawaran dan diserahkan kepada murid.
- Murid membuka akaun di BSN dan menyerahkan nombor akaun kepada sekolah. (Semua murid BKPU perlu buka akaun secara tidak berkelompok) iaitu buka akaun secara manual di semua Cawangan BSN atau menggunakan akaun sedia ada.
- Guru Biasiswa key-in nombor akaun murid (akaun tidak berkelompok) & menandai ruangan setuju terima/tolak di dalam sistem ke dalam sistem selewat-lewatnya:
Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah,
Kerjasama tuan dipohon untuk memuat turun fail Borang Permohonan KWAPM Individu dan Borang Rumusan Permohonan (BRP) KWAPM DSA Tahun 2-6 bagi tahun 2014.
Had Kelayakan KWAPM 2014 ialah, berpendapatan kurang RM830.00 atau perkapita RM210.00.
Sila lengkapkan BRP 2014 dan hantar softcopy berkenaan ke PPD masing-masing pada atau sebelum 20 September 2013.
BRP berkenaan juga hendaklah dicetak A4 dan difotostat menjadi A3 untuk dihantar ke PPD sebagaimana tarikh di atas.
JANGAN hantar borang-borang berkenaan ke Unit HEM.
>> Borang KWAPM Individu
>> BRP KWAPM 2014
Semua Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan, KPM telah mengedarkan surat pindaan berkenaan SPK Bil. 1 2013.
Sehubungan itu, tuan diminta untuk memuat turun fail berkenaan bagi tujuan cetakan dan simpanan pihak sekolah.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Fadzli bin Ishak di talian 04-6521 038 atau 012-5677 912.
>> Muat turun
Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia dilaksanakan dengan kebenaran KPM pada 21 Mei 2013 (Ruj:KP(BPSH-SPDK)201/002/Jld.196(71). Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membantu pelajar-pelajar Melayu yang miskin. Objektif PBP1M adalah membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam aliran sains kepada pelajar-pelajar miskin yang mempunyai potensi akademik yang baik serta membantu pelajar yang miskin dan gagal mendapat pembiayaan pembelajaran yang mencukupi daripada mana-mana agensi kerajaan.
Syarat-syarat kelayakan minimum adalah:
a. Pendapatan Ibu bapa tidak melebihi RM1500
b. Mendapat kepujian dalam:
• Bahasa Melayu
• Matematik Moden
• Sains atau Fizik atau Kimia atau Biologi
• 2 subjek lain dan;
• Lulus Bahasa Inggeris
Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mengenal pasti 2 orang murid Melayu (seorang lelaki dan seorang perempuan) lepasan SPM 2012 yang gagal menerima sebarang tawaran IPT serta berminat untuk memohon biasiswa tersebut.
Borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 9 September 2013.
Sebarang pertanyaan mengenai program boleh dikemukakan kepada:
Pihak Sekretariat
Program Biasiswa Pendidikan 1 Malaysia (PBP1M)
Tel :019-9152334 dan 012-9281085
Fax: 04-9771948
Berikut adalah dokumen berkaitan:
>> Borang Permohonan
>> Jadual Pelaksanaan
>> Slaid Program
Terdapat sedikit masalah teknikal terhadap sesetengah penerima biasiswa (BKP) yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 1 yang ingin membuka akaun BSN. Masalah teknikal ini disebabkan murid-murid tersebut mempunyai no KP yang dimulai dengan "00...." Pihak BSN induk telah memaklumkan akan menyelesaikannya pada minggu hadapan awal bulan September. Oleh yang demikian, guru-guru boleh menyuruh murid-murid yang menghadapi masalah membukanya semula pada minggu hadapan. Guru-guru boleh mengemaskini maklumat akaun pada atau sebelum 12 September 2013.
Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah meluluskan permohonan seramai 3,659 orang murid bagi Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 3.1 juta bagi negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mencetak surat tawaran BKP bagi pemohon-pemohon yang berjaya.
Surat tawaran tersebut boleh dicetak terus dari laman sesawang: http://apb.moe.gov. Tatacara proses tawaran juga boleh dimuat turun dari laman sesawang tersebut melalui ikon Demo Manual di sebelah kiri. Pelajar-pelajar yang berjaya dikehendaki membuka akaun BSN dengan kadar segera. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengemas kini no akaun di dalam sistem bagi pelajar-pelajar yang tidak dibekalkan dengan no akaun secara berkelompok.
