:: APLIKASI MENUKAR NO KP/SB MURID

Aplikasi Sistem Maklumat Murid(SMM) dan Borang Maklumat Murid(BMM) adalah dua aplikasi yang digunakan untuk mengumpul data Maklumat Murid dan Keluarga. Aplikasi BMM telah digunapakai di seluruh negara mulai 2007. Apabila kedua-dua aplikasi ini digunakan, terdapat sedikit masalah jika pengguna ingin mengubah medan No. KP/SB murid. Sekiranya medan tersebut diubah di dalam SMM, semua maklumat murid berkenaan akan hilang di dalam BMM.

Untuk mengelak perkara tersebut terjadi, pihak Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah membangunkan aplikasi tambahan yang hanya digunakan untuk mengubah No. KP/SB murid. Sila muat turun aplikasi berkenaan di bahagian Muat Turun Fail atau klik pada link berikut untuk muatturun aplikasi berkenaan.
1. Aplikasi Menukar No. KP/SB

:: AWAS ! PERINGATAN PENTING.

Pihak sekolah diingatkan supaya tidak memberi maklumat murid (SMM/BMM atau SSDM) kepada pihak yang tidak dikenali. Data yang diperlukan oleh pihak PPD atau JPN akan disertakan bersama-sama surat rasmi ke sekolah.
Terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sedang meminta data daripada sekolah dengan panggilan telefon dan pihak sekolah dikehendaki menghantar email kepada email tertentu contohnya datahem2008@gmail.com Jangan layan panggilan seperti ini...
Awas! Data tersebut adalah sulit.

:: MESYUARAT PEMBINAAN FAIL MEJA PENOLONG KANAN HEM SEKOLAH MENENGAH


Mesyuarat Pembinaan Fail Meja Penolong Kanan HEM Peringkat Negeri Pulau Pinang juga diadakan di Pulau Pangkor, Perak pada 27 - 30 April 2008. Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada Jawatankuasa HEM ketiga-tiga daerah Pulau Pinang. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyiapkan Fail Meja Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah untuk seluruh negeri Pulau Pinang.

:: KURSUS PENGURUSAN HEM KEPADA PENOLONG KANAN HEM SEKOLAH RENDAH


Kursus tersebut telah diadakan di Pulau Pangkor, Perak dari 27 – 30 April 2008. Seramai 80 buah sekolah telah terpilih untuk menyertai kursus tersebut. Peserta dipilih di kalangan Penolong Kanan HEM yang baru dan yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Selama 4 hari 3 malam kursus, peserta-peserta didedahkan dengan hal-hal pengurusan hal ehwal murid.

:: JAWATAN KUASA BANTUAN MURID SEKOLAH (JKBMS)

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2006 : Garis Panduan Pelaksanaan Borang Maklumat Murid Bagi Tujuan Agihan Bantuan Kepada Murid Warganegara Malaysia di Sekolah Kerajaan dan di Sekolah Bantuan Kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan penubuhan Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah (JKBMS) di semua sekolah bermula Januari 2007. Bersekali dengan pelaksanaan Borang Maklumat Murid (BMM), jawatankuasa-jawatankuasa bantuan yang berasingan di peringkat sekolah hendaklah disatukan sebagai Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah.

Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar. Setiausaha adalah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Manakala keahlian adalah terdiri daripada kalangan guru, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah (PIBG) dari kalangan ibu bapa dan pihak lain seperti yang ditetapkan oleh surat pekeliling yang berkuatkuasa mengenai bantuan yang termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pihak sekolah diminta untuk menghantar senarai nama jawatankuasa (JKBMS) 2008 berserta minit mesyuarat kali pertama ke Unit HEM, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang pada atau sebelum 18 April 2008

:: SISTEM MAKLUMAT MURID

Data Sistem Maklumat Murid dan Borang Maklumat Murid berakhir pada 31 Januari 2008 hendaklah dihantar kepada PPD masing-masing pada atau sebelum 15 Februari 2008. Data hendaklah dihantar kepada pegawai di Unit HEM, PPD. Terdapat sekolah yang masih belum menghantar data berkenaan seperti yang telah dikehendaki. Data tersebut akan digabung oleh PPD sebelum dihantar ke JPN dan seterusnya ke Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kegagalan pihak sekolah untuk menghantar data yang tepat dan mempunyai kesahan akan menyebabkan berlakunya kesilapan analisis di peringkat jabatan dan kementerian. Ini akan menyebabkan impak ke atas perancangan pendidikan. Selain daripada itu akan berlaku keciciran terhadap bantuan yang akan diberikan kepada pelajar yang layak. Bantuan-bantuan tersebut termasuklah RMT/PSS, SBT, KWAPM, Biasiswa dan lain-lain lagi.

:: ORGANISASI HEM

Unit Hal Ehwal Murid berada di bawah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

Ketua Sektor :
Tn. Haji Osman bin Husain.

Ketua Unit HEM :
En. Abdul Rahman b. Zakaria.

Pegawai / Penyelia :
Abd. Nasir Salleh - Penolong Pengarah(Asrama)
Amat Sazali Abu Hassan - Penyelia Biasiswa
Ishak b. Hamli - Pegawai Bimbingan dan Kaunseling
Yhaya b. Hussin - Penyelia Kesihatan
Ramlee b. Abu Bakar - Penyelia Kebajikan
Bakri b. Ahmad - Penyelia Disiplin
Rubika b. Ghazali - Penyelia Buku Teks
Azhar b. Abdullah - Pegawai Buku Teks