Surat KPM bertarikh 22 Oktober 2015 : Rujukan KPMSP.800-4/3/2(14) adalah dirujuk.
Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan supaya pengambilan kad ATM bagi penerima BKP tawaran baru 2015 perlu dilakukan secara manual di cawangan BSN yang berhampiran memandangkan proses penghantaran kad ATM ke sekolah mengambil masa yang panjang dan kemungkinan kad ATM tidak sampai kepada murid jika murid telah berpindah sekolah. Walau bagaimanapun, pihak sekolah boleh memohoh dan berbincang secara terus dengan cawangan BSN yang berkenaan untuk menghantar kad ATM ke sekolah tetapi tertakluk kepada budibicara cawangan BSN berkenaan.
Selain itu, Bahagian Kewangan juga telah bersetuju supaya semakan baki akaun murid dibuat oleh pihak sekolah dengan mengemukakan senarai nama murid penerima BKP kepada cawangan BSN yang berhampiran. Format bagi semakan baki akaun murid boleh dimuatturun atau diperolehi dari sesawang Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) melalui APDM di alamat https://apdm.moe.gov.my/
>> Surat Berkaitan.
>> Borang Semakan Akaun.
:: PROSES SEMAKAN BAKI AKAUN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) SERTA PENGAMBILAN KAD ATM MURID DI CAWANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Posted by Hal Ehwal Murid at 2:07:00 PMKepada semua Guru Bimbingan Sekolah Rendah
Berikut adalah borang dan bahan-bahan TERKINI untuk pengurusan PPSi Ujian Aptitud Am Tahun 3 bagi tahun 2015
1. Borang Jawapan Psikometrik
2. Template Data Ujian Aptitud Am Tahun 3
3. Penyata Keputusan PPsi 2015
4. Manual Pengguna
Semua Guru Bimbingan dikehendaki memuat turunkan borang/bahan tersebut untuk tindakan selanjutnya.
Sukacita dimaklumkan bahawa PROTON sedang menganjurkan pertandingan seperti di atas bermula 15 Jun hingga 01 September 2015 yang bertujuan untuk membuka peluang kepada para pelajar di seluruh Malaysia untuk sama-sama melahirkan idea inovatif dan kreatif dalam menghasilkan reka bentuk model kereta yang terkini dan sesuai dengan kehendak pengguna atau pelanggan semasa.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah sangat digalakkan untuk menyertai pertandingan tersebut.
Maklumat lanjut pertandingan boleh didapati di laman web PROTON iaitu http://www.proton.com
Sila hantar satu salinan Borang Penyertaan sebagai makluman kepada Unit HEM JPPP sekiranya sekolah tuan menyertai pertandingan ini.
>> Muat turun syarat dan borang penyertaan
Kutipan data Sistem Maklumat Murid berasaskan maklumat 30 Jun 2015 akan dikutip menggunakan versi sedia ada. Jika aplikasi SMM telah luput/ tamat tempoh sila muat turun yang terbaharu. Sila pastikan pihak tuan memuat turun aplikasi yang betul untuk mengelak sebarang masalah.
Pihak sekolah dipohon menggunakan sistem SMM versi 4.5 (Pulau Pinang) dan mengemaskini, membuat semakan data, mencetak lampiran pengesahan SMM (muka surat 1 dan 2) serta menghantar data mengikut daerah masing-masing melalui email seperti tertera di bawah:
PPD Timur Laut smmppdtl@jpnpp.edu.my
PPD Barat Daya smmppdbd@jpnpp.edu.my
PPD SP Utara smmppdspu@jpnpp.edu.my
PPD SP Tengah smmppdspt@jpnpp.edu.my
PPD SP Selatan smmppdsps@jpnpp.edu.my
Manakala cetakan hendaklah di hantar ke Unit HEM PPD masing-masing pada atau sebelum 10 Julai 2015.
:: PENGEMASKINIAN MAKLUMAT MURID DALAM MODUL PENGURUSAN MURID DI DALAM APLIKASI SPS 2015
Posted by Hal Ehwal Murid at 8:12:00 AMDengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat rujukan KPM (BPSH -PKICT) 100-11/2/1 Jilid 2 (14) bertarikh 4 Jun 2015 serta emel Ralat Dalam Modul Pengurusan Murid bertarikh 4 Jun 2015 adalah berkaitan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) perlu dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 yang lalu.
