Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuka pada 8 hingga 14 Julai 2013.
Data permohonan BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Oleh yang demikian pihak sekolah dikehendaki untuk menyemak semula pelajar-pelajar yang layak memohon di dalam APDM.
Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang:
http://apb.moe.gov.my
Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum). Kegagalan pihak sekolah mengemas kini data akan menyebabkan keciciran permohonan pelajar