Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia telah dilanjutkan dengan kebenaran KPM sehingga 31 Disember 2014 Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membantu pelajar-pelajar Melayu yang miskin.
Objektif PBP1M adalah membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam aliran sains kepada pelajar-pelajar miskin yang mempunyai potensi akademik yang baik serta membantu pelajar yang miskin dan gagal mendapat pembiayaan pembelajaran yang mencukupi daripada mana-mana agensi kerajaan.
Syarat-syarat kelayakan minimum adalah:
a. Pendapatan Ibu bapa tidak melebihi RM3000
b. Mendapat kepujian dalam:
• Bahasa Melayu
• Matematik Moden
• Sains atau Fizik atau Kimia atau Biologi
• 2 subjek lain dan;
• Lulus Bahasa Inggeris
Pihak sekolah diminta untuk memaklumkan maklumat berikut kepada pelajar atau bekas pelajar lepasan SPM sekolah tuan yang berminat. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Maklumat Pendaftaran PBP1M 2014 (Lampiran B).
Borang pendaftaran PBP1M perlu dihantar kembali kepada alamat di bawah sebelum 12 September 2014:
Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia (PBP1M)
Putra Shop Lot 4, Putra Palace Hotel,
135, Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pihak sekretariat PBP1M di talian 0199152334/012-9281085/0107051000 atau email ke pbp1m_sekretariat@yahoo.com.
Semoga hasrat kita membuka peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar miskin seluruh Negara akan tercapai dengan jayanya.
:: PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN 1MALAYSIA (PBP1M) UNTUK PELAJAR-PELAJAR MISKIN
Posted by Hal Ehwal Murid at 3:51:00 PM:: TAWARAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) BAGI TAHUN 2014
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:51:00 AMAdalah dimaklumkan bahawa senarai nama murid yang ditawarkan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi tahun 2014 sudah boleh disemak di dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) melalui laman sesawang http://apb.moe.gov.my mulai 17 Julai sehingga 17 Ogos 2014.
Semua sekolah yang terlibat diminta untuk:
- mencetak surat tawaran murid,
- mengunci masuk nombor akaun BSN (murid tidak berkelompok) dan
- mengemaskini maklumat setuju terima/tolak tawaran biasiswa melalui laman sesawang dan dalam tempoh masa seperti dinyatakan di para di atas.
:: PERINGATAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI DI SEKOLAH
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:04:00 AMKebelakangan ini, negara kita mengalami peningkatan yang mendadak terhadap penyakit Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah. Justeru pihak PPD dan sekolah dipohon mengambil perhatian dan tindakan terhadap pelbagai faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi sebagaimana yang terkandung dalam Buku Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1982 (boleh didapati daripada laman web KPM - www.moe.gov.my bahagian bawah di pautan pantas, muat turun, garis panduan – Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah).
Sehubungan dengan itu, tuan dipohon mengambil tindakan seperti berikut;
- Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Peringkat PPD dan sekolah.
- Mengadakan penerangan khas dalam perhimpunan pada 21 Julai 2014 (Isnin), tentang pendidikan pencegahan deman denggi dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.
- Melaksanakan aktiviti “Cari dan Musnah” tempat berisiko pembiakan nyamuk aedes pada minggu terakhir (21 hingga 25 Julai 2014) sebelum cuti Hari Raya bagi mengelakkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (abate) ke dalam pam tandas dan tempat takungan air.
- Mengadakan brosure dan mengedarkan kepada semua murid dan warga sekolah tentang pencegahan deman denggi, dan meminta semua murid menyampaikan kepada ibubapa/penjaga masing-masing.
- Memberi penerangan secara berterusan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
- Membuat laporan tentang program/aktiviti yang telah dijalankan kepada pihak Unit HEM, Pejabat Pendidikan Daerah dan PPD melaporkan kepada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (Borang CA1)
Borang KD 2 (pindaan 2004) Laporan Kajian Aedes Di Sekolah hendaklah dihantar ke Unit HEM PPD dan Unit Vektor PKD pada atau sebelum 5hb. setiap bulan. Mana-mana sekolah yang dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia boleh diberi Surat Tunjuk Sebab oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam melaksanakan kempen Aedes sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Jika ada sebarang pertanyaan sila berhubungi dengan Hj. Yhaya bin Hussin – Penyelia Kanan Kesihatan, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (No. Tel : 04-6521044).
