:: TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TAHUN 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai membuat pemilihan tawaran baru Biasiswa Kecil Persekuauan (BKP) bagi tahun 2014.  Walau bagaimanapun senarai tersebut akan diperolehi sebaik sahaja proses penjanaan nombor akaun kelompok selesai dijana oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).  Pihak sekolah boleh mencetak surat tawaran mulai 30 Jun - 13 Julai 2014 serta membuka akaun simpanan BSN.

Hanya murid-murid yang mencapai merit sebanyak 65% ke atas sahaja layak dipilih di samping merit akademik melebihi 35%.


TARIKH
AKTIVITI
30 Jun - 13 Jul
Menanda setuju terima biasiswa
Mencetak surat tawaran biasiswa
Murid BERJAYA dijana akaun kelompok mengambil buku akaun BSN di cawangan berdekatan (Akaun Kelompok)
Murid TIDAK BERJAYA dijana akaun kelompok membuka akaun BSN di cawangan berdekatan (Akaun TIDAK Kelompok)
Murid TIDAK BERJAYA dijana akaun kelompok menyerahkan nombor akaun BSN kepada Guru Biasiswa
14 Jul - 20 Jul
Mengunci masuk nombor akaun bagi murid tidak berkelompok

:: PROSES PENGEMASKINI DATA TERTANGGUNG FASA II

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka semula proses pengemaskinian murid tertanggung tahun 2014 Fasa kedua pada 16hb. - 22hb. Jun 2014.  Pengemaskinian ini bertujuan memastikan semua murid tertanggung tersenarai di dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) serta disetkan kepada aktif bagi mengelakkan keciciran bayaran.  Sila pastikan juga murid-murid yang tercicir bayaran tempohari tersenarai di dalam APB ini.  Sebarang masalah sila hubungi : Penolong Pengarah Tajaan (Biasiswa) JPN Pulau Pinang dengan kadar segera

:: SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR NASIONAL (SANTUN) 2014

Pihak YaPEIM melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) berhasrat untuk meneruskan Skim SANTUN dalam usaha membantu meringankan beban anak-anak yatim/miskin lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang berpeluang menyambung pelajaran mereka ke institusi pengajian tinggi.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk menyenaraikan calon-calon untuk Anugerah SANTUN 2014 berdasarkan syarat dan keperluan yang ditetapkan.

Keperluan calon mengikut kategori – kategori bagi Skim SANTUN adalah seperti berikut :-

 a) Pencalonan SANTUN Nasional (lepasan SPM bagi yg muslim sahaja)
  - bilangan adalah seperti senarai dilampiran I

 b) Pencalonan SANTUN 1 Malaysia (lepasan SPM )
  - 1 orang peserta bagi setiap negeri

 c) Pencalonan SANTUN Junior (lepasan PMR)
  - 2 orang peserta bagi setiap negeri 

Pemilihan peserta dibuat berdasarkan kriteria yang telah digariskan oleh Panel Amal Jariah YaPEIM adalah seperti berikut:
 
i) Calon mestilah warganegara Malaysia

ii) Kecemerlangan pencapaian akademik sekurang-kurangnya 8A dalam PMR (bagi SANTUN Junior) dan sekurang-kurangnya 8A dalam SPM (bagi SANTUN Nasionaldan SANTUN 1Malaysia) atau pun pelajar terbaik di parlimen berkenaan pada tahun 2013.
 
iii) Calon mestilah dari kalangan anakyatim (yatim kematian ibu @ bapa/yatim piatu) atau pun anak dari keluarga miskin (pendapatan isi rumah hendaklah diselaraskan dengan Unit Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU)

iv) Calon mestilah seorang pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi, aktif dalam bidang kokurikulum serta terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah, atau mukim atau negeri.