Oleh yang demikian, pihak sekolah dipohon untuk menyemak dan mengemaskini maklumat murid di dalam Modul Pengurusan Murid (MPM). Pihak jabatan telah menghantar emel kepada sekolah yang terlibat mengenai ralat-ralat data pada medan-medan tertentu. Medan-medan di dalam modul tersebut perlu diisi dengan lengkap dan tepat supaya maklumat tersebut boleh digunapakai oleh JPN dan KPM terutamanya di dalam permohonan murid ke Tingkatan 1, Kelas Peralihan, Sekolah Kawalan (Sekolah Rancangan Khas, Kelas Rancangan Khas, Kelas Aliran Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) dan Sekolah Berasrama Penuh bagi tahun 2016 dengan menggunakan Sub Modul e-Daftar Menengah dan Sekolah Kawalan di dalam Modul Pengurusan Murid.
Dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan sedang mengemaskini data bantuan persekolahan RMT bagi tahun 2015. Data ini akan digunakan dalam menyediakan jawapan Parlimen, penggubalan dasar dan juga keperluan agensi/ Kementerian yang berkaitan.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta memuat turun BORANG DATA MURID PENERIMA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2015 dan email kembali ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing dengan kadar segera sebelum 25 Mei 2015. Sila gunakan format MS EXCEL yang dimuat turun sahaja dan Save As kod & nama sekolah tuan. Alamat email PPD seperti yang tertera di bawah:
a) PPD Timur Laut (En. Fahmy) - miex8291@gmail.com
b) PPD Barat Daya (En. Zulhairy) - zairyamir87@gmail.com
c) PPD SP Utara (En. Adura) - shahizanrazak@yahoo.com
d) PPD SP Tengah (En. Megat) - hemppdt@gmail.com
e) PPD SP Selatan (En. Mat Saat) - omatsaad@yahoo.com
>> Muat Turun Borang
:: TARIKH PEMOHONAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) / BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2015
Posted by Hal Ehwal Murid at 9:43:00 AMSukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Zon 3 bagi Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan dibuka pada 20 April hingga 26 April 2015.
Sehubungan dengan itu, Guru Biasiswa dipohon untuk diambil tindakan sewajarnya. Data permohonan BKP/BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang: http://apb.moe.gov.my Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum). Kaedah pengisian markah peperiksaan adalah seperti tahun-tahun terdahulu.
:: SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR NASIONAL(SANTUN) TAHUN 2015
Posted by Hal Ehwal Murid at 9:53:00 AMYayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah memperkenalkan Skim SANTUN bermula pada tahun 2006 dengan matlamat utama membantu meringankan bebanan anak-anak yatim/miskin lepasan SPM serta berpeluang menyambung pelajaran mereka ke institusi pendidikan tinggi. Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia(BPSH, KPM) telah memberikan kebenaran kepada YaPEIM untuk bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendapatkan senarai calon bagi skim ini.
Oleh yang demikian, pihak sekolah dipohon untuk mencalonkan murid-murid dari/lepasan sekolah tuan yang layak dipertimbangkan mengikut skim SANTUN yang ditawarkan iaitu:
a. SANTUN Junior (Lepasan PT3 2014)
b. SANTUN 1 Malaysia (Lepasan SPM 2014)
c. SANTUN Nasional (Lepasan SPM 2014)
Sila rujuk kriteria pemilihan pencalonan bagi setiap skim sebelum membuat permohonan. Pencalonan hendaklah dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 24 April 2015
Muat Turun
>> Kriteria Pemilihan
>> SANTUN Junior
>> SANTUN 1 Malaysia
>> SANTUN Nasional
:: PENCALONAN MURID-MURID CEMERLANG PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014 UNTUK SKIM BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA 2015
Posted by Hal Ehwal Murid at 3:14:00 PMAdalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi murid-murid yang mencapai keputusan cemerlang dalam PT3 2014.
Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti murid-murid yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank. Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang murid-murid di kawasan luar bandar di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.
Kriteria pencalonan murid-murid adalah seperti berikut.
a. Warganegara Malaysia
b. Pencapaian keputusan cemerlang sekurang-kurang 7A dalam PT3 2014
c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.
Sila muat turun borang berkaitan serta kembalikan borang yang telah lengkap bersama-sama dokumen berkaitan dengan kadar segera kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 26hb. Mac 2015. Borang yang dihantar lewat daripada tarikh tidak akan dilayan. Jabatan pendidikan akan membuat senarai pendek untuk pencalonan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia 2015 kepada Bank Negara Malaysia.
>> Borang Bank Negara 2015
