:: PERINGATAN : PENGEMASKINIAN DATA APB

Adalah diingatkan bahawa tarikh tutup pengemaskinian data Aplikasi Pengurusan Bantuan adalah pada 28 Februari 2014.  Pihak sekolah perlu mematuhi tarikh tersebut untuk mengelakkan murid tertanggung biasiswa daripada keciciran bayaran bagi tahun 2014.  Jika perkara ini berlaku, pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan kepada KPM untuk pembayaran murid tercicir.

Sekolah yang masih belum menyaipkan proses pengemaskinian  (21 Februari 2014),

BIL
KOD
SEKOLAH
JUMLAH
MURID
KEMAS
KINI
1
PEA0004
SMK SEBERANG JAYA
56
0
2
PEA0017
SMK MACHANG BUBUK
102
0
3
PEE0041
SMK PENANTI
192
0
4
PEA2053
SMK DATUK ONN
166
0
5
PEB2060
SMK KAMPONG KASTAM
58
0
6
PEA1094
SMK AIR ITAM
31
0
7
PEB1097
SMK CONVENT GREEN LANE
105
0
8
PEB1100
SMK CONVENT PULAU TIKUS
25
0
9
PEB1109
SMK (P) ST GEORGE
90
0
10
PRA1002
SMKA (P) ALMASHOOR
69
0
11
PEA1211
SMK TELOK KUMBAR
52
0
12
PEA3038
SMK PONDOK UPEH
108
0
13
PEA3039
SMK BAYAN LEPAS
16
0
14
PHA3001
KV BALIK PULAU
6
0
15
PEA4007
SMK SAUJANA INDAH
66
0
16
PEB0044
SMK CONVENT (M) BUKIT MERTAJAM
98
1
17
PEB2061
SMK DATUK HJ ABDUL KADIR
131
1
18
PEE0051
SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDDIN
203
3
19
PFT0002
SM AGAMA AL-AHMADIAH AL-IJTIMAIAH
61
3
20
PFT2001
SMA DAERATUL MA'ARIFIL WATANIAH SATU
110
22
21
PEA3033
SMK RAJA TUN UDA
76
26
22
PEA4006
SMK TAMAN WIDURI
102
42
23
PEA0016
SMK PERMATANG PASIR
164
53
24
PEA4001
SMK SUNGAI ACHEH
156
93
25
PEB0042
SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
131
116

:: KUTIPAN DATA BIASISWA KECIL NEGERI ( BKN) BAGI TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun ini, pihak Jabatan Pendidikan akan mengutip data Biasiswa Kecil Negeri (BKN) dengan menggunakan borang senarai penerima  yang boleh dimuat turun.  Borang tersebut hendaklah dihantar melalui laman blog ini pada atau sebelum 3 Mac 2014 (Isnin).

Sila pastikan semua murid penerima bantuan biasiswa BKN dimasukkan bagi mengelak keciciran bayaran oleh Setiuasaha Kerajaan Negeri (SUK).

>>  Muat turun Borang

:: ISU PAS MASUK PERCUMA ‘SESI KEMASUKAN AWAL PROGRAM DIPLOMA IPT’


:: TAKLIMAT PENGEMASKINIAN DATA MURID TERTANGGUNG BKP DAN BKPU MELALUI APB

Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan(APB) bagi pengurusan murid tertanggung Biasiswa Kecil Persekutuan(BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU).

Sehubungan dengan itu, satu taklimat berkaitan akan diadakan mengenai penggunaan aplikasi serta pengemaskinian data murid tertanggung.  Pihak sekolah dipohon untuk membenarkan seorang guru biasiswa sekolah bagi menghadiri taklimat tersebut.  Butiran taklimat adalah seperti berikut:

a.  PPD Barat Daya dan Timur Laut
   Tarikh :  28hb. Januari 2014 (Selasa)
   Masa  :  8.30 – 4.00 petang
   Tempat :  Bilik Mesyuarat, PPD Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang

b.  PPD Utara, Tengah dan Selatan
   Tarikh :  29hb. Januari 2013 (Rabu)
   Masa  :  8.30 – 4.00 petang
   Tempat :  Bilik Mesyuarat, PPD Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Guru biasiswa terlibat diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk menghadiri taklimat tersebut. Di samping itu juga, mereka perlu juga membawa senarai nama murid tercicir berserta bukti keciciran.


:: BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA 2014

Perhatian Kepada Semua Sekolah,
Sila muat turun Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) 2014 berikut untuk dicetak dan difailkan.
LAMPIRAN A hendaklah dicetak dan dikembalikan kepada PEGAWAI HEM di PPD masing-masing pada atau sebelum 30 Januari 2014.

>  Garis Panduan
>  Lampiran A

:: PELUPUSAN BUKU TEKS - BORANG LAMPIRAN 1 ARKIB 2/08

  • Mulai 1 Januari 2014 semua sekolah seluruh Pulau Pinang perlu menggunakan borangArkib 2/08 bagi memohon kelulusan pelupusan buku teks.
  • Setelah selesai proses pelupusan (kontrator mengambil buku) pihak sekolah dikehendaki mengisi  borang Lampiran 2 (Arkib 12/08) bagi mengesahkan pemusnahan buku teks.
  • Semua sekolah akan diberi Taklimat Pelupusan mengikut PPD masing-masing.

    >> Muat Turun

    :: SKIM BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA 2014

    Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam PMR 2013.

    Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank.  Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang pelajar-pelajar di kawasan luar bandar di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah sebanyak RM2,000.00 sebulan.

    Kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut.
    a. Warganegara Malaysia
    b. Pencapaian keputusan cemerlang semua A dalam PMR 2013
    c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
    d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
    e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

    Pihak tuan juga boleh memuat turun borang permohonan tersebut untuk diisi oleh ibu bapa/penjaga.  Setiap sekolah hanya boleh mencalonkan tidak lebih daripada 2 orang pelajar. Sila kembalikan borang tersebut dengan kadar segera kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (u.p. Amat Sazali bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Tajaan (Biasiswa)) pada atau sebelum 9hb. Januari 2014.

    Jabatan pendidikan akan membuat senarai pendek untuk pencalonan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia 2014 kepada Bank Negara Malaysia.

    :: DATA RMT JANUARI 2014

    Perhatian kepada semua Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah,

    Sila muat turun fail Data RMT Januari 2014 dan semak perkara-perkara berikut:

    1.         Sekolah tuan/puan memang tersenarai.
    2.         Sekolah tuan/puan tidak tersenarai walaupun ada murid RMT.
    3.         Sekolah tuan/puan tersenarai tetapi sebenarnya tiada murid RMT.
    4.         Jumlah murid tidak tepat.
    5.         Maklumat bank tidak tepat atau salah.
    6.         Tiada Lampiran A (Senarai Murid RMT)

    Tuan/Puan dipohon membuat semakan yang sewajarnya.
    Sekiranya terdapat sebarang pembetulan, sila EMEL ke kebajikanhemjppp@gmail.com atau melalui SURAT ke Unit HEM, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. u/p: Penyelia Kanan Kebajikan dengan kadar segera. Ini bertujuan untuk rekod / rujukan pihak jabatan.
    Mana-mana sekolah yang tidak memberi sebarang maklumbalas berkenaan data tersebut dianggap BENAR.

    >> Muat turun fail