:: PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2016

Berikut dilampirkan maklumat pembentangan (slaid, kertas kerja, panduan dan lampiran) berkaitan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi tahun 2016 untuk rujukan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah-sekolah Pulau Pinang.
Semua bahan-bahan yang disenaraikan di bawah ini telah dibentangkan di setiap PPD bermula 19 hingga 27 Januari 2016

> Borang Persetujuan Perkhidmatan Kaunseling Terkini
> Borang2 Kaunseling
> Kajian Tindakan Amalan Terbaik Dan Inovasi
> Laporan BnK 15
> Pelaksanaan Sesi Kaunseling
> Pelaporan Data Dan Dokumentasi 2016
> Perancangan Strategik
> Sasaran Kerja Tahunan GBK
> Senarai Semak Proses Kerja PBK 2016
> Taklimat SKT
> Tumpuan Kerja PBK 2016

:: TEMPLATE KEHADIRAN MURID 2016

Jabatan Pendidikan Pulau Pinang akan membuat penambahbaikan terhadap pengiraan kehadiran murid sekolah bagi semua sekolah di negeri Pulau Pinang bagi sesi persekolahan 2016.  Penambahbaikan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan peratusan sebenar kehadiran berdasarkan jumlah murid hadir berbanding jumlah murid sebenar bagi setiap bulan.  Pengiraan kehadiran sedia ada adalah berlainan mengikut sekolah dan PPD serta mengikut kefahaman masing-masing..  Manakala kehadiran yang terdapat dalam APDM pula tidak tepat kerana masih terdapat sekolah yang tidak mengisi kehadiran seperti yang diperlukan.

Oleh yang demikian, pihak jabatan telah menyediakan "template" pengiraan kehadiran bagi mendapatkan standard pengiraan serta memudahkan pihak sekolah untuk membuat pengiraan sebenar.  Pihak tuan perlu mengisi kehadiran bagi setiap akhir bulan serta membuat cetakan lampiran pengesahan.  Lampiran pengesahan yang telah ditandatangani perlu dihantar ke PPD masing-masing sebelum 5hb. setiap bulan.

Bersama-sama ini dikepilkan "template" berkenaan untuk tindakan pihak tuan.

>>  Muat turun

:: SKIM BIASISWA ANAK PEKEBUN KECIL RISDA TAHUN 2016

Pengurusan RISDA menyediakan Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil RISDA.  Skim ini merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil dari keluarga berpendapatan rendah serta berpotensi dan berdaya maju dalam bidang akademik.

Anak-anak pekebun kecil yang berjaya akan diberikan elaun saku sebanyak RM500 setahun (secara one-off) serta berpeluang mengikuti program-program pembangunan yang dianjurkan oleh RISDA bagi meningkat tahap intelektual dan prestasi diri mereka.

Syarat kelayakan untuk skim biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada anak pekebun kecil yang masih bersekolah di Tingkatan Lima pada Tahun 2016.
  • Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 4C daripada 5 mata pelajaran teras semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan Empat.
  • Menyertai kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
  • Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada pihak lain.

>>  Muat turun Borang

:: BAHAN TAKLIMAT SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Bahan taklimat SPK untuk PGB pada 30 Dis 2015, Lot 33, Pulau Pinang

>> Muat turun.

:: SEMAKAN AKAUN TAWARAN BAHARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN TAHUN 2015

Pembayaran tawaran baharu Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi negeri Pulau Pinang Tahun 2015 telah dikreditkan ke akaun murid oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pihak sekolah diminta untuk menyemak akaun murid dan seterusnya membuat tuntutan jika berlaku keciciran.  Sila kemukakan maklumat keciciran mengikut format berikut:

a)    No. Kad Pengenalan:
b)    Nama :
c)    No. BKP :
d)    No. Akaun :
e)    Tingkatan :
f)    Jumlah Keciciran :

Maklumat keciciran tersebut haruslah dihantar terus kepada Unit Hal Ehwal Murid dengan kadar segera pada atau sebelum 26 November 2015. Sila kepilkan bersama salinan semakan akaun daripada BSN. Pihak sekolah perlu bertindak segera supaya tidak berlaku keciciran kerana tiada pembayaran di bawah AP58a pada tahun hadapan.

:: PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2016

Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah bagi tahun 2016 akan diteruskan kepada semua Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan termasuk Sekolah Pendidikan Khas dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan setelah menerima surat arahan dan peruntukan daripada KPM.

