Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan proses Penarafan Standard
Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling sekolah-sekolah Pulau Pinang bagi tahun 2017
selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pihak tuan dikehendaki melaporkan dapatan penilaian kendiri perkhidmatan
bimbingan kaunseling sekolah tuan menggunakan platform “Google Form” yang boleh diakses melalui pautan berikut mengikut PPD masing-masing:
a. > PPD Timur Laut.
b. > PPD Barat Daya
c. > PPD Seberang Perai Utara
d. > PPD Seberang Perai Tengah
e. > PPD Seberang Perai Selatan
Mohon kerjasama pihak tuan untuk melengkapkan laporan tersebut sebelum 17 Julai 2017. Salinan dapatan Instrumen Penilaian Kendiri Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada PPD masing-masing.
:: PENILAIAN KENDIRI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG 2017
Posted by Hal Ehwal Murid at 3:23:00 PMKerajaan Guizou (Republic Rakyat China) ingin menawarkan Biasiswa kepada 55 orang pelajar dari Asia Tenggara yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Wilayah Guizhou bagi Tahun Akademik 2016. Biasiswa ini dibiayai oleh Kerajaan Guizhou yang diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Guizhou.
Berikut disediakan borang contoh dan borang kosong SPBTG dalam bentuk excel bersaiz A4, Instrumen Pemantauan Kendiri Pengurusan Buku Teks dan borang pelupusan.
Diharap guru-guru dapat menjalankan Pengurusan SPBT dengan lebih mudah.
Borang maklumat guru perlu diemelkan kepada suraiza@jpnpp.edu.my
01 Borang G Pindaan (Kosong)
01 Borang G Pindaan (Contoh)
Instrumen Pemantauan Kendiri Pengurusan Buku Teks
Pelupusan
Maklumat Guru
Pada tahun ini permohonan bagi Biasiswa Kecil Negeri (BKN) akan dibuat melalui penghantaran data oleh pihak sekolah. Permohonan boleh menggunakan borang pemohonan BKP sedia ada. Ini memandangkan permohonan BKP/BKPU telah ditangguh sementara waktu sehingga dimaklumkan oleh pihak KPM.
Data permohonan BKN (softcopy) perlu dihantar dengan menggunakan format lampiran khas yang boleh dimuat turun dan dihantar melalui dari laman blog ini pada atau sebelum 6 Mei 2016. Kegagalan pihak sekolah menghantar data akan menyebabkan tiada tawaran Biasiswa Kecil Negeri akan dibuat kepada murid-murid sekolah tuan.
>> Lampiran Permohonan BKN
:: PROGRAM PENERAJU TUNAS GELIGA TAJAAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:50:00 AMSurat Makluman berkaitan Program Peneraju Tunas Geliga KPM : KPMSP 600-10/22/6 Jld 13 (3) bertarikh 14hb. Mac 2016 adalah dirujuk.
> Surat Makluman Program Peneraju Tunas Geliga
:: SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR NASIONAL(SANTUN) TAHUN 2016
Posted by Hal Ehwal Murid at 11:19:00 AMa. SANTUN Junior (Lepasan PT3 2015)
b. SANTUN 1 Malaysia (Lepasan SPM 2015)
c. SANTUN Nasional (Lepasan SPM 2015)
Sila rujuk kriteria pemilihan pencalonan bagi setiap skim sebelum membuat permohonan. Pencalonan hendaklah dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 22 April 2016
Muat Turun
>> Kriteria Pemilihan
>> SANTUN Junior
>> SANTUN 1 Malaysia
>> SANTUN Nasional
Dimaklumkan bahawa Pentaksiran Psikometrik (PPsi) bagi tahun 2016 adalah melibatkan Tahun Tiga, Tahun Enam, Tingkatan Satu, Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di semua sekolah menengah dan rendah di bawah KPM.
Bersama-sama ini dilampirkan surat KPM, Surat JPPP dan lampiran-lampiran maklumat yang berkenaan bagi pelaksanaan setiap Tahun dan Tingkatan.
LAMPIRAN A : Jadual Pelaksanaan PPsi Tahun 2016
LAMPIRAN B : Jadual Pelaksanaan PPsi Tahun 3
LAMPIRAN C : Jadual Pelaksanaan PPsi Tahun 6
LAMPIRAN D : Jadual Pelaksanaan PPsi Tingkatan 1
LAMPIRAN E : Jadual Pelaksanaan PPsi Tingkatan 3
LAMPIRAN F : Jadual Pelaksanaan PPsi Tingkatan 4
LAMPIRAN G : Jadual Pelaksanaan PPsi Tingkatan 5
LAMPIRAN 1 : RINGKASAN JADUAL PELAKSANAAN PPsi
Maklumat lanjut sila hubungi Encik Mohd Zakaria bin Zain (012-573 3600) atau Encik Mohd Azhar bin Mohd Arus (017-478 8457)
>> Surat Makluman Pelaksanaan
>> Lampiran A - G
>> Lampiran 1
:: PENGEMASKINIAN MURID TERTANGGUNG BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2016.
Posted by Hal Ehwal Murid at 9:54:00 AMKPM telah selesai mengemaskini Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB). Lantaran itu KPM telah membuka talian APB supaya proses pengemaskinian murid tertanggung tahun 2016 dilakukan bermula pada 1 Februari hingga 29 Februari 2016.
Pihak sekolah dimohon untuk membuat pengemaskinian data murid tertanggung sekolah masing-masing. Murid-murid yang tidak diaktifkan semasa tempoh tersebut akan dianggap tidak bersekolah dan tiada bayaran akan dibuat ke atas murid berkenaan. Proses pengemaskinian tersebut boleh dilakukan pada laman sesawang https://apdm.moe.gov.my
Semua Guru Biasiswa juga perlu melengkapkan Kajian Soalselidik Pengurusan BKP/BKPU melalui pautan di laman sesawang yang sama sebelum/semasa mengemaskini data murid tertanggung tahun 2016.
:: PELAKSANAAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2016
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:56:00 PMBantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia(BKAP1M) kepada murid akan
diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2016. Pemberian bantuan ini
bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolah pada awal tahun yang
ditanggung oleh ibu bapa/penjaga murid. Syarat kelayakan adalah
murid/ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia. Pendapatan kasar
isi rumah sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah. Pembayaran akan
dilaksanakan secara berperingkat mulai 20 Januari 2016.
Pihak
sekolah dikehendaki untuk memuat turun Borang Akuan Penerimaan Bantuan
Awal Persekolahan 2016 (Lampiran A) serta dikembalikan kepada pegawai
HEM, Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing pada atau sebelum 14 Februari 2016.
Pihak
sekolah juga boleh memuat turun surat siaran mengenai pelaksanaan
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia dan Garis Panduan BKAP1M 2016.
> Surat Siaran Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia
> Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia
> Lampiran A (Rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan BKAP1M)
> Lampiran B (Borang Pengesahan Pendapatan)
> Lampiran C (Akuan Penerimaan/Penolakan BKAP1M)