>> Borang CA1
>> Surat Peringatan
>> Pekeliling Ikhtisas 2/1982
>> Buku Panduan
Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan RISDA telah meluluskan Skim Biasiswa untuk Anak-anak Pekebun Kecil.
Ianya adalah satu pemberian bantuan kewangan sebanyak RM500 secara 'oneoff' kepada anak-anak pekebun kecil.
Syarat-syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia
ii. Terbuka kepada semua anak pekebun kecil di Tingkatan 4 pada tahun 2013 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
iii. Permohon mestilah memperolehi markah sekurang-kurang 60 peratus / atau gred C bagi empat matapelajaran teras semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4.
iv. Keutamaan kepada yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
v. Mempunyai pendapatan kasar sekeluarta tidak melebihi RM2000.00 sebulan.
vi. Tidak pernah menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada mana-mana pihak.
Borang Permohonan boleh diperolehi secara online dengan melayari laman web rasmi RISDA di www.risda.gov.my
Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Julai 2014
:: TARIKH PEMOHONAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU)
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:14:00 AMBiasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuka pada 30 Jun hingga 6 Julai 2014. Manakala semakan nama murid yang layak memohon biasiswa di dalam APB boleh dilakukan pada 23 Jun hingga 29 Jun 2014.
Data permohonan BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Proses permohonan biasiswa atas talian BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang: http://apb.moe.gov.my Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum). Kaedah pengisian markah peperiksaan seperti berikut:
ENAM RENDAH - Peperiksaan SPM 2013
ENAM ATAS - CGPA
:: TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TAHUN 2014
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:06:00 AMKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai membuat pemilihan tawaran baru Biasiswa Kecil Persekuauan (BKP) bagi tahun 2014. Walau bagaimanapun senarai tersebut akan diperolehi sebaik sahaja proses penjanaan nombor akaun kelompok selesai dijana oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak sekolah boleh mencetak surat tawaran mulai 30 Jun - 13 Julai 2014 serta membuka akaun simpanan BSN.
Hanya murid-murid yang mencapai merit sebanyak 65% ke atas sahaja layak dipilih di samping merit akademik melebihi 35%.
|
TARIKH
|
AKTIVITI
|
|
30 Jun - 13 Jul
|
Menanda setuju terima biasiswa
|
|
Mencetak surat tawaran biasiswa
|
|
|
Murid BERJAYA dijana akaun kelompok mengambil buku
akaun BSN di cawangan berdekatan (Akaun Kelompok)
|
|
|
Murid TIDAK BERJAYA dijana akaun kelompok membuka
akaun BSN di cawangan berdekatan (Akaun TIDAK Kelompok)
|
|
|
Murid TIDAK BERJAYA dijana akaun kelompok
menyerahkan nombor akaun BSN kepada Guru Biasiswa
|
|
|
14 Jul - 20 Jul
|
Mengunci masuk nombor akaun bagi murid tidak
berkelompok
|
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka semula proses pengemaskinian murid tertanggung tahun 2014 Fasa kedua pada 16hb. - 22hb. Jun 2014. Pengemaskinian ini bertujuan memastikan semua murid tertanggung tersenarai di dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) serta disetkan kepada aktif bagi mengelakkan keciciran bayaran. Sila pastikan juga murid-murid yang tercicir bayaran tempohari tersenarai di dalam APB ini. Sebarang masalah sila hubungi : Penolong Pengarah Tajaan (Biasiswa) JPN Pulau Pinang dengan kadar segera
:: SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR NASIONAL (SANTUN) 2014
Posted by Hal Ehwal Murid at 12:36:00 PMPihak YaPEIM melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) berhasrat untuk meneruskan Skim SANTUN dalam usaha membantu meringankan beban anak-anak yatim/miskin lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang berpeluang menyambung pelajaran mereka ke institusi pengajian tinggi.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk menyenaraikan calon-calon untuk Anugerah SANTUN 2014 berdasarkan syarat dan keperluan yang ditetapkan.