Sehubungan dengan itu, pihak  sekolah diminta mengemaskini  senarai murid yang layak RMT bagi tahun 2016 mengikut kelayakan berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar 2012. Kelayakan adalah berdasarkan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM520.00 atau perkapita: RM130.00. Manakala murid OKU/Pendidikan Khas  tiada had kelayakan dan layak secara automatik.

Pihak sekolah perlu melengkapkan Lampiran B (BORANG RUMUSAN RMT 2016)  dan faks kembali ke Unit HEM, JPPP di talian  04-6521143 sebelum 30 November 2015. Pihak sekolah juga perlu memuat turun  Lampiran A (SENARAI NAMA MURID RMT)  dan emailkan kembali senarai lengkap berkenaan ke shadilahkebajikan2014@gmail.com pada atau sebelum 30 November 2015.  Sila gunakan  format MS Excel  yang dimuat turun sahaja dan  "save as" kod & nama sekolah tuan untuk memudahkan pengurusan.

Surat KPM bertarikh 22 Oktober 2015 : Rujukan KPMSP.800-4/3/2(14) adalah dirujuk.

Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan supaya pengambilan kad ATM bagi penerima BKP tawaran baru 2015 perlu dilakukan secara manual di cawangan BSN yang berhampiran memandangkan proses penghantaran kad ATM ke sekolah mengambil masa yang panjang dan kemungkinan kad ATM tidak sampai kepada murid jika murid telah berpindah sekolah.  Walau bagaimanapun, pihak sekolah boleh memohoh dan berbincang secara terus dengan cawangan BSN yang berkenaan untuk menghantar kad ATM ke sekolah tetapi tertakluk kepada budibicara cawangan BSN berkenaan.

Selain itu, Bahagian Kewangan juga telah bersetuju supaya semakan baki akaun murid dibuat oleh pihak sekolah dengan mengemukakan senarai nama murid penerima BKP kepada cawangan BSN yang berhampiran.  Format bagi semakan baki akaun murid boleh dimuatturun atau diperolehi dari sesawang Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) melalui APDM di alamat https://apdm.moe.gov.my/

>>  Surat Berkaitan.
>>  Borang Semakan Akaun. 

:: PENGURUSAN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 2015

Kepada semua Guru Bimbingan Sekolah Rendah

Berikut adalah borang dan bahan-bahan TERKINI untuk pengurusan PPSi Ujian Aptitud Am Tahun 3 bagi tahun 2015
1. Borang Jawapan Psikometrik
2. Template Data Ujian Aptitud Am Tahun 3
3. Penyata Keputusan PPsi 2015
4. Manual Pengguna
Semua Guru Bimbingan dikehendaki memuat turunkan borang/bahan tersebut untuk tindakan selanjutnya.  

:: TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TAHUN 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai membuat pemilihan beserta penjanaan No Akaun Kelompok BSN kepada murid tawaran baru Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi tahun 2015. Pemilihan tawaran baru ini masih bergantung kepada pencapaian merit latar belakang, akademik dan kokurikulum murid .

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh mencetak surat tawaran mulai 31 Julai - 9 Ogos 2015 serta membuka akaun simpanan BSN dengan kadar segera. Cetakan surat tawaran hanya boleh dibuat apabila pihak sekolah telah menanda setuju terima secara online.  Pihak sekolah juga perlu menyerahkan borang setuju terima bersama surat tawaran kepada murid-murid berkenaan. 

Kegagalan pihak sekolah akur pada tarikh yang diberikan akan menyebabkan murid gagal menerima tawaran biasiswa.

:: PERTANDINGAN REKA BENTUK KERETA ANJURAN PROTON

Sukacita dimaklumkan bahawa PROTON sedang menganjurkan pertandingan seperti di atas bermula 15 Jun hingga 01 September 2015 yang bertujuan untuk membuka peluang kepada para pelajar di seluruh Malaysia untuk sama-sama melahirkan idea inovatif dan kreatif dalam menghasilkan reka bentuk model kereta yang terkini dan sesuai dengan kehendak pengguna atau pelanggan semasa.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah sangat digalakkan untuk menyertai pertandingan tersebut.
Maklumat lanjut pertandingan boleh didapati di laman web PROTON iaitu http://www.proton.com
Sila hantar satu salinan Borang Penyertaan sebagai makluman kepada Unit HEM JPPP sekiranya sekolah tuan menyertai pertandingan ini.

>>  Muat turun syarat dan borang penyertaan