Permohonan Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia ( Yayasan TM) dibuka sekarang.
Untuk maklumat lanjut >>>>>>>>>
Permohonan Biasiswa Sukan KPM 2010 sedang diadakan.
Untuk Maklumat lanjut >>>>>>>>>>
Aplikasi SMM versi 4.0 mengandungi beberapa ralat yang perlu diperbaiki. Sila muat turun fail patch untuk mengemaskini/update Aplikasi SMM terkini, versi 4.01 di ruangan muat turun fail.
Pengguna perlu "unzip" terlebih dahulu fail tersebut sebelum proses patch boleh dilaksanakan. Proses tersebut tidak akan menghapuskan data sedia ada. Sila pastikan pengguna telah menginstall aplikasi SMM versi 4.0 sebelum melaksana proses ini.
Aplikasi SMM versi 4.01 ini membolehkan pengguna untuk menyimpan data dengan pelbagai nama serta boleh disimpan di dalam pendrive/portable hardisk. Pengguna boleh mengemaskini data yang terdapat di dalam pendrive. Aplikasi ini mempunyai ciri tambahan yang terdapat di dalam menu Kemudahan - Tukar Sumber Data
Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuat kutipan data SMM versi 4.0 bagi bulan Januari 2010. Data tersebut adalah berasaskan maklumat pada 31 Januari 2010.
Pihak sekolah dikehendaki membuat semakan data, mencetak lampiran pengesahan SMM (Muka surat 1 dan 2) serta menghantar cetakan tersebut bersama-sama disket data SMM ke Unit HEM PPD masing-masing pada atau sebelum 9 Februari 2010.
Kursus Pengurusan Hal Ehwal Murid kepada Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah Tahun 2009 akan diadakan pada :
Tarikh : 9 - 12hb. November 2009
Tempat : Kondo Istana, Langkawi Kedah
Kursus tersebut akan diadakan kepada Penolong Kanan HEM yang baru dilantik pada tahun 2008 dan 2009. Mereka akan diberi pendedahan mengenai pengurusan Buku Teks, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Skim Bantuan Tuisyen (SBT), Bimbingan dan Kaunseling, Sistem Maklumat Murid dan lain-lain lagi.
Surat makluman telah dihantar kepada sekolah terlibat. Jika masih terdapat PK HEM yang tidak tersenarai dalam kursus tersebut boleh maklumkan kepada Unit HEM, JPN Pulau Pinang dengan kadar segera.
Kursus Pengurusan Hal Ehwal Murid kepada Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah Tahun 2009 telah diadakan pada :
Tarikh : 28 - 31hb. Oktober 2009
Tempat : Hotel Langkasuka, Langkawi Kedah
Kursus tersebut telah dihadiri oleh Penolong Kanan HEM yang baru dilantik pada tahun 2008 dan 2009. Mereka diberi pendedahan mengenai pengurusan Buku Teks, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Skim Bantuan Tuisyen (SBT), Bimbingan dan Kaunseling, Sistem Maklumat Murid dan lain-lain lagi.
Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Ishak bin Hamli (Pegawai Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid, JPN) telah meninggal dunia pada 23hb. September 2009 bersamaan 4 Syawal 1430H.
Warga Jabatan Pelajaran mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
:: PERASMIAN BANGUNAN PENDIDIKAN, PENYAMPAIAN BANTUAN, PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN & PROGRAM PEMUAFAKATAN PIBG
Posted by Hal Ehwal Murid at 9:51:00 PMPerasmian Bangunan Pendidikan ( SMK Permatang Pasir ), Penyampaian Bantuan Pelajar Miskin KPM, Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Program Pemuafakatan PIBG telah diadakan pada:
++Tarikh :21 Ogos 2009
++Jam : 2.30 petang
++Tempat: SMK Permatang Pasir, Seberang Perai Tengah
Antara Tetamu yang menghadiri majlis tersebut adalah YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin- Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Koh Tsu Koon - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.Bhg Hj. Zulkifly bin Mohd Wazir - Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM dan Y.Bhg En. Sulaiman bin Ahmad Presiden Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional.
Penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang melanda negara pada masa ini adalah amat serius. Pihak sekolah disarankan mengambil langkah-langkah perlu terutama mengenai penekanan kepada penjagaan kebersihan diri murid, menggalakkan murid-murid lebih kerap membasuh tangan dan memakai topeng muka bila perlu.
Langkah pencegahan penularan wabak itu di sekolah juga akan diambil termasuk pemantauan suhu badan pelajar setiap hari sebelum kelas bermula melalui termometer yang akan dibekalkan kepada sekolah dan pelajar perlu dirujuk segera ke klinik sekiranya terdapat simptom H1N1.
Tindakan penutupan sekolah akibat penularan wabak Influenza A (H1N1) hanya akan diambil sebagai langkah terakhir berdasarkan garis panduan baru bagi penutupan sekolah akibat H1N1. Guru besar dan pengetua perlu mendapatkan pengesahan Jabatan Kesihatan sebelum menutup sekolah jika ada murid yang dijangkiti virus Influenza A (H1N1).