 MUAT TURUN
>> Borang Santun Nasional
>> Borang Santun Junior
>> Borang Santun 1Malaysia

:: TAKLIMAT PENGEMASKINIAN APB SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) KPM 2014

Proses membuat semakan dan mengemaskini permohonan atlet murid dalam sistem APB Hadiah SBS boleh dilakukan oleh Guru Biasiswa sekolah tuan mulai 19 hingga 31 Mei 2014 iaitu selepas tarikh pengisian permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).

Pihak sekolah dipohon menghantar PK Koku dan Guru Biasiswa sekolah tuan untuk menghadiri taklimat berkenaan perkara di atas mengikut ketetapan di bawah:



DAERAH
MASA DAN TEMPAT

TIMUR LAUT &
BARAT DAYA

Tarikh              :  21 Mei 2014
Tempat            :  Dewan SMK Sungai Ara
Masa               :  8.30 am – 1.00 pm


SELATAN &
TENGAH(20 SEKOLAH)

Tarikh              :  22 Mei 2014
Tempat            :  Dewan Seminar, PPD Selatan
Masa               :  8.00 pagi – 12.00 tengah hari


UTARA &
TENGAH (10 SEKOLAH)
-       Lampiran A

Tarikh              :  22 Mei 2014
Tempat            :  Dewan Seminar, PPD Utara
Masa               :  1.30 – 5.00 petang



Para peserta adalah dipohon untuk membawa bersama komputer riba, dongle YES dan wayar sambungan untuk kegunaan semasa bengkel.

SENARAI  NAMA  SEKOLAH  MENENGAH  DAERAH  SPT –
TAKLIMAT SKIM BIASISWA SUKAN  DI PPD UTARA
1.  SMA  FAQIAH  DAIMIAH
2.  SMA  DAERATUL  MAARIFIL  WATANIAH  2
3.  SMK  TAMAN  INDERAWASIH
4.  SMK  SEBERANG  JAYA
5.  SMK  SAMA  GAGAH
6.  SMK  PERMATANG  PASIR
7.  SMK  PENANTI
8.  SMK  MENGKUANG
9.  SMK  GUAR  PERAHU  INDAH
10.  SMK  GUAR  PERAHU

:: KURSUS PENGURUSAN ASRAMA KEPADA PENYELIA

Kursus Pengurusan Asrama kepada Penyelia Asrama telah diadakan di Eagle Bay Langkawi pada 4 - 7 Mei 2014.  Antara isi kandungannya adalah Fail Meja.
Berikut adalah fail berkaitan Fail Meja untuk kegunaan Penyelia Asrama:
>>  Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991 (MPK dan Fail Meja)
>>  Contoh Fail Meja Penyelia Asrama
>>  Powerpoint Fail Meja

:: TARIKH PEMOHONAN BKP / BKPU SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Zon 3 bagi Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan dibuka pada 5 Mei  hingga 11 Mei 2014.

Sehubungan dengan itu, Guru Biasiswa perlu mengambil tindakan sewajarnya.  Data permohonan BKP/BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

>>Bacaan Seterusnya

:: MAJLIS PELANCARAN PAPAN KENYATAAN KPJ 2014


:: DATA PELARASAN RMT 2014

Kepada Semua Penolong Kanan HEM,

Kerjasama tuan/puan adalah dipohon agar memuat turun Data Pelarasan RMT 2014 dan difailkan. Sila semak data sekolah tuan/puan dan pastikan segala data adalah tepat. Sebarang pembetulan data hendaklah dimaklumkan dengan segera. Kegagalan tuan/puan memaklumkan kesilapan data akan menyebabkan masalah pengagihan peruntukan nanti.

Sila maklumkan kepada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang sekiranya sekolah tuan/puan BELUM MENERIMA sebarang agihan peruntukan RMT sebelum bulan November 2014.

Muat turun

:: TAKZIAH DAN AL FATIHAH

Unit Hal Ehwal Murid merakamkan takziah dan Al Fatihah kepada mangsa-mangsa malapetaka yang menimpa MH370 di Lautan Hindi.


:: PRAYFORMH370