Keperluan calon mengikut kategori – kategori bagi Skim SANTUN adalah seperti berikut :-
a) Pencalonan SANTUN Nasional (lepasan SPM bagi yg muslim sahaja)
- bilangan adalah seperti senarai dilampiran I
b) Pencalonan SANTUN 1 Malaysia (lepasan SPM )
- 1 orang peserta bagi setiap negeri
c) Pencalonan SANTUN Junior (lepasan PMR)
- 2 orang peserta bagi setiap negeri
Pemilihan peserta dibuat berdasarkan kriteria yang telah digariskan oleh Panel Amal Jariah YaPEIM adalah seperti berikut:
i) Calon mestilah warganegara Malaysia
ii) Kecemerlangan pencapaian akademik sekurang-kurangnya 8A dalam PMR (bagi SANTUN Junior) dan sekurang-kurangnya 8A dalam SPM (bagi SANTUN Nasionaldan SANTUN 1Malaysia) atau pun pelajar terbaik di parlimen berkenaan pada tahun 2013.
iii) Calon mestilah dari kalangan anakyatim (yatim kematian ibu @ bapa/yatim piatu) atau pun anak dari keluarga miskin (pendapatan isi rumah hendaklah diselaraskan dengan Unit Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU)
iv) Calon mestilah seorang pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi, aktif dalam bidang kokurikulum serta terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah, atau mukim atau negeri.
MUAT TURUN
>> Borang Santun Nasional
>> Borang Santun Junior
>> Borang Santun 1Malaysia
:: TAKLIMAT PENGEMASKINIAN APB SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) KPM 2014
Posted by Hal Ehwal Murid at 10:38:00 AMProses membuat semakan dan mengemaskini permohonan atlet murid dalam
sistem APB Hadiah SBS boleh dilakukan oleh Guru Biasiswa sekolah tuan
mulai 19 hingga 31 Mei 2014 iaitu selepas tarikh pengisian permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).
Pihak
sekolah dipohon menghantar PK Koku dan Guru Biasiswa sekolah tuan untuk
menghadiri taklimat berkenaan perkara di atas mengikut ketetapan di
bawah:
DAERAH
|
MASA DAN
TEMPAT
|
TIMUR
LAUT &
BARAT
DAYA
|
Tarikh : 21 Mei 2014
Tempat :
Dewan SMK Sungai Ara
Masa : 8.30 am – 1.00 pm
|
SELATAN
&
TENGAH(20
SEKOLAH)
|
Tarikh : 22 Mei 2014
Tempat :
Dewan Seminar, PPD Selatan
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
|
UTARA
&
TENGAH
(10 SEKOLAH)
-
Lampiran
A
|
Tarikh : 22 Mei 2014
Tempat :
Dewan Seminar, PPD Utara
Masa : 1.30 – 5.00 petang
|
Para peserta adalah dipohon untuk membawa bersama komputer riba, dongle YES dan wayar sambungan untuk kegunaan semasa bengkel.
SENARAI NAMA SEKOLAH MENENGAH DAERAH SPT –
TAKLIMAT SKIM BIASISWA SUKAN DI PPD UTARA
1. SMA FAQIAH DAIMIAH
2. SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 2
3. SMK TAMAN INDERAWASIH
4. SMK SEBERANG JAYA
5. SMK SAMA GAGAH
6. SMK PERMATANG PASIR
7. SMK PENANTI
8. SMK MENGKUANG
9. SMK GUAR PERAHU INDAH
10. SMK GUAR PERAHU
Kursus Pengurusan Asrama kepada Penyelia Asrama telah diadakan di Eagle Bay Langkawi pada 4 - 7 Mei 2014. Antara isi kandungannya adalah Fail Meja.
Berikut adalah fail berkaitan Fail Meja untuk kegunaan Penyelia Asrama:
>> Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991 (MPK dan Fail Meja)
>> Contoh Fail Meja Penyelia Asrama
>> Powerpoint Fail Meja

